Wednesday, July 7, 2010

Berderau darah saya tau!!!

Salam...

Pagi2 lagi dah buat darah saya berderau... Dah buat saya terkeluarkan perkataan yang tak sepatutnya...

Mana taknya, pagi tadi saya hampir2 eksiden. Memang kering la darah masa tu. Tuhan saja yang tahu. Nasib baik saya sempat brek.

Al kisahnya, pagi tadi saya drive sendiri sebab nak kena pi hospital, ada appointment ngan doc pakar. Dalam dok terkejar nak cepat tu, saya masih bawa dalam kelajuan yang sederhana la sebab hari ni saya kena bawak si kecik Faris tu, abahnya ada hal sikit.

Faris macam biasa la, kalau naik kereta tak mau dok dalam car seat tu. Dia nak berdiri. Sambil pegang tingkap kereta.

Masa saya nak dekat sampai satu simpang ni (simpang tu sebelah kanan saya), saya dah nampak dari jauh ada sebuah kereta ni nak keluar simpang. So, saya memang ikut lorong kiri je la sebab kalau kereta tu keluar dari simpang pun sure dia akan ikut lorong kanan (ada 4 lane semua - dapat imagine kan keadaan jalan camna).

Tapi yang buat darah saya berderau, kereta tu keluar je dari simpang terus je dia masuk ke lorong kiri (lorong yang saya tengah ada), dah tu laju giler.

Mencicit saya brek kereta, sipi2 je nak terlanggar dia. Si faris yang dok berdiri sebelah saya dah tertungging ke depan. Nasib saya bawak slow je (slow tu tak la slow sangat, sedang2), kalau laju memang tak sempat brek la...

Pastu boleh blah slumber cenggitu je. Saya apa lagi, terus 'mendidih' la. Tekan hon sekuat hati sambil mulut keluarkan perkataan $%^&*.

Pagi2 dah ter'hilang' sabar. Dah kurang pahala hari ni. Dan seperti yang dijangka pemandunya adalah seorang perempuan.

Wat malu kaum je... Walaupun saya pun seorang perempuan, tapi kebanyakkan pengalaman camni selalunya perempuan la yg bawak kereta.

Please la wahai ladies, bawak la kereta dengan bersopan sikit. Agak2 la kalau nak keluar simpang tu. Kalau eksiden tadi memang dah sah2 la dia yang salah sebab keluar simpang suka hati dia ja...

Haisyh, sampai sekarang ni dok terbayang2 lagi kejadian tadi. Saya cuma risaukan si kecik tu je. Sian dia... Kalau tadi saya sorang2, dah sure saya eksiden la sebab biasanya saya bawak laju kalau drive sorang2...

Ok la, bebel je kerja saya ni ye... Biasa la, kat blog kesayangan saya ni la tempat nak melepaskan rasa. Nak marah driver tadi tu tak sempat. Next time jumpa dia tau la... hehe (konon je nak balas dendam... tak baik berdendam...)

Till then, daaaaa

7 comments:

E.L.I.Z.A said...

ish sib baik la x bwk laju..dh la ada budak..riso betul..budak mmg suka benar la berdiri..anak sy, kalu nk berdiri kt seat depan, sy pakaikan gak seat belt..

tu la kan..selalu yg buat hal mcm² kt jalan ni, pompuan la..adeiii

Ena said...

akak dapat bayangkan keadaan tu.. pernah gak terjadi pada akak.. sama gak la.. ada anak2 pernah sampai si irfan tu tertonggeng ke depan sampai berdarah gusi.. sian dier.. sbb emergency break la kan.. hahh!! memg tak ntah apa2 kan orang mcm tu.. menyusahkan orang..

~~*Lady Salwa*~~ said...

Eliza:

Tu la, nasib tak laju. Ok la anak Eli nak pakai seat belt... Anak saya jenuh paksa... Pastu pandai lak 'keluar' dari seat belt tu...

tu la pasal... sabo je la...

~~*Lady Salwa*~~ said...

Kak Ena:

Tu la, kalau sal bawak laju rasanya memang dah berdarah la si faris tu... tu yg sal geram sangat tu, suka hati dia je nak keluar simpang terus...

mamalieyna said...

ish..ish...ni yg akak seram kalau nek keta ni, kita dh habis ikut peraturan, org len yg suka2 bwk kete cam jln tu dia sorang je guna..huhu..seb baik tak laju sgt eh, seram akak dengar la..seb baik faris pun takde pape eh..ish..baik2 la memandu tu...akak mmg sampai skrg tak drive..hehe..

syariza09 said...

bkn la nak ngata,sbb kita ni sama2 pompuan kan, tp pompuan2 yg wat salah ni mmg cenggitu, penting diri sendiri jaa. janji dia lepas...aisshhh geram tul

mrs_yus said...

salwa..sara follow awak yee..ingat sara g kn..?? follow sara jgk yee..hehe ;)

*ishk pompuan klo drive kebykn mmg cmtula salwa! :)