Friday, July 23, 2010

Tazkirah hari Jumaat...

Salam....

Dah hari Jumaat, sekejap ja masa berlalu. Esok dah sabtu, cuti... Pastu Ahad minggu depan dah masuk bulan Ogos. tik tok tik tok cepatnya masa berlalu... Eh, termerepek lak...

Bukan nak bagi tazkirah sebenarnya, tapi ada la sipi2 kot... Bukan apa, tengah2 tak sihat ni terlebih muhasabah diri pula rasanya.

Semalam masa nak tidur saya terfikir, "Ini baru sedikit nikmat yang DIA tarik balik. Kalau banyak tak tahu la macam mana..."

Nikmat rasa. Sejak selsema ni, memang tak lalu nak makan. Satu sebab hidung block, agak susah sikit nak makan. Keduanya, semua makanan yang saya makan macam tak ada rasa je, sampai rasa tak tertelan la.

Perut lapar, tapi rasa susah nak makan. Rasa macam nak nangis je. Terus  teringat, macam mana la orang yang lebih susah dari saya ni kan. Yang diuji dengan penyakit yang lebih teruk. Saya ni baru sikit je...

Pastu bila dah tak lalu nak makan mula la terjadinya pembaziran. Kadang2 tu rasa serba salah nak buang makanan tu... Teruk kan saya ni... hehe

Bila tak habis makan lak, teringat cerita abang ipar saya yang bertugas kat Lubnan. Katanya, masa team Malaysia mula sampai kat Lubnan, masa tu bekalan makanan belum sampai.

Masa trak tentera Malaysia lintas je depan penempatan rakyat Lubnan ni, semua terus ikut je belakang trak tu. Sebab diaorang tahu yang pasukan Malaysia akan bagi bantuan. Tapi masa tu bantuan pun belum sampai.

Abang ipar saya kata dia rasa kesian sangat sebab kebanyakkannya adalah kanak2. Camna la kan diaorang berlapar, kesian sangat.

Menurut abang ipar saya lagi, masa tu apa yang boleh diaorang buat, bila keluar je ke pekan diaorang akan beli la roti macam bun tu. Sambil trak bergerak sambil diaorang bagi2 roti tu. Memang berebut2 la. Tapi trak tak leh berhenti, kalau tak habis diaorang naik.

Masa tu dia kata memang dia teringat kat isteri & anak2 kat Malaysia ni. Betapa bertuahnya kita kat sini, mewah dengan makanan. Kadang2 tu sampai berlebih2 pun ada... Anak2 insyaAllah la, semuanya cukup zat makanan.

Dulu masa tak habis makan, bila saya teringat je cerita ni sure akan cuba sedaya upaya nak habiskan makanan. Tapi sekarang ni, semenjak selsema ni memang dah tak boleh la. Dah cuba, tapi memang tak boleh... Rasa bersalah sangat...

So, kita yang kat Malaysia ni bersyukur la ya. Hidup aman damai, tak ada krisis makanan... Makan dengan mewah sekali. Jadinya, jangan la lupa saudara seIslam kita nun di sana yang sedang dalam kesusahan.

Eh, dah jadi ceramah agama lak... hehe. Bukan apa, peringatan untuk diri sendiri jugak. Jangan biasakan anak dengan bermewah2. Tak salah sekali sekala ajar anak2 hidup bersederhana. Mungkin hari ni kita senang, esok lusa belum tentu.

Ok la, terpanjang lak bebelan. Asalnya nak cerita pasal selsema, dah meleret2 lak. Akhir kata...

"Sentiasalah bersyukur kepada Allah, bersyukur atas segala nikmatnya..."(peringatan terutamanya untuk diri sendiri)

Till then, daaaaa....

13 comments:

. . . h u s n a . . . said...

best!

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

betul tu. kita kat mesia ni patut bersyukur..
tapi tula, masa sakit je pon kita insap kejap. pastu lupe la akan kenikmatan Allah bagi..tul dak? huhuhuhu

Ena said...

huhu.. betul tu.. dulu akak pun sokmo makan tak abis.. sikit pun mesti nak tinggal dlaam pinggan tapi sejak dah kawen dan ada anak2 rasa geram bila anak tak makan abis.. pastu siap belakon menangis bagai.. huhu.. so, skrg si kakak akan makan sampai abis.. tapi si adik tk paham lagi so kalau tak abis tu memg tak leh nak kata apa.. kdg memg sayang nak buang so, akak biarkan sampai la benda tu dah basi(buruk perangai) bila dah basi kompem la tak leh makan kan!.. huhu ntah apa2..

Aleeya said...

tahun ni laju..sekelip mata je belalu kan...

ayah,ummi, farish said...

setuju...bersyukur dengan nikmat yg diberi wpun sikit ataupun byk

~~*Lady Salwa*~~ said...

Husna:

hehe...

~~*Lady Salwa*~~ said...

Rose:

Betul tu. Masa sakit je la insap jap. Masa tak sakit kadang2 lupa... huhu. tapi tu la, kena sentiasa ingatkan diri... hehe

~~*Lady Salwa*~~ said...

Kak Ena:

Akak, sama la kita. Sal kalau rasa sayang nak buang, biar sampai basi. Basu tak rasa bersalah sangat nak buang... hehe

Tu la, kalau tengok anak tak habis makan geram je... tapi macam akak kata la. dia kecik lagi, tak tau apa2. bila dah paham, boleh la terangkan kat dia... hehe

~~*Lady Salwa*~~ said...

Aleeya:

Betul tu, dah nak hujung tahun dah ni...

~~*Lady Salwa*~~ said...

Maya:

Betul tu, tak kira banyak ke sikit ke kena sentiasa bersyukur...

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

betol2..kalu kita rase susah, cuba toleh ke belakang ramai lagi yang dhaif dari kita..huhu insap jap coz salu gak nak demand ngan my hubby..

Anonymous said...

Betul tu...Bukan senang sebenarnya mencari sesuap nasi...Sentiasa harus bersyukur...

Na Einazwa said...

Betul tu...Bukan senang nak mncari sesuap nasi..Sentiasa harus bersyukur...