Friday, December 11, 2009

MISS MY 'KAMPUNG' SO MUCH...

Angin pantai
Dingin mencengkam
Ombak laut
Mengajak pulang

Di sini ku rindu
Kampung halaman
Yang lama kutinggalkan


Betapa indahnya negeri orang
Tak seindah tanah tumpah darahku
Wajah sanak saudara yang tercinta
Bermain di mataku di kala sepi


Sawah ladang dan pohon nyior
Dengarkanlah jeritan hati
Kuingin nyatakan...
Aku sering merindu belaianmu
Aku sering merindui kasihmu

B.e.r.i.t.a d.a.r.i R.a.n.t.a.u - A.l.l.e.y.c.a.t.s
*****************************************

Lagu kat atas ni sangat suka cheq dengar time teringat kat kampung... Rindunya kat kampung... Kadang2 rasa bosan dan letih duduk kat sini... Tak dak tempat nak tenangkan fikiran...

Kalau kat kampung tu, sambil rileks2 atas buaian bawah pokok rambutan, tengok sawah yang menghijau... tenang nya rasa... Bila la nak dapat pindah balik kampung ni??? Waaaaaaa....

Harap2 dapat la pindah balik kampung dan duduk di rumah sendiri secepat yang mungkin... hehe



Dua-dua gambar kat atas ni gambar bendang /sawah padi depan rumah cheq... Pastu, yang nampak parit sekerat tu, tu la tempat cheq adik beradik 'berkubang' (loghat utara : mandi manda) bila air pasang (untuk pengairan sawah padi).

Teringat masa kecik-kecik dulu... Keluarga cheq orang susah... sob sob... (".). So, hari cuti kena la tolong mak ngan ayah kat bendang. Lepas habis tolong tu apa lagi, terjun dalam parit la nak berkubang. Mula2 tu kononnya nak bersihkan baju la dari selut, tapi lama2 sampai mata merah semua, terus mak mai bawak kayu, habis kena tibai (pukul)... Apa lagi, lari lintang pukang semuanya...

Rindunya cheq pada zaman kanak2...

Sekarang dah besar panjang. Dah tak pernah tolong mak & ayah kat bendang... Bila balik kampung, padi dah tumbuh... Balik lagi sekali, padi dah berbuah... balik lagi sekali, orang dah tuai padi... Herm, cepatnya masa berlalu...

Tiba-tiba feeling la pulak... (mata dah bergenang nih...)...

Sorry, terpaksa hentikan penulisan... (dah sebak nih)... Kang banjir opis nih.. hehe

Till then, daaaaa....

4 comments:

mamalieyna said...

salam singgah..

alahai... hang dok mana?..pengalaman kita ni kira lebih kurang ja..hukhuk..org susah, tolong makayah kt bendang, berkubang, adoii sumalah... cheq ni dok Sik, kedah..mmg miss my 'kampung' too..tp nak balik ari kameh ni, syoknyaa..!! ^_^

*S*A*L*W*A* said...

mamalieyna:

cheq dok kat Bandar Baharu, Kedah... oo, sik... jauh jugak la no..

tak aci la, cheq tak dapat balik kampung dah sampai hujung bulan ni. cuti dah tak dak... huhu...

jelesnya... kim salam kat orang kedah na... hehe

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

salam singgah..

sejuk je mata memandang kan..

kite dulu pon buat sawah gak
tolong mak kat bendang
masa tu takde ayah dah
mmg susah sgt idup time tuh..
sob sob sob...

*S*A*L*W*A* said...

Rose:

salam ukhuwah...

tu la, tenang je fikiran... ye ke, senasib la cuma ayah saya masih ada... sekarang alhamdulillah, senang sikit la kot no....