Thursday, December 31, 2009
2009 vs 2010
Betul ke tajuk cenggitu??? Herm, kalau tak betul pun biar la kan....
Kalau tengok blog2 lain, ramai blogger2 yang buat entri pasal 2009 & 2010... Kenangan 2009 la, azam 2010 la... Silap2 ayat cheq pun ada yang sama macam ayat dalam blog lain... Maaf ye kalau ada yang 'ter'sama...
Tapi entri cheq ni bukan nak cerita pasal kengan 2009... biarlah kenangan itu dibawa pergi oleh sang bayu... eceh.... Biar yang tinggal kengan2 manis belaka...
Cheq jugak bukan nak cerita pasal azam tahun baru... bukan tak ada, ada... kalau tak silap dalam 10 kot... hehe... banyaknya, entah tercapai entahkan tidak... harap2nya tercapai la... Tapi tak dapat nak kongsikan kat sini kot... sama cam header blog cheq... "BIARLAH RAHSIA"....
Apa yang pasti, azam tahun baru ni banyak pasal nak perbaiki diri dari segala aspek, baik dari segi duniawi mahupun ukhrawi... Yang penting sekali memperbaiki hubungan dengan Maha Pencipta...
So, kepada kengkawan semua, semoga tahun baru yang bakal mendatang akan membawa sinar baru... Semoga sukses dalam apa jua yang kalian lakukan...
ok la, daaaaa....
Wednesday, December 30, 2009
Adehhh...
tau dak, cheq pulak rasa pening & nak mun** tengok blog cheq ni... hehe... sabo je la...
ni semua gara2 obses dengan kontes. pening pilih gambar, pastu loya tengok blog yang penuh kontes... heheh...
ok la, nak kena pi toilet jap nih... kang berhamburan di sini... daaaa...
Abaikan...
Entri ni dibuat khusus untuk memohon maaf jika kengkawan semua merasa pening & loya bila bukak blog cheq & tengok entri yang ada pasal contest, contest & contest...
Sila abaikan semangat berkobar-kobar cheq yang sibuk dok masuk contest last minute hingga menyebabkan entri minggu ni dipenuhi oleh contest sahaja...
InsyaAllah, next week keadaan akan kembali normal... hehe
ok la, daaaaaa....
SERIUS BABY 2009 GIVEAWAY
Kepada yang join contest ni, good luck... (especially untuk faris la ye... semangat!!!) hehe...
Contest "Ceria Si Ayah Bersama Anak"

Salam...

Tuesday, December 29, 2009
ERM... DAPP...
dah lama rasanya tak cerita pasal si kecik faris ye... Cian anak 'ummi tu, 'ummi lupa nak update pasal dia... Bukan apa, tak banyak cerita pun yang nak share...
Cuma ada kisah lucu sket pasal si kecik ni... Jumaat lepas, Pak Ndak faris (abang nana) saja datang lepak2 kat rumah... pastu dia ada la bawak air dalam tin satu beg plastik... Nana bagi kat cheq. Masa tu dia dok sembang dengan abang dia kat luar rumah. Cheq pulak dok tengok tv sambil tengok faris main kat ruang tamu... 'Mim alif lam sin' nak bangun letak air tin tu kat dapur.. letak aja atas sofa...
Pehtu faris panjat sofa & amik air tin tu main susun2 (bertingkat). Cheq larang la dia "jangan main, nanti jatuh timpa kaki sakit"... dia buat tak reti ja.. Cheq sambung tengok tv. Ntah camna, tin tu jatuh timpa jari kaki faris.. apa lagi, meraung la si kecik tu. Pecah kedarah (betul ke perkataan ni?). Terus cheq amik minyak gamat sapu...
Esok tu, on da way nak pergi kenduri kat sungkai (atas kereta) faris dok pegang2 lagi kaki dia sambil mulut dok pot pet... ntah apa yang dia cakap pun cheq tak paham... mungkin dok cerita la kaki sakit sebab kena timpa air tin... pehtu nana saja la tanya dia "sedap??" (maksud nana, best ke kena?)... Tau tak dia jawap apa?? Dia tak jawab terus, tapi..... DIA PEGANG KAKI DIA, ISAP JARI KAKI YANG KENA TU... pehtu dia jawab... "EMM... DAP (SEDAP)"...
kah kah kah... awat la lurus betul anak 'ummi ni.... nana ketawa besar... "Pak lawak betui la hang ni..." kata nana...
Lawak dia tu la yang kadang2 buat cheq tak jadi nak marah kat dia bila dia buat salah... Faris oh Faris...
**selingan... buat muka sket faris... (ni masa faris dalam pantang - sebulan ++)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Sekian...
Monday, December 28, 2009
Entri yang dah basi...
Wah, berseri2 semua selepas bercuti agak lama ya... Herm, mood minggu ni masih tak berapa nak ok, hingga menjalar ke seluruh urat saraf, menyebabkan terasa 'mim alif lam sin' untuk mengupdate blog... Plus, tak dak cerita best pun yang berlaku...
Cuma sabtu hari tu pi kenduri kawin sepupu sebelah nana kat Sungkai... Tak amik gambar pun... hehe...
Sebenaqnya bukan nak cerita pasal cuti2 ka, mood ka.... Ni pasal pengalaman yang dah basi... Satu pengalaman yang bagi cheq amat lucu bila dikenang... Bila cerita balik dengan nana, kami berdua akan ketawa terbahak-bahak... (tak tau la korang rasa lucu ke tak...).
Al-kisahnya, sebelum faris dilahirkan pada 06/07/08, cheq telah dimasukkan ke wad selama 2 hari 2 malam sebelum dibenarkan pulang pada petang 05/07/08. Masa tu kena tahan sebab doc kata contraction kuat... Petang 4hb tu cheq cakap kat doc nak keluar wad sebab rasa macam tak sakit nak bersalin pun lagi. Tapi doc tak bagi. Alasan dia takut nanti bila cheq mai balik, katil full.. terpaksa akur, dok la sampai 5 hb tu...
Petang 5 hb tu, nana datang jemput. Cheq awai2 lagi dah siap packing semua, tak sabaq nak keluar wad. Ya la, sapa la yang suka dok hospital lama2. Cemuih aih... Tu pun doc bagi keluar sebab takdak progress (jalan masih 1cm)...
Dah bayar semua, terus la balik ke rumah sebab cheq hanya pakai kain batik dengan t-shirt saja masa tu... Sampai ja kat blok rumah cheq, terus ja tekan butang lif. Masa tu rasa penat + ngantuk sangat. Kat spital bukan buleh tidoq sangat pun.... Bila lif bukak, cheq ngan nana pun terkedek2 la jalan keluar. Rumah kami kat hujung skali...
Masa nak lintas rumah jiran cheq, cheq rasa pelik sangat. Bila masa dia beli basikal kat anak dia sebab anak dia masa tu baru je setahun lebih. Tak kan la dah boleh naik basikal kot... Tapi cheq buat tak heran ja sebab dalam pala otak ni dok pikir nak baring ja...
Sampai depan pintu rumah, nana pun amik la kunci nak buka mangga. setengah minit berlalu, tapi mangga masih tak boleh buka. cuba lagi, tak boleh jugak. Cheq dah naik tensyen... hehe... ya la, badan tengah letih nih. Niat di hati nak masuk rumah terus landing2... Cheq tanya nana "abang ada tukar mangga ke?". nana kata "tak dak pun. nak keluaq tadi kunci macam biasa ja"... cheq dah nak nangis masa tu sebab dok pikir nak tidoq mana malam ni... Apa la nasib badan... hehe
Cheq suruh nana cuba sekali lagi. Masa nana dok cuba tu cheq perasan, apasal mangga tu nampak macam dah lama? sebab setahu cheq, kami baru beli ja mangga tu. Tapi cheq diam ja... Lepas beberapa kali cubaan membuka mangga oleh nana gagal, cheq pun kata "mai sini orang cuba pulak"... Bila cheq cuba2 pun tak boleh, mula mata bergenang... Cheq tanya nana "macam mana nak buat ni?"
