Wednesday, December 9, 2009

K.U.R.U.S. ????


Wah wah, topik hot... (hot ke??) hehe


Sebelum apa2 nak minta maap la kalau entri ni macam terover ke apa ke... Istighfar dulu... Astaghfirullah.... [takut ada unsur2 riak... (",) ]


Bukan cheq nak memuji diri, apatah lagi nak 'masuk bakul angkat sendiri' okeyh... Sesaja nak berkongsi rasa dan rahsia... hehe... rahsia sangat la tu...


Alkisahnya, semenjak cheq kena tukar office kat KL bulan 6 hari tu sampai bulan 8, berat badan cheq agak susut sedikit. ada la turun dalam 2 ke 3 kg... Biasa la, bila dah travel jauh2 ni badan pun penat. Tambah pulak drive ke tempat kerja. Tiap2 hari 'melekat' dalam jamm... Disebabkan kepenatan berulang alik, pastu pulak balik kerja kena buat rutin harian seorang isteri & ibu, tidur pun tak berapa nak lena & cukup... mungkin disebabkan tu la berat badan cheq sedikit susut.


Bila balik kampung, mak kata muka nampak cengkung... Jumpa kawan2 lama ramai yang cakap "kurusnya... apa rahsia"... (masa zaman bujang dulu tembam sket... hehe)... heh, rahsia? sumpah tak ada rahsia... (",)... Cheq cakap kat member2 bujang yang dok 'korek rahsia' kurus, "kalau nak slim, kawen cepat2, pastu ada anak cepat2... ha, sure kurus..." (betul ke???)


Ingat bila dapat transfer balik ke tempat asal, badan akan tembam sedikit. Ye la, kerja kat sini tiap2 hari pergi balik berjemput... belanja perjalanan pun dah save, boleh salurkan ke belanja harian. Tapi camna nak buat, kat office baru ni jadual pemakanan dah sedikit 'lari'. Ntah kenapa kat sini kalau pagi tu breakfast kuih, sure kekenyangan sampai ke tengah hari. Pastu kalau beli nasik lemak ke, nasik goreng ke, sure habis separuh je pagi tu. Sayang nak buang, makan lagi separuh masa lunch... Pastu petang makan biskut je... Ate, camna nak tembam...


Cheq ingat lagi, masa kerja kat KL dulu, pagi makan kuih or nasik lemak, lunch turun lagi beli nasik... biasa la, KL kan syurga makanan... hehe. Dah la cheq ni jenis 'apa yang cheq teringin nak makan, cheq beli ja...' bak kata mak cheq "habih duit sebab makan takpa, perut kenyang. jangan habih duit sebab beli benda merapu".
Tapi tak tembam jugak...


Balik raya baru ni, sepupu cakap "amboi, slimnya..." hehe... Pastu ada yang menyampuk "tunggu la dah ada anak ramai esok, sure badan naik"... erk, risau pulak dengar... pastu sepupu cheq sambung lagi "Mak saya kata, kalau nak tahu rupa isteri kita masa tua nanti, tengok emak dia" (lebih kurang macam tu la ayat dia...) Ala macam iklan S.I.L.K.Y G.I.R.L tu (yang D.a.f.i dengan S. Amani tu)

Pastu cheq tengok mak cheq.... Alamakkkkkkk....

2 comments:

Ena said...

Bace n3 Sal nie wat akak kutawa maaa... kah3x.. bukan per ayat las sekali tuhhh!!!.. nnnggggeeee...

Ader org dah sememangnyer kurus.. ader anak ramai.. kuat makan.. tp badan dok gak camtu.. tp ader org berdiet sampai kiter tengok pun kesian tp x gak kurus.. ntah la..

*S*A*L*W*A* said...

hehe...

ye ke... sal baca balik apa yg ditulis pun rasa nak tergelak... merapu je... hehe (",)

tapi betul, mak sal agak chubby sedikit (biasa la, anak 7...)

tu la pasal, masing2 ada tahap metabolisme yg berlainan... macam akak, sal rasa memang badan akan maintain je walaupun ada anak ramai... cute... (",)