Friday, June 4, 2010

Nak minta pendapat /pandangan /cadangan...

Salam...

Pagi2 dah susah hati. Nak buat kerja pun tak senang. Otak berserabut je...

Saya nak share la sket masalah yang sedang saya hadapi ni. Kalau kengkawan ada cadangan ke, pendapat ke harap2 dapat la bantu ye...

Camni, setelah dok kat rumah selama sebulan, so hari Selasa lepas saya hantar la si Faris ni ke taska kat office saya ni. Macam biasa la, pagi2 tu dia melalak sakan. Ummi dia ni pun hampir2 je nak nangis gak... hehe

Tapi saya anggap cam biasa la kan, budak2 kat tempat baru. Sure dia rasa takut je, sementara nak sesuaikan diri. (ekceli bukan baru pun, faris dah pernah duduk sebulan kat taska ni sebelum ni).

Hari Rabu pun sama jugak. Menangis, tapi dah kurang la sket volume dia... Tapi kan, petang rabu tu masa saya nak amik dia tengok2 air mata tengah bergenang. Pastu kat pipi masih bersisa air mata.

Saya pun tanya la faris (buat2 tanya depan teacher dia) "Kenapa Faris nangis ni?". Pastu teacher dia jawab "Tadi saya nak pukul lalat, tapi Faris ingat saya marahkan dia".

Dalam hati "Ye ke??" (ayat tak percaya... hehe). Pastu faris terus peluk saya sampai dalam kereta. Dapat nampak dari mata dia cam dia takut2 je... herm....

Semalam pun sama jugak, masa hantar & masa ambil Faris nangis. Hati ibu mana la yang tak risau. Entah dicubit ke, dipukul ke... Kalau nangis masa hantar pagi2 tu mungkin la saya dapat terima. Ni masa balik pun nangis lagi...

Tambah pulak, baru je hantar 2 hari hidung dah berhingus balik... Ni kalau bawak pi amik ubat sure doktor pun akan cakap "Biasa la, kalau hantar ke taska ni la masalahnya...".

Saya serba salah ni. Nak terus hantar lagi ke nak stop aje. Mujur la yuran tak bayar lagi sebab belum berkesempatan jumpa pengurus taska tu.

Tapi kan, saya rasa segan (malu) la pulak kalau nak berhenti lagi. Sebab sebelum ni memang Faris pernah di hantar ke taska ni. Pastu saya mintak berhenti sebab tak tahan tengok hidung dia berhingus je. Lagi pun faris kan pernah dapat infection, so sangat berbahaya kalau biarkan dia selsema dalam tempoh yang lama.

Masa mula2 nak hantar (hari selasa lepas) tu, penyelia taska tu kata dah penuh. So, saya cakap nak minta tumpangkan sehari sementara nak cari taska baru. Tup tup petang tu dia call kata boleh hantar lak. Ada kosong lagi satu.

Setelah bersusah payah dapatkan tempat kat taska ni macam rasa segan lak nak berhenti. Apa lak diaorang kata nanti... hehe. So, kali ni nak bagi alasan apa pulak nak berhenti?? Adeh, pening kepala...

Nak buat kerja pun hati tak senang, dok teringat kat anak je... Saya dah dapat cari pengasuh untuk faris. Mak kepada kawan hubby saya nak mengasuh budak.

Bagi saya ok la kan, kalau orang2 yang sebaya mak kita mengasuh budak selalunya ok sebab diaorang kan banyak pengalaman. Pulak tu dia memang tak dak mengasuh budak2 lain selain cucu dia.

Jadi, apakah alasan2 yang munasarawak munasabah yang boleh saya beri ye??? Please, help me... Thanks in advance... ^_^

11 comments:

Aleeya said...

erm caner nak bagi pandangan yer, anak2 anto taska camtu la risks yer, senang bejangkit, tapi sy benasib bek sikit la..sbb so far anak sy anto neseri dia jarang bejangkit maybe antibodi dia kuat sikit kot sbb til now nk masok 3 thn damia stil bf

pengasuh ni plak ..klo dia ngasuh budak tak ramai takpeww elok la bagi takat jaga sorg dua tu ok dia leh komited ngan anak kita takot da ramai nnt dia tak leh komited jaga sorang2 kan..

pe pon, tak kira taska ke pengasuh ke, riki2 sket..make sure cari yg okay..survey dulu...:)) gud luck sal

Ezzah said...

salwa still kat KTAK lagi ke?
kalo still kat situ, mehle hntr kat taska KPT. tp tgh bulan kot baru buka pengusaha baru. Taska DE' sayang.

