Tuesday, December 29, 2009

ERM... DAPP...

Salam...


dah lama rasanya tak cerita pasal si kecik faris ye... Cian anak 'ummi tu, 'ummi lupa nak update pasal dia... Bukan apa, tak banyak cerita pun yang nak share...


Cuma ada kisah lucu sket pasal si kecik ni... Jumaat lepas, Pak Ndak faris (abang nana) saja datang lepak2 kat rumah... pastu dia ada la bawak air dalam tin satu beg plastik... Nana bagi kat cheq. Masa tu dia dok sembang dengan abang dia kat luar rumah. Cheq pulak dok tengok tv sambil tengok faris main kat ruang tamu... 'Mim alif lam sin' nak bangun letak air tin tu kat dapur.. letak aja atas sofa...


Pehtu faris panjat sofa & amik air tin tu main susun2 (bertingkat). Cheq larang la dia "jangan main, nanti jatuh timpa kaki sakit"... dia buat tak reti ja.. Cheq sambung tengok tv. Ntah camna, tin tu jatuh timpa jari kaki faris.. apa lagi, meraung la si kecik tu. Pecah kedarah (betul ke perkataan ni?). Terus cheq amik minyak gamat sapu...


Esok tu, on da way nak pergi kenduri kat sungkai (atas kereta) faris dok pegang2 lagi kaki dia sambil mulut dok pot pet... ntah apa yang dia cakap pun cheq tak paham... mungkin dok cerita la kaki sakit sebab kena timpa air tin... pehtu nana saja la tanya dia "sedap??" (maksud nana, best ke kena?)... Tau tak dia jawap apa?? Dia tak jawab terus, tapi..... DIA PEGANG KAKI DIA, ISAP JARI KAKI YANG KENA TU... pehtu dia jawab... "EMM... DAP (SEDAP)"...


kah kah kah... awat la lurus betul anak 'ummi ni.... nana ketawa besar... "Pak lawak betui la hang ni..." kata nana...

Lawak dia tu la yang kadang2 buat cheq tak jadi nak marah kat dia bila dia buat salah... Faris oh Faris...


**selingan... buat muka sket faris... (ni masa faris dalam pantang - sebulan ++)






Sekian...

2 comments:

Ena said...

heh3x.. anak beranak pandai wat lawak ekk.. memg kelakar bace.. terus senyum sampai tinger.. anak2 la penyeri rumahtangga.. tanpa dorg nie sunyi sepi la idup kiter kan..

Unknown said...

terkena tempias 'ummi dia kot... hehe

tu la, kalau tak dak dia, rasa sunyi & kosong ja... nikmat Allah yang tak ternilai...