Tuesday, June 1, 2010

Abang mana??

Salam...

Sesaja je nak cerita satu kisah yang berlaku pagi tadi. Masa tu dalam perjalanan nak ke office.

Cerita ni adalah rentetan perkara yang berlaku sepanjang berada kat kampung minggu lepas.

Macam ni... Sekarang ni saya dengan hubby dalam proses mengajar faris untuk mengenal ahli keluarga. So, kadang2 masa tengah rileks sambil tengok faris main-main tu saya ngan hubby akan tanya la kat dia...

"Abah mana abah?" so, fris akan point ke arah abahnya. "Ummi mana ummi", faris akan point ke arah saya. "Uteh mana uteh", sama jugak dia akan point ke arah uteh (mak teh) dia.

Masa balik kampung hari tu pun sama. Opah, tok, wan, abg asyraf, abang hafiz, acu dan lain2... Semuanya dia akan point dengan betul...

Saya pun akan puji la "Clever boy..". Pastu sekarang ni kalau naik kereta sibuk dok sebut "Bye bye... Lu lu" (bye bye... pergi dulu). Kadang2 "Bye bye... missu" (bye bye... miss you)

Nak tergelak pun ada. Tapi seronok tengok gelagat dia. Orang kata darah tengah panas. Lasak & nakal...

So, pagi tadi masa nak ke tempat kerja (hari ni saya hantar Faris ke taska kat office saya ni) hubby tanya la "Abah mana abah?", macam biasa, dia tunjuk ke arah hubby. Sama jugak kalau sebut ummi.

Then, hubby tanya "Abang mana abang?"... Guess what, dia point ke arah diri dia...

Saya ngan hubby berpandangan sesama sendiri. Pastu hubby pun kata "Owh, faris ni abang ya?"... Faris angguk kepala. Saya tersenyum. "Herm, adik mana adik"...

Saya dah risau, takut dia point ke arah perut saya je... hehe. Sekali dia diam je macam dok fikir. Last2 dia tunjuk ke arah seat belakang sambil sebut "tuuu"... Hahaha, pecah ketawa saya ngan hubby...

Faris, faris... Macam2 hal la dia ni...

10 comments:

Aleeya said...

faris dah besar..nak adik la turrr teeetttttttttt

~~*Lady Salwa*~~ said...

Aleeya:

Uih, faris tecit lagi la aunty aleeya... hehe.

Si Damia tu yg kena dapat adik dulu... hehe

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

so sweet!

gud boy..:-)

syariza09 said...

wahh...faris dah pandai, pasni leh ajar menda lain lak

Ena said...

hehehe.. cute je..
Irfan pulak dah semakin becok skrg nie.. tak larat nak dengar bising mulutnyer tu..

anak2 tenagh belajar bercakap, mengenal, memahami nie.. memg sangt seronok sal.. buat kita asyik gelak je.. :)

~~*Lady Salwa*~~ said...

Rose:

hehe...

~~*Lady Salwa*~~ said...

Syariza:

Tu la, lepas ni nak kena ajar menda lain lak. Bagi improve skill2 yang ada sket... hehe

~~*Lady Salwa*~~ said...

Kak Ena:

Tu la, sama la ngan si faris ni. Mulut pot pet tapi paham sket2 je la apa yg dia cakap...

tu la kan, syok tengok gelagat diaorang ni...

nieyla nadia said...

nak g bandung?de pakej ke bandung...leh singgah ke blog nieyla..

Ummi Aisyah said...

bijak lah budak faris ni..memng kena dengan makna faris tu..