~~*Lady Salwa*~~ said...

Ezzah:

Salwa dah pindah office. Sekarang kat AGC, presint 4.

Ye ke, kalau still kat KTAK boleh le pergi hantar kat situ... :(

~~*Lady Salwa*~~ said...

Aleeya:

Tu la masalahnya. Si Faris ni rasanya antibodi dia kurang sket. Tambah lak dia sempat BF sampai umo 1 tahun 3 bulan je... huhu

Tu la, nak kena check jugak le, survey2 dulu... haish...

Bak kata orang, masa anak kecik ni la tahap yg mencabar... Tapi dah besar cabaran lain lak...

dalila said...

sebenarnya salwa htr anak tu selasa last week yer.. maknanyer dh almost 2 weeks la dia duk situ..

bagi pendapat saya yg pernah htr anak kt pengasuh.. dlm 2 mggu dia dh boleh sesuaikan diri.. maknanya hantar mmg nangis tapi balik senyum kegembiraan coz nampak mama..

bab nangis masa htr mmg kekadang berlarutan smpi sebulan..pastu oklah..

pastu kalo rasa tk selesa..eloklah salwa htr kt makcik tu.. taska kn ramai budak kene jaga.. jadi faham2 jerla.. kebetulan dh ada pengasuh baru tu rasanya eloklah htr kt situ je..tapi jgn mengharap sgt..kita tak tahu lagi camana lak org tu jaga anak kita.. so harap2 yg terbaik buat anak kita...

mamalieyna said...

aduuuh kalo pasal penjaga anak ni, kena buat tindakan segera ni..tokleh tangguh2, sian anak kalo tiap hari dia rasa tak selesa..yelah lama kita tingglkan dia, lebih 8jam kan..harus buat keputusan yg betul...

*better antar kt mak kwn hubby sal tu..tp nak bg alasan apa ye...herm..terus terang je ckp, sian kt anak, hari2 nangis jer, nak bg sedara jaga..ala lantak la pastu diorang nak fikir apa pun..psl anak, kena buat kptsn cepat2 sal..sian la farish..huhu..terseksa dia tau..kalo dia tak diapakan pun, kalo dia tak selesa, mesti hari2 jiwa dia tertekan..huhu..

~~*Lady Salwa*~~ said...

Dalila:

Baru this week. Means, baru 4 hari... hehe.

Agaknya ummi dia ni yg lebih2 kot risau...

Tu la, nak expect org dapat jaga anak kita dengan baik tu susah sket la kan. Tambah lak dok taska yg ramai tu...

tu la, harap2 mak cik tu ok la... kalau tak ok jugak, nampaknya kena pos lagi la balik kampung... hehe

~~*Lady Salwa*~~ said...

Mamalieyna a.k.a Kak Eina:

Tu la, ummi dia ni lagi la terseksa jiwa raga...

Sal pun ingat nak wat camtu je... Buat kering je janji anak sihat selalu. Dia happy kita pun happy jugak, ye tak...

Harap2 mak kepada kawan hubby sal tu ok la. Risau gak dia tak mampu jaga si faris yang lasak tu...

Ena said...

siannye kat faris..

camtu sal bg tahu je la kat owner taska tu dah dapat pengasuh baru utk faris.. sblm ni memg nak tompang kan aje.. terus terang je la sal..heheh..

pepandai je cakap.. akak ni sebeanrnye susah hati juga.. huhu

baby berry said...

mslh jgk kan bila jdik cmni..mst la..mana2 parent pn susah hati pnya. kdg2 dia rse tak sesuai kt tmpt tu agaknya.

Nastylo said...

saya tak tahu nak bagi komen cne...cuz saya belum kahwin lagi so tak bolehlar nk bg pndgn...aper kata tanya husband ad suggest the highclass taska...kirakata taska yang ader ank mat salleh tu....okey tak??