Dalam kepala dok pikir nak suruh nana panggil kawan dia potong mangga tu. Masa dok asyik pikir sambil sandar badan kat dinding, tiba2 pintu rumah terbuka dari dalam... jeng jeng jeng...
cheq ingat nana saja nak buat surprise la, yang mak or MIL cheq datang dari kampung. tapi bila muncul seorang perempuan yang tak dikenali, cheq mula saspen. Sapa pulak dah... Pastu perempuan tu pun kata... "RASANYA, KAMU DAH SALAH RUMAH NI"
Hah, salah rumah???? Cheq dengan muka yang tebal pun kata la "Maaf ya"... Masa tu rasa nak sorok muka dalam simen koridor tu je... Malunyaaaaaa.... Pastu cheq dengan nana terus buat2 jalan. Muka dah merah padam tahan malu dengan gelak. Sampai ja kat rumah terus pecah gelak cheq dengan nana...
Start dari hari tu, bila keluar ja lif mesti akan tengok dulu tingkat berapa & no rumah sebelum buka pintu. Cheq dok doa la jangan terserempak dengan tuan rumah tu... Malu tau.... hehe...
Sekarang dah tinggal kenangan dah... la ni dah tak payah tengok dah tingkat berapa, sebab dah tak bertingkat dah. dua tingkat ja... hehe...
Banyaknya memori di rumah lama... Rindunya kat rumah lama cheq... Ok la, dah nak balik ni... daaaaa...
p/s : kalau tak lawak pun, buat2 la gelak... penat cheq menaip... hehe
** lupa nak cerita : faris sekarang dijaga oleh adik cheq yang baru lepas SPM... Settle sudah masalah... Nasib baik adik cheq sudi jaga... hari tu nak tanya dia, risau jugak dia tak mau sebab dia baru ja mai rumah cheq dengan mak & ayah cheq 2 minggu lepas... (",)
Thursday, December 24, 2009
Pagi-pagi lagi dah......
Hari ni mood kurang baik sket... Plus sakit kepala dah kembali setelah menghilang agak lama... Baru je semalam dok berasa happy & syukur sebab dah tak sakit kepala. tetapi malam tadi tiba-tiba sahaja menjelma kembali... Tapi tak teruk sangat macam dulu...
Ni nak cerita kisah pagi tadi. Alkishanya masa on d way nak hantar si kecik ke rumah pengasuh dia, camna ntah cheq terlepas jap si kecik tu (tak pegang dia). Masa tu dia dok duduk melutut atas riba cheq. Pehtu nana nak belok kereta & ter'brek' sikit. Terus si kecik tersembam kat dashboard. Berdarah mulut dia... Abih kena tudung ummi... Dah si kecik tu nangis2.... Ummi kena marah... hehe... sori nana, tak sengaja...
Bagi susu, terus diam... Sampai kat rumah pengasuh tu, cam biasa tidurkan si kecik, bagi susu & keluar. Masa nak keluar tu pengasuh tu bagitau yang dia nak amik cuti seminggu minggu depan... Adus, pening cheq. Nak hantar mana?? Nak amik cuti, cuti pun tinggal sehari je. Nak suruh mak datang, baru je ahad lepas mak balik ke kampung... herm....
Pagi2 lagi dah banyak masalah. agaknya pagi tadi jaga je tido cheq pikiaq hal dunia kot... tu yang bermasalah sket hari ni... (",)
Nak hantar taska, tau je la kos dia. sehari rm20. 4 hari rm80... Wah, lari bajet la bulan ni. Dah la bulan ni cheq tak dapat gaji. Jenuh nana cheq... Kesian dia... Nak kena berjimat cermat la bulan ni...
ok la, nak menaip pun tak dak mood dah. nak pikiaq nak buat macam mana ni... daaaaaaaaa....
Wednesday, December 23, 2009
Syukur...
Cheq telah selamat 'membuang' gambar yang cheq kata tu... yezza... tau camna cheq buat??? klik sini.
Fuhh lega... macam baru habis exam besar je rasanya... hehe...
Thanks la pada yg sudi menolong... (apa la cheq ni, benda kecik macam ni pun nak kecoh2...)
Maaf la, cheq ni baru setahun jagung ja dalam arena blogging ni... ok la, daaaaa...
** nak rehatkan pala otak yang penat berfikir... eceh...
Sambungan : Anybody... please help me...
Untuk makluman kengkawan semua, cheq dah cuba edit kat layout - page elements - header (tapi masalahnya gambar tu bukan cheq upload dari computer atau mana2 sumber... gambar tu muncul sendiri tanpa diundang... so camna nak remove???). pastu kat layout jugak - edit HTML, pastu ikut kaedah dalam blogger help...
tapi masih sama jugak... macam virus pulak menda alah ni. sampai lemaih cheq dibuatnya... dulu masa mula2 cheq abaikan aja... pehtu, bila cheq nak edit letak gambar lain tak boleh, mula la 'berangin' ja rasa... hehe
ni yang rasa nak buat blog baru ja... hehe... tapi tak boleh, sayang blog ini... (",)
jadi, apa yang mampu saya buat ialah hanya pasrah...
Anybody... please help me...
Erm, di petang yang indah ini, cheq nak mintak tolong sesiapa yang tahu or pro, camna ya nak buangkan gambar yang ada pada header blog cheq tu?? gambar diari 2 buah tu... dah macam2 cheq buat, tapi tak boleh jugak...
ekceli, gambar tu ada pada template blog cheq yang lama. bila cheq tukar layout baru ni, gambar tu 'ikut sekali' jugak.... puas dah cheq godek2 blog ni, tak dapat jugak...
So, pleaseeeee... sesiapa yang tahu camna nak buat, minta tolong ajar cheq ya... TQVM...
Tuesday, December 22, 2009
Uber Award
Setelah agak lama 'memeram' entri ni, di waktu yang senggang rehat ni, (eceh) nak le menjawab tag dari kak Eina. Makacih ye kasi award nih... heheh... Sorry la. 'peram' lama sangat. bukan apa, takdak idea nak tulis fakta menarik pasai cheq ni... ada 1001 fakta menarik, tapi kena senarikan 10 ja. Abih tu, pening kepala nak pilih yang paling menarik... (iyo lah tu... hehe)
Meh le tengok apa yang nak kena buat sebelum boleh dapat award ni...
1. Write five (5) interesting facts about the person who gaves you this award..
2. Jot down ten (10) interesting facts about yourself and your hobbies..
3. Pick your ten (10) more deserving recipients and then describe them..
4. Leave a comment on the recipients blog to tell them that they've been tagged..
5. Paste the award badge in your side bar.
ok, first sekali nak kena review pasal kak Eina - 5 fakta menarik tentang dia... Akak, cheq tulih apa yang terlintas tau... hehe
1. kenal melalui blog Puan Suraya... tapi Kak Eina ni yang tegur dulu (tegur dalam blog...)... Cheq agak dia ni seorang yang ramah & senang berkawan... betul tak?
2. orangnya kiut miut je... ala2 comei gitu... (walaupun tak pernah jumpa di alam nyata, tapi dari gambar dan gaya penulisannya dapat rasa yang dia ni comel + ceria)
3. happy go lucky kot... betul tak akak? rasa cam rapat je padahal tak pernah jumpa. maybe sebab dia ni rajin la bertegur sapa kat blog nih... hehe
4. minat sama macam cheq - suka layan lagu jiwang karat... nanti boleh la sama2 menjiwangkan diri sampai karat okeyh... hehe
5. lastly.... mempunyai ciri2 yang sama macam kakak cheq yang ke-3 : kecik & cute je tapi husband tinggi lampai... ada anak dua jugak (tapi kakak cheq dua2 hero).... Kadang2 tu bila tengok kak Eina ni, teringat la dekat kakak cheq... hehe - peace kak Eina...
Harap2nya dah menjawab la 5 review tu... heheh
Pastu yang kedua lak... 10 fakta menarik pasal cheq & hobi cheq... herm... Apa ya yang menarik pasal cheq ni?? Pening jugak ni nak pikiaq. Silap2 nampak macam 'masuk bakul angkat sendiri' pulak nanti... Hentam je la... Nak fakta yang menarik kan???
1. Orang kata (bukan cheq kata na...) senyuman cheq ni manis.... wah wah, kembang kempis idung... manis ke?? mungkin sebab cheq ada 4 lesung pipit... 2 besar 2 kecik... (aduh, perasan betul salwa ni...) - so, fakta menarik la sebab susah nak nampak lesung pipit nih kecuali bila tersenyum dengan panjang lebarnya dan hanya dalam keadaan tertentu sahaja akan nampak keempat2 lesung pipit itu... (",)
2. Orang kata lagi (bukan cheq kata no...) mata cheq cantik, hidung cheq mancung... Ala2 arab gitu... (ceh, kuatnya perasan...) Ada yang tanya, keturunan arab ke? ada jugak yang tanya, keturunan mamak ke?? The answer is "NOPE"... heheh (tapi ayah cheq orang Penang... mungkinkah ada tempias2???)
