Tuesday, October 26, 2010

Tak paham bahasa ke???

Salam...

Tadi masa dok bw umah kengkawan, terbaca cerita Anje pasal susu untuk anak...

Terus teringat satu insiden yang berlaku Sabtu lepas.

Masa tu kami 3 beranak ke Jusco Tmn Equin. Saja nak cari beberapa barang. Tapi tak ada la pulak barang yang saya nak tu... Tak apa la, cari kat tempat lain lak...

So, sebelum balik tu kami singgah jap kat bahagian jual barang2 basah tu sebab nak beli susu Faris yang dah nak habis...

Cari punya cari baru la terjumpa. Kebetulan lak, dekat ngan rak susu yang kami nak beli tu ada sorang promoter susu jenama XXX. Nampak je kami terus dia datang...

Biasa la nak promote susu la... Sambil dia bagi penerangan, sambil la hubby saya cari susu faris, perisa madu... Saya lak dok la dengar penerangan tu sambil angguk2 je.

Niat dalam hati lepas dia dah bagi penerangan tu, nak cakap TQ & blah la... hehe

Kebetulan lagi Faris tengah selsema. Lagi la dia bagi penerangan detail pasal susu tu yang boleh tingkatkan tahap imun anak... Saya senyum jek...

Dah dapat susu Faris kami pun berkira2 la nak beredar dari situ. Tapi promoter tadi tahan kami. Dia suh cuba dulu susu tu. Siap nak letak lagi dalam trolley kami.

Saya cakap tak nak. Tapi dia nak letak jugak. Pastu dah start paksa2 lak... Adeh, sabo je la... Saya masih tetap senyum sambil cakap "Tak apa la, terima kasih aje la..."

Promoter tu masih tak benarkan kami pergi sambil terus bercakap "Tapi susu ni bla bla bla...". Saya nak balh cenggitu je cam kurang ajar lak nanti...

Last2 dah tak tertahan, saya tarik je trolley saya, terus tolak sambil cakap "Tak pa la, saya tak nak" & terus blah... Dalam hati geram je. Dah orang tak nak tu nak paksa2 jugak...

Pantang betul saya orang dok paksa2 ni... Setakat ni tak pernah la lagi saya jumpa promoter susu yang jenis sampai paksa custommer beli susu. Kalau saya senyum dan cakap "tak apa la, terima kasih", diaorang pun dah paham yang kita tak nak.

Terus je jawab "sama2...". Tapi yang ni cam tak paham je Bahasa Melayu... Kang kalau kita berkasar, baru tau.. Nak je cakap 'awak ni tak paham Bahasa Melayu ke? Saya tak nak tu, maknanya tak nak la..." hehe

Itu je la insidennya... hehe. Ok la, daaaaa



** masa kat Jusco tu rasa geram je tengok barang2 baby... Nak beli cam awal sangat lagi... Nanti la, dah masuk 7,8 bulan nanti baru nak start cari...

** kali ni kena beli baju yang warna unisex punya sebab konon2 kali ni tak nak tau lagi jantinanya. Biar suprise... hehe

2 comments:

Ena said...

yerla kan sal.. mane leh main paksa2.. akak pernah gak jumpa promoter camtu.. gewam sungguh!.. tapi blah je cecepat.. mrmm

♥ Che NamNam ♥ said...

betull.!!cukup hangen kalo ader promoter yang macam tuhh..agak-agak la kan nak promote barang pon..main paksa2 plakk kan..