Tuesday, June 1, 2010

Setelah 5 hari bermalas-malasan....

Balik kampung
Oh oh oh balik kampung
Oh oh oh balik kampung
Hati girang...

******************

Salam...

Herm, setelah 5 hari bercuti & bermalas-malasan kat kampung, hari ni kena la bekerja seperti biasa... Urat-urat 'M' masih lagi tegang. Fikiran pun masih kat kampung. Badan je yang ada kat office..

Syoknya dapat balik kampung. Tapi tak puas rasanya. 2 hari kat Kedah (rumah mak) dan lagi 2 hari kat Perak (rumah mertua). Fair & square kan!!! hehe

Oh ya, lagi satu hari tu (Khamis) saya kat Putrajaya lagi.... Saja amik cuti nak kemas2 rumah... Petang tu dalam pukul 3 petang baru gerak balik ke kampung... Sampai kampung kul 7 petang ++

Kali ni balik ke Kedah dulu sebab hantar adik saya. Sorry la, no piccas la balik kali ni. Mood nak snap2 tak ada. Tambah lak henpon rosak dikerjakan si kecik tu....

Pokok buah2an tengah berbuah dengan lebatnya. Nampaknya hujung bulan ni nak kena balik lagi untuk makan buah durian... hehe. Syiok syiok...

Betapa bestnya dapat jejakkan kaki kat tempat saya dibesarkan. Rasa macam tak mau balik mai putrajaya dah. Nak dok terus kat kampung... ^_^ Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat berkubang... haha

Semalam kul 3 petang jugak bertolak balik ke sini. Pastu dalam kul 5.30 berhenti kat R & R Tapah jap. Si kecik tu 'membuang' lak. Hujan lebat la jugak. Sampai dekat Slim River rasanya baru la cuaca kembali terang.

Banyak jugak la kereta kat atas jalan semalam, tapi tak dak la sampai jamm. Sampai je kat Rawang memang kereta makin banyak... So, stop jap kat Sg Buloh, makan2 & solat baru sambung perjalanan balik. Kalau tak, sure dah stuck dalam jamm masa masuk KL...

Sampai rumah dalam kul 9 malam. Ingat nak Zzz je terus, tapi terlekat lak depan tv... Apa lagi, dok tengok cerita korea punya pasal la... Kul 10.30 baru masuk tidur. Tu pun mata ni degil betul tak nak lelap. Ntah pukul berapa saya terlelap pun tak tau la. Sedar2 dah pukul 5.30 pagi...

Ok la, nak bebel panjang2 pun macam tak best je sebab tak ada gambar kan... Till then, daaaa....

p/s: kepada kengkawan, ada yg saya dah qdo tapi tak sempat nak tinggalkan komen. Sorry ya, banyaknya nak kena khatam... jenuh weh...

6 comments:

Anje a.k.a Mama_Balqis said...

sonotnyer balik kampung cuti lama ek...cayok2 jangan malas update blog k...selmat kembali bekerja

Aleeya said...

huhuu lama tu chek becuti no..hehehe, syok kan blk kg nehhh, ai pun cuti aritu balik kg ..best2

~~*Lady Salwa*~~ said...

Anje:

hehe, seronot tak terkata... okeyh, tenkiu...

~~*Lady Salwa*~~ said...

Aleeya:

macam lama je, tapi rasa macam sat sangat... ye ke... sama la noo... memang best best best sangat... hehe

mamalieyna said...

huhu..akak pun tgh malas+kalut ngn kerja ni..eeeii jelesnya, depa balik kampung...! tapi takpa, akak tak balik kg pun, mak mai sini..yeaa! ^_^

~~*Lady Salwa*~~ said...

Mamalieyan:

Tu la kan. Akak sure lagi terasa sebab penat berpindah randah...

ha, ni yang lagi jeles ni... mak dia ada kat sini ya... Boleh la tengok2kan si ayep tu eh...