Ok la, stop la bab perasan nih...
4. Seorang yang sangat sensitif, mudah mengalirkan air mata... Sebab tu kalau tengok crita2 sedih cheq suka duduk jauh sket daripada nana. Nanti kena ejek... heh, benci... (",)... Tapi cheq tak berapa nak layan hindustan ye... korean, yup...
5. Sangat minat sukan badminton & bola... Dulu masa study minat hockey... Player for skolah & poly. Gimrama? Sorry, not my taste... hehe... Ingat lagi masa pasukan bola sepak Kedah masuk final lawan Selangor, kalau tak silap final Piala FA tahun 2008, masa tu cheq dalam pantang... Siap lompat2 lagi bila Kedah score gol... Mula la mak bising "Hang tu dalam pantang, jaga2 sikit"... "Opss lupa"... heheh
6. Dulu2 suka kumpul setem... Kalau tak silap, ada 3 buah album setem... Hobi la kunun... Masa tu skolah rendah. Sangat2 leka mengumpul setem, sampai mak marah2. Mak siap kata lagi kalau result UPSR tak elok, mak nak buang collection cheq... huhu, takot masa tu... Akhirnya dapat jugak 5A... peace Mak... - bukti yang hobi tak melalaikan pelajaran cheq... tengok, tengok... hehe
7. Seorang yang suka hidup dalam memori... sayang akan kenangan lama... akibatnya, masa kemas2 rumah nak pindah hari tu nana jumpak surat cinta lama cheq... cinta monyet... hehe... satu hari satu malam kena perli... ambik kau... - moral of the story, jangan simpan surat cinta anda... (cheq dah bakar tau, camna boleh sesat ntah... heran...) - Peace nana... jangan marah ok... hanya kamu di hatiku... cewahhh...
8. Masa kecik2 dulu perangai ala2 budak lelaki, jalan pun ala2 kasar sket... suka kawan dengan budak lelaki. sampai sekolah menengah pun suka kawan dengan budak lelaki... heheh... sampai ada yang salah tafsir yang cheq ni syiok kat dia... sorry guys, teman tapi mesra je ek... tringat satu hari tu (masa zaman kanak2 la), macam biasa lepas habis mengaji kat rumah tok, cheq dengan kakak2 cheq (3 org) panjat pokok jambu belakang umah tok. Sekali bergayut nak capai dahan jambu yang lain, tak sampai... gedebukkk, jatuh dalam bendang... hehe
9. Happy go lucky & kelakar. Ye ke?? Fakta ke auta ni?? Tapi ada yang panggil cheq ni Jang Nara tau... (pelakon korea tu...) Kebetulan pulak ada lesung pipit kecik yang sama macam Jang Nara... suratan atau kebetulan?? heheh... Nak cerita satu kisah lagi... Masa study dulu, kalau ada presentation, cheq tak dibenarkan oleh sorang member cheq ni dok kat tempat duduk depan. Sebab dia kata dia tak boleh tangok muka cheq, nanti dia nak gelak je sampai tak dapat nak buat presentation... Awat, muka cheq ni lawak ka???
10. masa skolah rendah dulu jadi penolong ketua pengawas... sangat2 garang... suka gaduh ngan budak lelaki.... budak lelaki pun takut kat cheq... hehe (",)... Masa skolah menengah pulak, jadik pengawas asrama & ketua dorm je... Tapi slalu langgar peraturan asrama - pengawas ke mawas??? hehe... Pernah tak turun prep, warden datang buat spot-check, lari nyorok dalam stor... hehe. Abih, kalau kena tangkap mana nak letak muka weh, pengawas asrama sendiri dok buat onar... peace warden2 asrama...
Ok, dah bagi 10 fakta menarik yang tak berapa menarik tentang cheq & hobi cheq. Pasni nak kena tag 10 orang pulak...
1. kak bee a.k.a Nabilah - satu tempat study dulu, tapi lain course & dia senior cheq... Kenal masa kat office lama dulu, satu department. Orangnya lembut2 & sopan gitu...
2. maznida a.k.a mama aiman - satu kelas masa study dulu. Orangnya sangat berdedikasi... Mempunyai wajah yang manis...
3. Izzah a.k.a cik puan ezah - satu kamsis masa semester satu dulu & satu blok dengan rumah lama cheq.. orangnya manis...
Dah settle semua, tempek badge ni kat side bar... Okey, settle... Dah boleh dapat award ni... hehe

Monday, December 21, 2009
Tensyen sekejap...
Salam tahun baru untuk semua...
Awal2 tahun lagi dah tensyen... Apa la cheq ni... Bukan tensyen sebab apa, sebab gaji bulan ni tak masuk... Just imagine la, sabtu lepas bawak mak & family cheq gi jejalan... Niat di hati nak shopping2 la sket, dah lama tak membeli baju & kain pasang...
Sekali pergi la ke atm untuk mengeluarkan duit... Sib baik la cheq check baki dulu... kalau tak, jenuh... Sekali terpampang baki +++ . Terkezut cheq. Aik, ni baki duit sebelum2 ni... Aduhai, gaji sangkut la pulak... Nasib la duit gaji bulan lepas banyak lagi... hehe... Lepas la nak shopping2... (",)...
Pagi tadi datang je kerja terus call opis lama tanya apasal gaji sangkut. Diaorang suruh check ngan HR opis sekarang. HR sini kata gaji cheq tak masuk bulan ni sebab opis lama hantar lpc lambat... So, diaorang tak boleh nak buat pembayaran gaji untuk this month... And ayat seterusnya yang keluar dari mulut officer tu amat menensionkan cheq.. tau tak dia kata apa? GAJI UNTUK BULAN NI AKAN MASUK BULAN DEPAN... maksudnya cheq kena tunggu lagi sebulan...
wah wah wah... parah la nana cheq nanti, terpaksa jadi banker jap... heheh...
takpa la, think positive ok... next month dapat gaji berganda... (",)... (ayat nak sedapkan hati...)
ok la, dah malas nak menaip. Bukan dapat gaji pun... hehe (tak de la, lawak je)... ok, daaaaa...
Friday, December 11, 2009
MISS MY 'KAMPUNG' SO MUCH...
Dingin mencengkam
Ombak laut
Mengajak pulang
Di sini ku rindu
Kampung halaman
Yang lama kutinggalkan
Betapa indahnya negeri orang
Tak seindah tanah tumpah darahku
Wajah sanak saudara yang tercinta
Bermain di mataku di kala sepi
Sawah ladang dan pohon nyior
Dengarkanlah jeritan hati
Kuingin nyatakan...
Aku sering merindu belaianmu
Aku sering merindui kasihmu
B.e.r.i.t.a d.a.r.i R.a.n.t.a.u - A.l.l.e.y.c.a.t.s
*****************************************
Lagu kat atas ni sangat suka cheq dengar time teringat kat kampung... Rindunya kat kampung... Kadang2 rasa bosan dan letih duduk kat sini... Tak dak tempat nak tenangkan fikiran...
Kalau kat kampung tu, sambil rileks2 atas buaian bawah pokok rambutan, tengok sawah yang menghijau... tenang nya rasa... Bila la nak dapat pindah balik kampung ni??? Waaaaaaa....
Harap2 dapat la pindah balik kampung dan duduk di rumah sendiri secepat yang mungkin... hehe
Dua-dua gambar kat atas ni gambar bendang /sawah padi depan rumah cheq... Pastu, yang nampak parit sekerat tu, tu la tempat cheq adik beradik 'berkubang' (loghat utara : mandi manda) bila air pasang (untuk pengairan sawah padi).
Teringat masa kecik-kecik dulu... Keluarga cheq orang susah... sob sob... (".). So, hari cuti kena la tolong mak ngan ayah kat bendang. Lepas habis tolong tu apa lagi, terjun dalam parit la nak berkubang. Mula2 tu kononnya nak bersihkan baju la dari selut, tapi lama2 sampai mata merah semua, terus mak mai bawak kayu, habis kena tibai (pukul)... Apa lagi, lari lintang pukang semuanya...
Rindunya cheq pada zaman kanak2...
Sekarang dah besar panjang. Dah tak pernah tolong mak & ayah kat bendang... Bila balik kampung, padi dah tumbuh... Balik lagi sekali, padi dah berbuah... balik lagi sekali, orang dah tuai padi... Herm, cepatnya masa berlalu...
