Tuesday, July 20, 2010

Lewat bersiaran...

Salam...

Lambat betul saya bersiaran hari ni. Dari pagi tadi sampai la ke petang ni sibuk sket. Hari ni ada perhimpunan bulanan bahagian. So, kena la tolong apa yang patut...

Hari ni segar bugar sungguh. Apa tak nya, semalam kul 9 dah Zzzz. Balik dari kerja terus zasss ke Alamanda jap beli makanan. Balik rumah makan2 pas solat semua terus la Zzzz.

Semalam tinggal kami berdua je - saya dengan Faris. Hubby outstation ke Singapore. Sunyinya la semalam. Tambah lak saya kurang sihat, demam selsema + sakit kepala.

Cakap kat Faris, "Faris tidoq awai tau, ummi sakit kepala ni"... Dia pun "Ha" sambil angguk kepala. Entah faham entahkan tidak... hehe. Tapi semalam memang sangat behave la. Tak la macam selalu, main bagi selerak satu rumah.

Lepas makan semalam, bagi susu sebotol kat dia, hampar toto depan tv terus la tergolek dua beranak ni sampai terlena... hehe

Nasib baik la ada Faris, kalau tak mati kutu saya dok sorang2 kat rumah tu. Walaupun adakalanya geram gak bila saya cakap dia sebut "Ha?"... Ulang lagi masih sebut "Ha?"... Tapi at least ada la jugak orang nak ajak menyembang... hehe

Macam mana la next week. Kena tinggal lagi. 4 hari lak tu... Adeh... Tapi tak pa, mak saya kata nak datang temankan. Yeayyy, bestnya... Baru je cadang nak amik cuti balik kampung. So, tak payah la nampaknya.

Lagi pun saya tengah risau ni, taska yang saya hantar Faris tu kena tutup lagi sekali untuk bilik baby je. Sebab ada budak yang kena HFMD (sakit kaki tangan & mulut). Risau betul la... Mintak2 la Faris tak kena.

Walaupun dah penah kena, tapi chances untuk kena masih tinggi sebab dalam internet kata virus yang menyerang melalui HFMD ni macam2 jenis. Sebab tu la sampai sekarang ni masih tak ada vaksin untuk penyakit ni.

Mudah2an Faris ok la. Tak sanggup rasanya kalau dia kena lagi. Kita yang tengok ni pun rasa seksa, tambah budak yang kena tu...

Kalau tak kerana tak ada pilihan, memang saya nak stop je dari Taska tu. Tapi dah tak ada tempat lain dah. Kebanyakan taska kat sini dah penuh... Ada jugak yang masih kosong, tapi taska tu khas untuk anak2 stafnya la pulak...

Nampaknya, jalan terakhir adalah amik cuti tanpa gaji... hehe. Tapi itu plan B la... Plan kalau dah terdesak... Ok la, membebel panjang lak. Ok, papaiiiii......

Selingan:

Suka tengok gambar Faris yang ni... Dah lama tak botakkan kepala Faris... hehe

10 comments:

Ena said...

owh.. sal ada perhimpunan yeh? ;D
kena tinggal siannye..

heheh..

akak pun suka gak bila dapat layan celoteh dak irfan.. kelakor pun adooo.. sbb? yerla kan mcm tak caya dier faham soalan kita dan jawab mcm budak besor jekk gayenyer..

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

tomeynyer faris..

mamaarifakeemaisy said...

ohho berduaan je ye..mesti sunyi kan, seb baik ada faris..! ^_^

akak dok risau gitulah, if kena tinggal, en suami kena kursus ke hape ke?..ish susah la skrg ni, dok jauh dr tmpt kije, dh la tak pandai drive kete..hukhuk..

Unknown said...

Kak Ena:

Iye, perhimpunan + makan2... hehe.
Tu la, sedey je dok sorang2 nih... eh, silap berdua... hehe

tu la kan, kalau dah pandai cakap ni best je melayan karenah diaorang... kelakar pun ada kadang2 tu...

Unknown said...

Anje:

TQ. Faris je ke? Ummi dia tak tomey ke?? hehe...

Unknown said...

Mamalieyna:

tu la, sunyi je nih... nasib faris dah pandai la cakap sket2... tak sunyi sangat.

betul tu. sal ni walaupun boleh je drive sendiri risau gak. Macam semalam, sal demam & tak larat nak bawak keta. tapi nak wat camna, terpaksa la jugak. takkan nak bermalam kat opis nih... hehe

syariza09 said...

sib baik ada irfan..leh la jd teman bersembang..x pa la cik somi sat je kot gi out stesen tu

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

eh eh salwa pon tak chat yek?ade pape ker?hihi..'ulang balik soklan yang ditanya'.kim salam kat faris bo***..cute!!

Unknown said...

Syariza:

Hehe, salah nama tu... Faris la, bukan Irfan... hehe

Tu la, sekejap je... tapi jauh nun... hehe

Unknown said...

Cik Yah:

Eh eh, macam pernah dengar je soklan camtu... Oo, copy soklan kiter eh... hehe. Biasa la, cuaca tak menentu ni ha... tu yang tak berapa nak sihat tu...

Okeh, nanti kiter kim salam kat dia... hehe