Tuesday, January 4, 2011

Anak oh anak....

Salam...

Pagi2 ni nak mulakan entri dengan cerita pasal si bujang 'ummi nan sorang tu...

Rasa2nya time sekarang ni dah boleh start ajar macam2 dah... Sebab otak dia memang tengah ligat memproses maklumat & ingatan yang sangat kuat...

Macam baru2 ni (sabtu lepas) masa tu saya ngan hubby tengah dok makan2 sambil tengok TV9, rancangan Nasik Lemak Kopi O tu...

Pastu kan dia jemput Maher Zain sebagai salah seorang tetamu... Tengah sedap dok ngap2 sambil tengok tv tu tetiba je faris bangun sambil nyanyi...

"InsyaAllah.. InsyaAllah... You'll find your way heyyy..." (tapi dalam pelat dia la...)

Saya ngan hubby berpandangan sesama sendiri, pastu terus ketawa... Rupa2nya dia dah cam penyanyi lagu tu...

Biasanya kalau naik kereta dengar je muzik lagu ni dia akan nynyi, sebab tiap kali naik kereta hubby akan pasang CD Maher Zain ni...

Terus hubby tanya saya "Camna Faris boleh cam Maher Zain ni??"... Baru la saya teringat, kan kat Astro Oasis selalunya akan tayang la jugak klip2 lagu Maher Zain kan...

Bila ada je videro clip lagu InsyaAllah ni, memang Faris akan terpacak la depan tv sampai lagu tu habis sambil nyanyi sesama... hehe

Macam2 lagi la perkembangan yang dapat dilihat... Seronok kan bila anak dah besar & pandai macam2... Dulu2 kecik je... Pastu asyik tido, nyusu, nangis... Kalo nak apa2 nangis...

Sekarang dah pandai cakap, macam2 dia rekuest... hehe

Dan sekarang ni, pantang je singgah petronas nak isi minyak, mula la rekuest "Ummi, nak ayaq...". Bukan main lagi ye...

Ok la, bebel sikit2 je pagi2 ni... Nanti sambung lagi... hehe

Till then, daaaaa.....

3 comments:

Ena said...

heheh..

sama la ngan si irfan.. kdg tengah tido leh terjaga terus nyanyi lagu maher zain.. suara pun kuar tak kuar lagi.. nak gak nyanyi.. keh3x.. tp memg dier sangat peka..

e.l.i.z.@ said...

glamer betul maher zain ni..faris pun leh cam hihihi

syariza09 said...

Faris gi Petronas minta ayaq.
Aiman pula minta cekelat....budak2 ni cpt jaa dah besaq ^_^