Tiba-tiba feeling la pulak... (mata dah bergenang nih...)...
Sorry, terpaksa hentikan penulisan... (dah sebak nih)... Kang banjir opis nih.. hehe
Till then, daaaaa....
Sekadar teguran...
Bukan apa, sekadar peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang baca entri nih...
Dah lama sebenarnya nak buat entri pasal ni, tapi asyik terlupa je. Cheq nak luahkan rasa tidak puas hati / sedih dengan sikap segelintir masyarakat kita ni. Entah ke mana hilangnya adab sopan.
Yang chek nak cerita ni pasal adab sopan dalam masjid dan surau. Tapi ni biasanya berlaku dalam surau la. Apa yang cheq perhatikan, ramai yang suka bersembang di dalam surau. Kalau suara tu slow / berbisik2 tak apa la jugak. Ni bercakap macam member tu duduk sebatu je... Sampai mengganggu muslimat lain yang sedang bersolat (termasuk la cheq)... Habis jadi tak khusyuk... hehe. Dah la tu, bercerita hal duniawi...
Herm, dah la sepasal mengganggu kekhusyukkan solat orang lain, pastu cerita hal dunia... bukan kah kita dilarang bercerita hal duniawi di dalam surau? Sedangkan orang yang membaca Al-Quran pun disuruh memperlahankan suara jika ada orang yang bersolat (bimbang mengganggu solat), tambahan pula orang yang bercerita hal duniawi...
Satu lagi kes tak silent henpon... Macam2 ringtone ada... Ayam berkokok la, bunyi hantu mengilai la, dan kebanyakkannya ringtone lagu... Aduhai la, dah tahu nak solat, tolong la 'silent' henpon tu. Susah tau, tengah baca Al-Fatihah, tetiba je dengar lagu... Ha, tak pasal terikut, sapa susah???
Masuk library pandai pula diam, sebab tahu peraturan 'DILARANG MEMBUAT BISING'... Tapi masuk surau, letak le banyak mana pun nasihat 'SILA PERLAHANKAN SUARA', macam tak nampak je... Sedih betul cheq tengok sikap orang yang macam ni... Lebih ikut undang2 manusia...
Ha, kan cheq dah bagi ceramah agama.... Serius, nak je tegur diaorang... tapi sure nanti cakap belakang.. "Eleh, macam bagus sangat dia tu..."... ayat standard...
So, kepada sesiapa yang baca entri ni, ingat2 la... kadang2 kita tak sedar apa yang kita buat. Cheq pun nak ingatkan diri sendiri jugak... Maaf la kalau ada yang terasa ye. Niat di hati nak betulkan apa yang salah. Kalau ada member2 kita yang macam tu, tegur2 la dia....
ok la, tak mau bebel dah... Salam...
*peace no war
Thursday, December 10, 2009
Kalam Hikmah....

** Cheq pun penat sangat nih... next week nak rest puas2 lepas settle masalah pindah randah ni.... Nak ajak nana 'cuci mata'.... hehe
Wednesday, December 9, 2009
K.U.R.U.S. ????

Another one....
Berada Di Tempatku
Membayangkan Pahit Manis Berlaku
Tak Siapa Yang Tahu
Mungkin Nanti Kau Jua Merasakan
Berdepan Dengan Kata Menyesakkan
Takkan Tugumu Kebal
Tiada Pertimbangan
Keheningan Malam Membangunkan
Kepayahan Jiwa Meluahkan
Andai Kau Jujur Memahami
Tiadaku Menjauhi
Dan Kisahku Yang Masih Panjang
Menambahkan Berat Yang Memandang
Lantas Ku Pendam
Ku Putuskan Biarlah Rahsia
Semakin Aku Hidup Dalam Cinta
Tiada Kuasa Mampu Menghalangnya
Hentikan Kata Kata
Bertulangkan Dusta
Keheningan Malam Membangunkan
Kepayahan Jiwa Meluahkan
Andai Kau Jujur Memahami
Tiadaku Menjauhi
Dan Kisahku Yang Masih Panjang
Menambahkan Berat Yang Memandang
Lantas Ku Pendam
Ku Putuskan Biarlah Rahsia
Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku
B.I.A.R.L.A.H R.A.H.S.I.A - D.A.T.O' S.I.T.I N.U.R.H.A.L.I.Z.A
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
** kadang2 banyak perkara yang ingin diceritakan dan dikongsi dengan orang lain. tapi adakalanya ia terlalu sulit dan rumit, sehingga sukar untuk diluahkan dan diceritakan. lantas akhirnya hanya memendam rasa lalu hati berkata "BIARLAH RAHSIA..."
Monday, December 7, 2009
One of my favourite
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan
Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti
Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu ku lawan
Kesepianku
Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti
Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku
Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Lirik M.e.l.a.w.a.n. K.e.s.e.p.i.a.n - D.a.t.o' S.i.t.i N.u.r.h.a.l.i.z.a
Penatnya...

Masa nak balik ke sini hari tu, sampai pagi dalam kul 5 lebih... Just imagine la, bertolak dari kampung dalam pukul 8.00 malam... Fuhhh, 9 jam??? kalah naik keretapi lagi... ini semua sebab jalan tersangatlah jamm... Perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa dalam 4 ke 5 jam telah menjadi 9 jam...
akibatnya, sepatutnya hari Isnin tu cheq dah start keja, terpaksa amik cuti kecemasan sebab dah tak larat nak buka mata, pastu letih gilossss... nasib baik la bos memang cuti hari tu, so tak ada masalah la...
pastu my MIL datang hari rabu lepas. And Sabtu lepas, ada kenduri kawen my nephew lak kat selayang. and adik beradik sebelah nana telah bermalam di rumah kami... fewww, penat weh... bukan apa, cheq tengah sibuk mengemas rumah sebab nak pindah dalam next week... warghhhhh, letihnya...
kerja-kerja mengemas terpaksa dihentikan seketika sebab nanti kang sedara mara datang umah berselerak lak... herm...
Khamis lepas cheq, nana ngan MIL pergi tengok2 umah... Eksited pulak nak pindah... ngeh ngeh ngeh... semangat!!!! Faris pun bukan main lagi masa kat rumah baru tu, eksited jugak kot... hehe
pastu semalam pergi cuci rumah baru lak sebelum nak pindah barang... sangat busy ye... cepat la pindah... tapi bila dah pindah nanti nak kemas barang2 lak... kuang kuang kuang...
masa tengah basuh lantai semalam, si kecik Faris tak reti dok diam... terpaksa buka baju & seluar dia, pakai diapers je takut basah baju. Siap renang2 lagik masa chek basuh lantai tu. Buat kuak rama2 la, kuak lentang la... haha, kelakar la tengok si Faris ni. Tapi tak ambil gambar pun. Ye la, masing-masing dok sibuk membasuh rumah. Kami berdua je membasuh rumah, penatnya...
ok la, nanti cheq update crita pasal umah baru okeyh... till then, daaaaaa....

Thursday, December 3, 2009
Okey ke??
Lama betul bercuti kali ni... tak dak mood nak update blog... plus sakit kepala kembali menyerang... Sebelum nak membebel lebih panjang, sesaje je letak gambar kat bawah ni sebab berkaitan la jugak dengan bebelan hari ni...
Okey ke kalau camni???
Haa, apa dia?? Ok apa???
Ok ke kalau cheq pakai specs??? hehe

last week, hari isnin, cheq telah dilanda sakit kepala yang amat sangat. dari pagi sampai ke petang. mula2 ingat nak bertahan je, tak mau makan ubat (konon2nya tak mau bergantung pada ubat la...) tapi petang tu rasa dah tak tertahan dah, telan jugak la ubat (migraine+relaks otot). Tapi malangnya, langsung tak berkesan. cenggitu jugak rasa sakitnya...
Esoknya (selasa) masih sakit. so, decide nak pergi check balik ngan doc tu. nak tanya, apasal sakit tak hilang gak lepas makan ubat. sampai kat klinik tu, tertera perkataan CLOSE... Herm, camna nih???
Terus gi klinik lain. Pas check semua, doc tu kata maybe bukan migraine. so, dia suruh cheq check mata sebab sebelum ni memang cheq pernah pakai specs. Doc tu bagi ubat tahan sakit. Dia kata kalau mata ok, pastu makan ubat pun tak hilang gak, kena datang balik untuk buat ujian seterusnya (utk check apa yg tak kena sebenarnya).
