Salam...
Mula2 nak nangis dulu boleh tak... hehe (ni bukan nangis, ni ketawa..)
Sebenarnya saya tengah tersepit ni antara bos dan anak... Adeh, sakit pala kembali menyerang...
Alkisahnya, semalam bawak la si Faris ke klinik sebab badan dia naik balik bisul2 macam yang pernah saya cerita sebelum ni. Tapi kali ni kecil2 je, dan naik sampai ke muka.
Lepas doktor check apa semua, dia kata dapat infection (sama macam yg dulu). Mungkin melalui sentuhan (jangkit dengan budak lain), benda yg dia pegang or benda yg masuk dalam mulut dia.
Jadi, doktor tu telah nasihatkan supaya tak hantar Faris ke taska sampai jangkitan tu betul2 dah hilang sebab dia kata tak guna kalau makan ubat tapi still ke taska.
Ye la, kat taska kan dah bercampur gaul, pastu pemakanan pun kena ikut menu (buat sementara faris tak boleh makan makanan yg boleh menyebabkan gatal2, makanan yg pedas2 dan berempah).
Tambah pulak nak kena bagi antibiotik & ubat2 yg lain ikut time...
So, doktor suggest le kat saya supaya amik cuti. Tapi bukan sehari dua tau. Mungkin makan masa sampai berminggu-minggu. Cuti saya pun tinggal berapa hari je ni. Nak cuti raya lagi... hehe
Semalam minta tolong adik datang jaga, dia pulak ada test JPJ Jumaat ni. Minggu depan baru dia boleh datang. Jadinya, saya bercadang nak amik la cuti esok & jumaat ni.
Tapi kan, mulut ni berat je nak cakap kat bos bila tengok dia banyak kerja. Bila mulut dah rasa ringan, baru je saya nak cakap dia dah kena naik jumpa big bos lak. Pehtu, tadi baru je nak bukak mulut lagi, dia yang cakap dulu "Esok remind saya pasal hal... bla bla bla..."
Adeh, esok??? camna saya nak cuti ni??? Tu la, bukan senang tau nak jadi PA ni. Nak cuti pun kena tengok keadaan & jadual bos. Orang lain senang je apply cuti. Sapa kata kerja PA ni senang?? Meh ganti saya sehari dua... hehe (jangan marah aaa...)
Ok la, dah melalut ni. Sorry la, sekadar luahan hati seorang insan yang sedang kerunsingan... Ini lah cabaran seorang isteri merangkap ibu yang berkerjaya. Selalu tersepit antara keluarga & kerja...
Ada sesiapa yg boleh bagi cadangan yang bernas lagi jitu camna nak bukak mulut cakap kat bos??? Ni dah nak dekat pukul 4 nih...
Ok la, have to go... Papaiii...
2 comments:
hmmmm... sblm balik kena ckp jugak kot.. tue la kan, serba salah di buatnya.. hmmm... faham situasi tue.. sy pun, 2 kali gi klinik.. tue pun da rasa serba salah.. hehehe.. nak tahu sbb apa gi klinik.. tunggguuu (",)
alahai..
tu la kan sal, mane2 keje seseorang yg dah diberi tanggungjawab tu sebenarnya ada peranan masing. Semua sama2 penting. Bersesuaian la dengan gaji yg ditawarkan.. heheh
so, camner cuti ke idak besok nie? huhu
Post a Comment