Friday, January 7, 2011

Penawar penat oleh Rasullullah

Salam...

Pagi2 Jumaat ni elok la beri tazkirah sket kot... hehe

Eh, bukan... Sedikit perkongsian ilmu... Siapa la saya ni nak beri tazkirah kat orang kan...

Ekceli, sedikit amalan atau penawar di kala kepenatan yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W.


Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada dirumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin AbuTalib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini. Katanya

"Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya- Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

6 comments:

Unknown said...

penawar paling mujarab....tq sal!

Fadzli Amir said...

Time kasih....

Ena said...

Thanks sal..

elok la buat selalu kan.. nak2 bila balik kijer belah petang.. dah melepek je rasanya..

mamaarifakeemaisy said...

Insyaallah...! ^_^

cam lama je tak mai sini..huhu..

selamat berhari minggu sal!

syariza09 said...

knowledge utk semua...thanks

sepatu_Kaca said...

mnta izin copy ye..

nk share kat kwn2..