So, masa balik kampung hari tu sesaje je la gatal2 masuk kedai specs utk check power mata... Pas check semua, cheq diberitahu yg cheq ni ada rabun jauh... so, dia tanya nak buat specs tak? cheq kata "nanti la saya fikir dulu"... hehe...
yang sebenarnya malas nak pakai specs... lagi pun kanan+kiri tak sampai 200 pun, kira tak kritikal sangat la kan... plus, cheq dah jarang drive sekarang ni. pergi balik kerja nana cheq hantar & jemput...
tapi tu la, sampai ke hari ni dok menanggung sakit kepala nih... makan ubat tahan sakit tu, hilang la sat rasa sakit. lepas beberapa jam, muncul balik... Ingat esok nak pergi jumpa doc tu, tanya patut tak buat specs sebab rasa macam tak perlu pun sebenarnya... ye la, staf kat kedai specs tu sure la suh kita buat, sebab bisness kan...
kalau doc suh buat, baru cheq akan buat.... tapi tak dapat la nak bayang muka bila pakai specs ni.. ye la, dah 6 tahun tinggalkan dunia cermin mata nih... rimas la bila ada benda yang dok sangkut kat telinga & hidung... dulu pakai pun sebab rabun 200 lebih... tu pun pakai masa dalam kelas & masa study je... abih sekolah menengah, specs tu pun hilang ntah ke mana... ngeh ngeh...
ok ke pakai specs nih??? nanti mata sepet, atas hidung ada bekas... tak lawa la... hehe... Tapi mesti ada yg syorkan pakai contac lense?? eei, tak nak la... bukan apa TAKOOOT nak letak menda alah tu kat mata... pastu penjagaannya renyah sedikit...
ok la, panjangnya cheq membebel ni... tak pa, qado... heheh... ok la, daaaaaaaa....
Selingan:


Thursday, November 26, 2009
First time nih...
Alkisahnya, cheq dapat tau yang M.Y. D.E.A.R. ada buat w/h sale pada 29/10/09 hingga 08/11/09, so cheq telah memujuk nana (panggilan manja org penang utk suami) pi w/h sale tue... Sebab utama cheq nak pi adalah nak beli stroller baru utk faris memandangkan stroller dia dah tak muat untuk dia... hehe
Kami sampai kat situ dah petang pun sebab faris ketiduran pagi tu sampai la petang. Masa sampai tu punya la ramai orang... bersesak-sesak la jugak... Banyak betul stroller, rambang mata nak pilih... hehe... Pilih punya pilih, last sekali decide nak beli yang ini
Pastu masa cheq dok pilih stroller, nana cheq dengan faris pulak rupa2nya tengah dok ushar mini bike nih... herm... mula2 tak mau beli, last2 tergoda jugak... amik warna merah jugak, sedondon dengan stroller faris...
Dah bayar semua, masa tengah tunggu diaorang pasang stroller tu, tetiba je rasa cam tak puas hati lak ngan stroller nih. macam tak berkenan lak... hehe... teruk betul cheq ni... sangat cerewet okeyh... hehe
Tapi nak buat macam mana, dah bayar pun... Pastu settle semua bergerak balik...
**********************************************
P.U.R.E.E.N W/H SALE
Sabtu yang lepas, pagi2 dah bersiap2 untuk ke PJ sebab nak serbu P.U.R.E.E.N w/h sale... hehe... dalam pukul 8.45 am gerak dari rumah... Sampai area PJ dalam kul 9.15 am... Cari la jalan yg macam dalam google map tuh... 3,4 kali jugak la pusing2 kat tempat yang sama cari jalan tak jumpa2... ye la, first time sampai sini. tengok jam dah nak dekat pukul 10.00 am pun... cheq cakap kat nana "herm, mesti dah ramai orang. habih la baju yang elok2 orang dah kelas2"... Berhenti kat stesyen minyak, tanya orang kat situ. boleh dia kata. "ni jauh tempat ni. Kat taman tun", tensyen je cheq dengar... Sabaq je la. Apa la orang tu, tempat kat area situ pun tak tau ka??
Last2 cheq cakap kat nana "jom balik la, mood dah hilang", nana kata "sabaq la, kita cari lagi. awai lagi ni. bukan nak pi mana2 pun lepas ni"... Baguih betui nana cheq ni. sangat sabaq, terutama sekali dengan perangai cheq :)... Tu yang cheq sayang sangat tu... :)
Last2 tanya dekat sorang lelaki tu, dia bagi direction. dekat je dari situ rupanya. pastu ada sorang perempuan menyampuk "nak pergi P.U.R.E.E.N. ke?' nana cheq angguk. dia bagi satu lagi direction yang lagi senang. pastu apa lagi terus la bergerak mengikut direction yg diberi. sampai dekat lorong nak masuk tu, mak ai... punya la ramai orang... jalan jamm... nana suruh turun dulu, dia pi cari parking.
cheq pun turun masuk ke dalam... ramainya orang... pergi kat bahagian baju, fuhhh rambang mata cheq habaq... ada pakaian dari RM1.00 sampai la RM20 lebih kalau tak silap. terus je cheq terjah yang harga RM1.00 tu... Sambil dukung si kecik tu. macam nak patah je tangan, punya la berat. pastu tak mau dok diam... call nana suruh cepat sikit. cheq dah tak larat... hehe...
sampai je nana, apa lagi cheq pun terus la pilih baju yang berkenan di hati... hasil ragutan seperti di bawah... tadaaaaa...
short pants yang berharga RM1.00 je...
Baju lengan panjang beli sehelai je sebab jarang pakai pun... saja beli buat spare..
Sangat puas hati la pi P.U.R.E.E.N w/h sale nih... Berbaloi2... Tambah lak time hujung2 gaji nih, berbelanja secara berhemat... hehe... Kira ok la, nak buat baju basahan je, pakai kat rumah pengasuh. baju faris banyak yang dah fit... hehe. tapi banyak baju baby gurl la yg cantik2...
Ibu2 yang tengah peknen tu memang sangat sesuai beli barangan utk baby kat sini. Cheq tengok diaper beg dia RM9.00 je, kat shopping complex hari tu cheq tengok RM40.00 (jenama yg sama, sejibik)... tu dia aih, punya la beza harga... nanti untuk next baby nak pi lagi la.. hehe...
Monday, November 23, 2009
JALAN-JALAN CARI HAIWAN...
Jenuh pujuk suruh tengok kamera, nak jugak tengok orang utan...
akhirnya, 'ummi posing sorang2... hehe
Excited nak pegang kancil...
Kancil pun lari... hehe
Friday, November 20, 2009
Syafakillah...
mula2 tu tahan la lagi, tapi makin lama makin sakit, call le cik abang... malangnya dia ada kat site masa tu. katanya dalam kul 11.30 baru balik office... Masa cheq call tu baru pukul 10.30, means kena tunggu lagi 1 jam... perghh, tarik urat sampai belakang kepala...
akhirnya, tepat jam 11.30 cik abang call katanya dah on da way nak datang amik cheq. tapi cheq pulak tengah banyak kerja. cepat2 settle apa yang penting dulu. pastu bagitau kat bos nak pergi klinik. isi borang, terus keluar. Pergi klinik yang dekat2 je, sebab dah sakit sangat nih...
Sampai kat klinik ada lagi sorang je sebelum cheq. Dalam bilik doc tu ada lagi 1 patient. Tunggu punya tunggu, tak panggil-panggil lagi nama. sampai nak hilang la jugak rasa sakit kepala ni... (walaupun klinik swasta, tapi sama lambat macam klinik gomen je)... Tobat, next time tak mau pi dah klinik tu unless takdak choice...
Akhirnya setelah menunggu hampir 20 minit, nama cheq dipanggil. Masuk dalam bilik doc, crita la apa yg patut... Then doc tu kata "migrane"... adus... cheq dah agak dah... herm, dapat la ubat 4 jenis. doc tanya, boleh kerja ke tak? Senyum je, pastu angguk... Ceh, purak2 jadi pekerja baik konon, padahal dalam hati harap dapat MC sebab ingat nak rest je kat rumah, sebab ubat sakit pala ni ialah tidoq... hehe
Pas amik ubat balik umah sat, rileks tengok tv... ilang terus sakit pala... hehe
Pastu terus balik semula ke office sebab banyak lagi kerja yang menanti... Esoknya dah cuti, nak kena settle hari tu jugak...
