Wednesday, November 18, 2009

Cheq keciwa ni...


Herm, hari ni nak crita pasal kekecewaan cheq kerana tak dapat tengok kejadian alam yang sangat ditunggu-tunggu oleh ramai orang (macam dalam gambar kat atas ni). Semalam masa bukak yahu nak check email, ternampak la satu artikel pasal fenomena nih... So, cheq dengan rasa curious nya search la dalam internet sebab nak tau maklumat lebih lanjut. dalam artikel kat yahu tu tak bagitau pukul berapa ribut tu akan berlaku kat Mesia. Yg ada waktu berlaku kat luar negara...

search punya search, jumpa la satu forum yang dok bincang pasal ni. Katanya dijangkakan dalam pukul 4.00am to 6.00 am ribut tu akan berlaku... Cheq pun punya la eksited... Bagitau kat hubby, konon nak ajak dia tengok sama2 la... hehe

malangnya, seperti yg semua tau, semalam kan hujan lebat telah melanda kawasan putrajaya. makanya, langit telah menjadi mendung dan awan hitam telah menyelubungi langit...

tunggu punya tunggu (ayat dalam crita Seniman Bujang Lapok), tak nampak pun. Mula2 tu cheq dah sedar pukul 4.20 pagi, terus bangun jengok kat balkoni. Hanya tompokan awan hitam yang kelihatan. Tak nampak bintang pun... Sedih sangat.. hehe. Masuk sambung tidoq balik... (bukan nak solat tahjud aku ni... hehe)

Pukul 5.30 cheq terjaga lagi, lagi sekali pi jengok kat balkoni, nampak bintang beberapa butir je... langit macam ok. Tapi tak ada pun meteor. Sampai la pukul 6, masih tak nampak apa2, terus rasa putus asa. Hari dah makin cerah... Mungkin cheq dah terlepas, sebab tadi ada baca satu artikel dalam falakonline katanya dijangka akan berlaku dalam pukul 5.43 pagi... Tapi series, pagi tadi masa dalam bathroom (",), sambil jenguk keluar tingkap... tak nampak apa2 pun. Hanya langit yg gelap... huaaaaa...

Herm, terlepas lagi peluang nak tengok. Sebelum-sebelum ni pun sama jugak terlepas, tapi sebab tak terjaga & ada yg cheq tak tau... Cheq ni sampai termimpi2 la pagi tadi (masa sambung tidoq yang lepas terjaga pukul 4.20 tu) yg cheq tengok ribut tu, dengan hubby lagi tau. pastu siap mimpi pinjam henpon dia untuk snap gambaq, sebab henpon cheq tak dak beteri. Ingatkan betul2, rupanya bermimpi... Tu yang terjaga balik pukul 5.30 tu...

Teringat masa form 2 dulu. Masa tu cheq dok kat asrama. Malam tu sebelum tidoq dah siap pesan kat member satu dorm "Kalau hangpa terjaga nanti, gerak (kejut) la aku na...". Dok sedap tidoq, tiba2 dengar bunyi berdentum dentam... Macam anak gajah yg tengah lari bertempiaran. dalam dok mamai2 tu, cheq dok pikiaq (fikir), 'kenapa ni, gempa bumi ka? ka bangunan nak runtuh'... celik2 ja mata tengok member dorm sorang sorang dok lari pastu terus terjun atas katil buat2 tidoq. Cheq pun rasa pelik... 'Pasai pa depa semua ni?'...

Tiba-tiba bunyi siren la pulak... Rupa-rupanya ada 'roll-call'... Terus amik tudung, turun la kat dataran depan Dewan makan. Lama la jugak dok berdiri tunggu sampai semua penghuni asrama puteri turun. Dah turun semua, datang la Ketua Warden Asrama yang sangat digeruni oleh seisi warga asrama kecuali aku... heheh... Pasai pa aku tak gerun kat dia? ha, pasai dia baik sangat dengan aku... nanti aku buat special entri pasai dia, ok...

nak dijadikan cerita, Ketua Warden ni (yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Mail) tanya la, sapa yg dok tengok kat koridor tadi? Senyap ja semua. Sapa la yg nak mengaku, betui dak? Cari na'aih (nahas) la jawabnya. Disebabkan semua tak mengaku, kena denda berdiri kat situ sampai masuk waktu subuh... Dalam pada Ustaz Mail dok bagi 'syarahan' tu sempat la aku nampak dua tiga meteor yg dok lalu kat langit... SUBAHANALLAH, memang cantik ciptaan Allah ni... masa tu dah nak dekat habis dah... kira sisa-sisa meteor ja yg ada. kalau banyak lagi cantik.

Masuk waktu subuh, semua kena pi surau, solat subuh berjemaah. Cheq yang masih panas hati sebab member tak gerak utk tengok meteor bertambah panas bila depa dok cerita ada meteor yg bergerak 'berdua', kira macam 'meteor kapel' la... Dah la tak dapat tengok, kena denda pulak sebab orang lain tak mengaku salah. Depa pun satu, masa dok tengok tu pakat riuh rendah tiap2 kali ada meteor yg cantik. Pulak tu asrama budak lelaki bertentangan dengan asrama budak pompuan, pakat dok buat bising la... Harus la Ustaz Mail tu terjaga... Ya ka tengah tidoq? ntah2 dia pun dok tengok ribut meteor tu jugak... kui kui...

Ok la, cheq dah tak larat nak taip dah ni. Sekian saja cerita pasal kecewa tak dapat tengok fenomena alam subuh tadi & kenangan masa dok kat asrama dulu... Memang best la dok asrama ni... Banyak kenangan... Ok la, daaaaa....

4 comments:

Ena said...

Salam.. cam tu kaaa... ihehehihi..
Akak x pnh tengok pong.. huhuhu.. tgk kat citer dlm tv je tu pun x btl kot.. Bile la agaknyer berpeluang nak tengok tu..

*S*A*L*W*A* said...

k. Ena: salam... ye ke... herm, memang sangat cantik... best oo bila dapat tengok. tu yg terkeciwa sket tu tak dapat tengok... hehe...

takpa, kalau ada lagi nanti cheq habaq noo... hehe

~mama aiman~ said...

wah, tak pernah tengok.. ingat ke keciwa pasal apa.. bila ada lagi?? hehehe

*S*A*L*W*A* said...

yess, sangat kecewa sebab dah banyak kali terlepas... saya sgt2 minat pasal astronomi nih...

erm, kalau tak silap, dalam bulan 11 tahun depan... kena rajin2 jengok web NASA or falakonline le... hehe