Friday, June 18, 2010

Warna lambang personaliti??? - part II (jawapan)

Salam...

Seperti yang dijanjikan, saya nak bagitau la maksud di sebalik warna-warna yang disenaraikan tu... Takut kang bertangguh2 orang pun dah malas nak baca kan... hehe

Ok la, jom tengok satu persatu maksud di sebalik warna2 tadi okeyh...

Hijau

Orang yang suka warna hijau adalah seorang yang membangunkan syarikat (lebih kurang pekerja yang dedikasi la, banyak bagi sumbangan kepada syarikat), seorang yang alim dan suka advanture.

Biru
(warna kedua yang paling disukai selepas merah - 25 daripada 74 orang pilih warna ni termasuk saya... hehe)

Bagi yang suka warna biru pula mereka adalah seorang yang sentimental, romantis, sensitif, detail (ala2 cerewet gitu) dan good customer service (sesuai bekerja dalam bidang perkhidmatan).

Kuning
(paling sikit yang pilih warna ni, dalam 3 orang je kot)


Untuk warna kuning pula, mereka adalah seorang yang Gung Ho (beria-ia), good at sales function, ada gaya royal (suka barang2 mahal & berjenama - ala2 diraja la lebih kurang) dan suka jaga di waktu malam.

Dan last sekali (warna yang paling ramai peserta suka - 38 daripada 74 orang pilih warna ni)

Merah

Bagi pencinta warna merah pula mereka dikatakan membawa tuah kepada syarikat, mempunyai 'warm personality' tapi awas, mereka ni selalu ingat pasal se* (18sx) aje. (ayooo...)

So, itu lah maksud di sebalik warna2 tu. Diingatkan sekali lagi ye, ini hanyalah kajian pakar psikologi sahaja. Tak semestinya betul... hehe

Warna yang saya pilih masa tu adalah biru & memang saya suka sangat warna biru... Macam ada tempias la warna biru tu dengan sikap saya... hehe

Nasib baik saya tak pilih warna merah... Auuwwww... Jangan marah ye penggemar warna merah. Saya hanya kongsi je apa yang saya dapat semasa berkursus tu. Sekadar bacaan kita sahaja...

Ok la, selamat berhujung minggu semua... Daaaa....

4 comments:

qaseh said...

i love red..tp betul ke?...ishhh

~~*Lady Salwa*~~ said...

Qaseh:

Hehe, tu hanya kajian je, tak semestinya betul... ala, abaikan he ayat last tu... ^_^

adnan said...

kalau warna hitam dan putih itu artinya apa ya.., mau tau soalnya saya suka dua warna itu, wassalam.

~~*Lady Salwa*~~ said...

Adnan:

Sorry la, saya cuma diberikan maksud untuk 4 warna tersebut sahaja semasa berkursus hari tu... Mungkin boleh buat research kat mana2... sorry ya...