Herm, bertambah lagi satu sakit.... hari tu dapat gastrik, ni dapat migrane plak... Mudah2an lepas ni sihat2 aje ye... Tak mau la dok sakit je...
ok la, daaaaaaa....
selingan :
Mesti ada yg tanya, apa hal pulak letak gambar pelakon cerita Wulan ni kan??? hehe... sebab ada cerita di sebaliknya... tapi tak mau cerita pun... (jangan marah aaaa)... kalau terrer, cuba teka... sapa betoi dapat sekupang... ngeh ngeh...

Wednesday, November 18, 2009
Cheq keciwa ni...

Herm, hari ni nak crita pasal kekecewaan cheq kerana tak dapat tengok kejadian alam yang sangat ditunggu-tunggu oleh ramai orang (macam dalam gambar kat atas ni). Semalam masa bukak yahu nak check email, ternampak la satu artikel pasal fenomena nih... So, cheq dengan rasa curious nya search la dalam internet sebab nak tau maklumat lebih lanjut. dalam artikel kat yahu tu tak bagitau pukul berapa ribut tu akan berlaku kat Mesia. Yg ada waktu berlaku kat luar negara...
search punya search, jumpa la satu forum yang dok bincang pasal ni. Katanya dijangkakan dalam pukul 4.00am to 6.00 am ribut tu akan berlaku... Cheq pun punya la eksited... Bagitau kat hubby, konon nak ajak dia tengok sama2 la... hehe
malangnya, seperti yg semua tau, semalam kan hujan lebat telah melanda kawasan putrajaya. makanya, langit telah menjadi mendung dan awan hitam telah menyelubungi langit...
tunggu punya tunggu (ayat dalam crita Seniman Bujang Lapok), tak nampak pun. Mula2 tu cheq dah sedar pukul 4.20 pagi, terus bangun jengok kat balkoni. Hanya tompokan awan hitam yang kelihatan. Tak nampak bintang pun... Sedih sangat.. hehe. Masuk sambung tidoq balik... (bukan nak solat tahjud aku ni... hehe)
Pukul 5.30 cheq terjaga lagi, lagi sekali pi jengok kat balkoni, nampak bintang beberapa butir je... langit macam ok. Tapi tak ada pun meteor. Sampai la pukul 6, masih tak nampak apa2, terus rasa putus asa. Hari dah makin cerah... Mungkin cheq dah terlepas, sebab tadi ada baca satu artikel dalam falakonline katanya dijangka akan berlaku dalam pukul 5.43 pagi... Tapi series, pagi tadi masa dalam bathroom (",), sambil jenguk keluar tingkap... tak nampak apa2 pun. Hanya langit yg gelap... huaaaaa...
Herm, terlepas lagi peluang nak tengok. Sebelum-sebelum ni pun sama jugak terlepas, tapi sebab tak terjaga & ada yg cheq tak tau... Cheq ni sampai termimpi2 la pagi tadi (masa sambung tidoq yang lepas terjaga pukul 4.20 tu) yg cheq tengok ribut tu, dengan hubby lagi tau. pastu siap mimpi pinjam henpon dia untuk snap gambaq, sebab henpon cheq tak dak beteri. Ingatkan betul2, rupanya bermimpi... Tu yang terjaga balik pukul 5.30 tu...
Teringat masa form 2 dulu. Masa tu cheq dok kat asrama. Malam tu sebelum tidoq dah siap pesan kat member satu dorm "Kalau hangpa terjaga nanti, gerak (kejut) la aku na...". Dok sedap tidoq, tiba2 dengar bunyi berdentum dentam... Macam anak gajah yg tengah lari bertempiaran. dalam dok mamai2 tu, cheq dok pikiaq (fikir), 'kenapa ni, gempa bumi ka? ka bangunan nak runtuh'... celik2 ja mata tengok member dorm sorang sorang dok lari pastu terus terjun atas katil buat2 tidoq. Cheq pun rasa pelik... 'Pasai pa depa semua ni?'...
Tiba-tiba bunyi siren la pulak... Rupa-rupanya ada 'roll-call'... Terus amik tudung, turun la kat dataran depan Dewan makan. Lama la jugak dok berdiri tunggu sampai semua penghuni asrama puteri turun. Dah turun semua, datang la Ketua Warden Asrama yang sangat digeruni oleh seisi warga asrama kecuali aku... heheh... Pasai pa aku tak gerun kat dia? ha, pasai dia baik sangat dengan aku... nanti aku buat special entri pasai dia, ok...
nak dijadikan cerita, Ketua Warden ni (yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Mail) tanya la, sapa yg dok tengok kat koridor tadi? Senyap ja semua. Sapa la yg nak mengaku, betui dak? Cari na'aih (nahas) la jawabnya. Disebabkan semua tak mengaku, kena denda berdiri kat situ sampai masuk waktu subuh... Dalam pada Ustaz Mail dok bagi 'syarahan' tu sempat la aku nampak dua tiga meteor yg dok lalu kat langit... SUBAHANALLAH, memang cantik ciptaan Allah ni... masa tu dah nak dekat habis dah... kira sisa-sisa meteor ja yg ada. kalau banyak lagi cantik.
Masuk waktu subuh, semua kena pi surau, solat subuh berjemaah. Cheq yang masih panas hati sebab member tak gerak utk tengok meteor bertambah panas bila depa dok cerita ada meteor yg bergerak 'berdua', kira macam 'meteor kapel' la... Dah la tak dapat tengok, kena denda pulak sebab orang lain tak mengaku salah. Depa pun satu, masa dok tengok tu pakat riuh rendah tiap2 kali ada meteor yg cantik. Pulak tu asrama budak lelaki bertentangan dengan asrama budak pompuan, pakat dok buat bising la... Harus la Ustaz Mail tu terjaga... Ya ka tengah tidoq? ntah2 dia pun dok tengok ribut meteor tu jugak... kui kui...
Ok la, cheq dah tak larat nak taip dah ni. Sekian saja cerita pasal kecewa tak dapat tengok fenomena alam subuh tadi & kenangan masa dok kat asrama dulu... Memang best la dok asrama ni... Banyak kenangan... Ok la, daaaaa....
Friday, November 13, 2009
Kenangan semasa mengandung...
1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
Erm, boleh dikatakan begitulah... hehe
2. WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR YOUR OPPOSITE GENDER NAME?
Tak pikir pun lagi sebab lambat lagi kot... hehe... dah ada nanti baru boleh pikir... hehe
3.WHAT WERE YOUR REACTIONS?
Alhamdulillah, happy + macam tak caya je... hehe
4. HOW OLD WERE YOU?
Masa tu baru je 22 tahun [terlalu muda untuk jadi seorang ibu.. ('',)]
5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
Period lewat seminggu lebih. Mula2 tak berani nak buat test, husband yang suruh. Tengok2 +ve... heheh
6. WHO DID YOU TELL FIRST?
My husband le sebab keluar je dari toilet, dia dah tanya "macam mana?"... ngeh ngeh...
7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
Mula2 ingatkan nak surprise sket. Tapi bila dah masuk 8bln lebih husband excited lak nak tahu jantina. Terus bawak pegi scan... hehe
9. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
Yezza, masa bulan ke-3 sampai bulan ke-5... Pastu okeyh aje... Cuma sekali sekali tu ada la...
10. WHAT DID YOU CRAVE?
Jambu susu... tapi time mengidam tu musim jambu susu baru je lepas... hua hua hua... tapi nasib baik la mertuaku tersangat la baik hati, dia siap tolong cari satu kampung... akhirnya dapat jugak sebijik.. tu pun 'buah sesat'... dapat la merasa... hehe... dah bersalin & habis pantang melambak2 pulak buah tu sampai nak termuntah cheq tengok... hehe....
11. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
Masa nak tidoq tak berapa nak selesa, pastu kaki kejang tiba2... (tapi tak teruk sangat la...)
12. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?
Lelaki / boy...
13. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX ?
Tak, sebab memang kalau boleh nak anak sulung lelaki... Alhamdulillah, dapat pun...
14. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
Kalau tak silap dalam 13kg je kot... hehe
15. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
Tak dak pun...
17. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
Alhamdulillah, okeyh aje... Cuma cepat letih dan kaki kadang2 kejang/cramp...
18. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Hospital Putrajaya...
19. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
Ada la dalam 4 jam lebih.... (campur doctor jahit sebab banyak luka... maklumla, 1st baby, x dak pengalaman...)
20. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
Husband
21. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
Doc dalam 4 org, pastu nurse dalam 2 org and of course my husband la... hehe
22. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
Alhamdulillah, normal...
23. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
Mesti la, sebab tak tahan sangat sakit... rasa macam kena senggugut gitu... cheq sedut oksigen. Tapi dapat gak phetidine tuh walaupun tak diminta.. nurse tu datang terus je cucuk... pastu terus je lalok... hehe... doc suruh push pun dah tak dengar sangat sebab mamai.. hehe
24. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?
3.21 kg... (tak sangka baby besar sebab ramai yang kata perut masa ngandungkan dia dulu kecik je...)
25. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN ?
06/07/2008 a.k.a 06/07/08 (cantik tak number ni... hehe) pada jam 1.33 petang...
26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?
Ahmad Faris Danish
27. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?
Dah 1 tahun 4 bulan... sekejap je. Rasa macam baru semalam...
28. WOULD YOU DO IT AGAIN?
Yes, satu hari nanti. Tapi buat masa sekarang belum terfikir lagi... ngeh ngeh ngeh... Pendek kata belum bersedia. Biar la dulu... hehe
Testing 1,2,3...
herm... dah lama tak update blog nih... ketiadaan mood... ada banyak cerita dan peristiwa yg berlaku minggu nih... tapi 'mim alif lam sin' punya pasal, dibiarkan sahaja... hehe
so, memandangkan mood hari ni sedikit baik, maka jari jemari ini pun bergerak la mencoret isi hati...
erm, cadang2nya, nak tukar la kata ganti diri dalam penulisan blog nih... setelah difikir2kan nak cuba guna perkataan CHEQ la pulak... ngeh ngeh... kononnya nak memartabatkan loghat orang utara la ni... sesuai kah?? selama hidup ni, rasanya tak pernah bahasakan diri dengan perkataan CHEQ ni... kalau ada pun mungkin sekali dua... macam tak reti pulak bila nak bercakap... hehe
tengok la lama mana mampu bertahan dengan kata ganti diri nih... harap2 sepanjang berkarya di blog ni la ye... hehe
ok la, daaa.... (penyakit 'mim alif lam sin' dah menjelama semula... otak pun dah jadi cramp tak tau nak tulih apa dah...)
Thursday, November 5, 2009
Nak anak berapa???
1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?
Setakat ni baru seorang la..boy..
2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?
Erm, mungkin bila Faris dah umur 3thn... means dalam 2 tahun lagi... hehe... Insyaallah..
3. Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam Islam?
Ahmad Faris Danish
Ahmad : Yang terpuji
Faris : Yang 'alim/ahli penunggang kuda
Danish : Bijak/cerdik
4. Siapakah yang memberikan nama anak anda?
My husband and I... sama2 pilih nama tu... (sehati sejiwa lah kononnya... hehe)
5. Darimana tercetus idea memberikan nama anak anda?
Daripada senarai nama-nama bayi yang baik dalam buku apa ntah tajuknya. Masa tu kami sama2 buat short list nama yg berkenan di hati. Pastu, tapis punya tapis, dapat la nama tersebut...
6. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yang akan anda beri?
Belum pikir lagi buat masa ni... Lambat lagi kot... hehehe... tapi ada la dok ushar2 beberapa nama...
7. Berapa perancangan anak yang anda mahu & nyatakan berapa girl & berapa boy?
Kalau saya la, 5 kot... hehe... kalau husband, dia kata hari tu 2 je... tak tahu la dia siries ke memain je... ngeh ngeh
8. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang...nyatakan berapa jarak beza umur anak anda?
Hehe, tak berkenaan...
9. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang....anda nak girl @ boy?nyatakan sebabnyer?
Kalau boleh nak anak perempuan la pulak, biar complete...hehe... InsyaAllah, kalau ada rezeki la.
10. Ape ciri2 persamaan anda & anak Anda?
Kuat nangis & kuat merajuk... Ni abah la yang cakap.. (mungkin masa mengandungkan Faris dulu kuat nangis & suka merajuk... tu yang tertempias tu... hehe)
11. Upload gambar anak anda untuk tontotan semua rakan blogger.
.jpg)
Ni masa hari kedua Faris jengah dunia ni... Baru jaga dari tido... Baik je dia masa ni... Diam je.. hehe
Ni gambar Faris yg dah setahun lebih... hehe... kejap je masa berlalu... Sekarang dah lasak...
12. Tag seberapa ramai yang boleh untuk jawab tag ni.
Kepada sesape yang baca entri ni, rajin2kan la diri buat tag ni eh...
Wednesday, November 4, 2009
Qado...
Sebenaqnya masih tak ada mood nih... ye la, sejak akhir2 ni kan macam2 yg berlaku... sedikit sebanyak telah menjejaskan mood aku yg comels... hehe... (merepek je...)
Tak ada cerita khusus pun yg nak diceritakan hari ni, tetapi sebab rasa macam lama tak conteng2, gagahkan la jugak jari ni menaip apa yang terlintas di kepala otak nih... sebab tu la penulisan aku hari ini agak caca marba sket... hehe...
ok la, daaaaaa....
Thursday, October 29, 2009
Risau & Berdebar-debarnya...

Tuesday, October 27, 2009
2 in 1 Entry : Apasal nih??? & Surprise...
Ni yg geram nih... hehe
Tapi takpa, disebabkan mood aku baik2 je hari ni, malas nak rosakkan mood baik dengan perasaan marah ok...
Semalam aku telah mendapat surprise daripada hubby aku... hehe... Masa balik dari kerja semalam, macam biasa la aku pergi ambil Faris kat rumah pengasuh. Sampai kat rumah tengok hubby ada kat dapur, tengah buat bubur nasik untuk Faris... Rajinnya... hehe
Lepas letak si kecik tu terus ke dapaur untuk tolong dia memasak. Tapi dia tak bagi, dia suruh kemaskan mainan Faris kat ruang tamu. Biasa la, Faris ni celik2 je mata tiap2 pagi akan seret bakul mainan dia and tuang atas lantai buat semak. Kadang2 tak sempat nak kemas balik sebelum pergi kerja...
Masa tengah kemas2 tu tertarik la satu kotak yang ada kat belakang langsir sliding door. Ingatkan kotak mainan Faris. Tapi macam lain je sebab ada riben kuning kat atas tu. Belek2 baru perasan rupa2nya kotak henpon.... Wah, tetiba rasa cam berdebar lak.. hehe (haruskah??)... Aku buat2 tak kisah tapi dalam hati happy sangat... Habis kemas terus ke dapur sambil buat muka slumber macam tak perasan apa2... (cover line... hehe). Hubby tanya, dah kemas ke? Aku just angguk, pastu tolong apa yg patut.
Malam tu lepas tidokan si kecik, sambil lepak2 tengok tv hubby tanya "Jumpa tak upah kemas rumah?", aku cuma senyum malu... (malu ke???) Dia suruh ambil, tapi aku tak nak kononnya malu... haha (pemalu sangat la tu...). Last sekali setelah hilang rasa malu, aku ambil & buka kotak tu. Tadaaaa, sebuah henpon Sony Ericsson. Aku senyum lagi... Pastu mula la membelek henpon tu... best best...hehe
Baru je cadang nak beli henpon baru sebab henpon lama dah dirosakkan oleh si kecik Faris... Pucuk dicita ulam mendatang... ngeh ngeh ngeh...
Kepada cayangku yg slalu membaca blog nih, thank you so much ek... muah muah muah... hehe
Monday, October 26, 2009
To All Bloggers, Please Read This... Important okey...
sa tu mula la terfikir, camna ngan semua khazanah2 aku yg ada dalam blog tu...??? Dah le tak pernah buat backup pun... Dah la tengah tunggu result satu contest yg aku masuk nih... Waaaaaa... (nangis lagi... xde la, jerit je... hehe)
Pastu try buka hari ni, baca Bismillah & doa dulu... Akhirnya berjaya juga dibuka... Alhamdulillah... happy yg teramat sangat... Terasa hidup balik diri aku... hehe
Membebel lak... Sebenarnya entri kali ni nak bagi tips camna nak backup blog kita supaya incase la blog kita dibuang tanpa diberitahu dahulu (ada kes yg jadi cenggini) tak la kita menggelabah & rasa macam separuh mati (terutamanya aku lah.. hehe)... So, all readers, please refer to this entri (klik di sini) okeh... Aku copy link ni dari mombloggersplanet.com salah satu blog yg aku suka jengok sebab banyak informasi yg bagus... Thanks to little mama yg sudi berkongsi langkah ini... So, kengkawan bloggers kat luar sana yg masih belum buat backup untuk blog anda, buat la ek... jangan nanti nyesal di kemudian hari... hehe... Aku baru je selesai buat backup nih... hehe
Ok la, daaaaaa....
Selingan...

*sharing is caring... peace no war... hehe
Friday, October 23, 2009
Saya, Aku, Chek, Kite, Teman, Den DLL...
Ada orang kata, orang2 utara ni memang suka guna 'aku' sebagai kata ganti diri mereka... Betul ke?? Mungkin betul mungkin tak... Bagi aku sendiri (haa... ni terbukti yg org utara suka guna 'aku'... hehe) dalam apa2 jua bentuk penulisan, perkataan 'aku' memang sangat sesuai digunakan sebabnya terasa macam lebih mesra dengan pembaca... betul tak?? Pernah tak baca puisi yang gunakan perkataan 'saya'??? Macam pelik je... hehe
Erm, tapi bila bercakap selalunya aku akan ikut keadaan. Kadang2 guna 'saya' kalau org tu berbahasa 'saya awak'. Kalau org tu berbahasa 'hang aku' semestinya 'aku' la kan... kadang2 tu guna nama sendiri... kalau dalam family, nama panggilan la kan... dengan suami pula mesti la guna panggilan manja... hehe...
ok la, dah merapu meraban dah ni... apa2 pun kata ganti diri yang kita gunakan, biarlah jangan sampai melampaui adab dan batasan... renung2kan dan selamat beramal... hehe
salam...
Tuesday, October 20, 2009
Apa cerita???
Walaupun mood sangat down, rutin harian masih seperti biasa... Ingat nanti nak beralih angin la pulak. nak cuba sesuatu yang baru... apa yang baru tu? masih tengah fikir. tunggu dan lihat aje... Ingat nak buat entri pasal farewell office lama. tapi bahan pulak tidak mencukupi. masih menanti foto2 dari org yang berkenaan...
apasal ye bawah mata sebelah kiri aku ni ayik bergedik dari tadi je... orang kata nak nangis pasal benda yg sedih.. ye ke?? herm, benda apa la ye... tak nak dah la sedih2 ni... biarlah benda yg menggembirakan pulak yang singgah di sisi aku... amin...
ok la, malas nak membebel & menaip dah.... chow chin chee... heheh
Friday, October 16, 2009
Kisah SEDIH.

Alamak!! Tisu dah Habis...
Tadi aku buka blog sesaje nak tengok entri terkini dari senarai bloggers. Pastu terbaca la entri dari blog BabyIbu yang bertajuk @Baca sampai nangis... Masa baca perenggan pertama tu masih ok lagi. Steady je aku membacanya. Begitu la perenggan kedua hingga keempat. Masuk je perenggan kelima, berderai air mata membacanya. Capai kotak tisu, ALAMAK!!! tisu dah habis. Air mata dok berjuraian ni... Apa lagi, lap guna lengan baju le... Aku tak boleh nak baca terus-terusan sebab sangat sedih woo ceritanya. Kalau kat rumah mau aku nangis terus-terusan nih... Kat sini malu la sikit. hehe.
Memang sangat menyayat hati. Kalo sapa baca tak nangis memang orang tu adalah jenis yang KERAS HATI atau TAK BERPERASAAN. Herm, aku jenuh jugak dok cover line nih sebab orang dok lalu lalang. Pastu bos aku lak asyik dok datang kat tempat pulak. Sure diaorang heran, apasal la budak ni dok nangis sorang2...
So, kat sini aku nak share la citer ni ngan orang lain... Kalau ada masa baca la entri pasal @Baca sampai nangis kat blog BabyIbu okeyh...
** Nak sambung baca lagi ni. Tak habis lagi ni. Kepala dah pening sebab nagis banyak... hehe
Thursday, October 15, 2009
Berkira atau Buat Baik Berpada-pada????
Ntah la, mungkin pada dia aku ni berkira bila aku tak tolong dia dah, biarlah apa dia nak kata...
Husband aku kata aku ni lembut hati sangat dengan orang... Tak reti nak cakap 'NO' / 'TAK MAU' / 'TAK NAK' / 'TAK BOLEH'... Walaupun kadang-kadang tu ada benda yang aku tak boleh nak tolong, tapi mulut aku tetap kata 'OKEY' / 'BOLEH' dan yang sewaktu dengannya. Bagi aku sangat susah nak sebut perkataan negatif bila orang mintak tolong walaupun kadang-kadang tu aku sendiri yang ditimpa kesusahan demi menjaga hati & perasaan orang lain. Tapi baru aku sedar, orang yang aku dok jaga hati & perasaan dia, tak jaga pun hati & perasaan aku...
Bayangkan la, kat belakang aku bukan main lagi dok mengutuk aku. Aku pernah terdengar dia mengumpat pasal aku. Masa tu dia tak sedar aku ada dekat dengan dia. Betapa sakitnya hati ni tau dakkkkkk... Pastu kalau aku tak dapat nak tolong dia marah-marah kat aku pulak... Ingat aku ni kuli batak ke haaaa??? (Tension ni. Tambah lak handphone rosak).
So today, aku dah decide tak nak terlalu berlembut hati ngan orang lagi dah. Biar la diaorang nak kata apa pasal aku. Diri aku, suka hati la aku nak tolong ke tak. Lagi pun aku rasa tak rugi pun tak tolong orang yang jenis macam tu, yang tak tahu menghargai budi baik orang. Bukan aku nak minta orang balas kebaikan aku, cukup la sekadar mengenangnya. Jangan la dibalas dengan umpatan.
Satu lagi jangan suka suki je nak mengulikan aku okeyh... Aku pun ada hati dan perasaan jugak. Bukan nak berkira, tapi bila dah jadi cenggini dah tawar hati dah. So, terpaksa la 'BUAT BAIK BERPADA-PADA'...
Kepada orang yang berkenaan, mana la tau terbaca entri pasal ni harap dapat la insafi diri okeyh... Jangan nak mengumpat sebarangan atau lebih tepat lagi Cakap Siang Pandang2, Cakap Malam Dengar2.... Lebih baik jangan bercakap... kui kui...
Wednesday, October 14, 2009
To LOVE or to BE LOVED????
Setiap kali aku tengok crita ni aku rasa happy je. Dan mood aku dalam beberapa minggu ni tersangat la baik & ok... Cuma ada la sket yg ter'tak ok'... ngeh ngeh...
Melalut lak. Berbalik kepada tajuk entri ni, dalam Bahasa Melayu lebih kurang berbunyi 'mencintai atau dicintai?'. Mesti org tertanya, apa kaitan dengan crita full house ni kan? bagi yang dah khatam crita ni mesti tau kenapa. Dalam crita ni heroin telah tersepit antara nak pilih lelaki yang dicintai (tapi lelaki tu tak cintakan heroin tu) atau lelaki yang mencintai (tapi heroin tak cinta pun kat lelaki tu). Herm, kalau boleh semua orang mesti nak mencintai dan dicintai, betul tak?
Tapi, andai kata la korang tersepit dalam cinta camni, mana satu yang menjadi pilihan hati korang? Ada orang kata (bukan aku kata), lebih baik pilih lelaki yang mencintai kita sebab lelaki tu akan jaga kita dengan sebaik mungkin. Daripada pilih lelaki yang kita cintai tapi dia tak berapa cinta dekat kita (ala kadar je cinta dia) sebab nanti kita yang akan banyak berkorban untuk dia dan silap hari bulan kita yang terkorban.
Herm, bagi aku la aku akan pilih lelaki yg mencintai... hehe. Sebab kadang-kadang cinta boleh mengaburi mata kita. Membuatkan kita berusaha untuk membahagiakan pasangan walaupun dalam masa yang sama diri kita menderita sebab cinta kita terhadap dia melebihi cinta dia terhadap kita. (betul ke ayat aku ni??? herm...)
Tapi sebaiknya, buatlah istikharah supaya kita dapat membuat pilihan yang terbaik yang ditujuk oleh yang Maha Esa...
Ok la, last sekali aku nak masukkan MV Full House... Enjoy ok... Opsss lupa nak cakap, MV ni mengandungi beberapa babak yg tidak sesuai untuk yang berumur 18thn ke bawah ok... hehe