Wednesday, July 14, 2010

Sambungan entri pagi tadi - Last part

Sambungan entri pagi tadi...

Setibanya di hospital

Dalam kul 9 lebih camtu saya sampai kat hospital. Mula2 tu pergi kat bahagian kecemasan. Punya la penuh parking kat situ. So, terpaksa la park kereta jauh sikit. Dan saya menapak le sampai kat entrance Kecemasan tu.

Bila pi kat kaunter pertanyaan staf kat situ tanya "Akak dah nak bersalin ke ni?". Saya yang tengah dok tahan sakit tu angguk je la. Terus dia suruh pergi ke bahagian untuk bersalin (ntah nama apa ntah lupa lak).

Tapi bahagian tu kena naik atas bukit sebab tempatnya nun sebelah atas dari bahagian kecemasan tu. Saya suruh hubby amik keta sebab memang dah tak boleh jalan dah masa tu.

Sambil tunggu hubby sambil berdiri menahan sakit. Last2 bila dah tak tahan sangat saya pun melutut la atas jalan tu. Dah tak pikir apa dah, malu ke apa ke... Guard yang ada kat situ terus meluru ke arah saya. Maybe dia ingat saya nak jatuh kot.

2 orang guard yang datang masa tu. Dia tanya "Puan tak apa2 ke? Nak kerusi roda ke?". Saya cuma geleng2 kepala sambil cakap "Tak apa, saya ok lagi ni. Husband saya tengah pergi ambil kereta."

Pas kereta sampai terus pergi ke bahagian yg sepatutnya tu. Sampai kat situ ada sorang je. Saya ingatkan cepat la. Tapi punya la lama dia uruskan pendaftaran orang lain. Sabo je la. Bila turn saya dia tanya la itu ini, pastu suruh masuk nak check itu ini lak.

Pas check semua nurse tu suruh masuk satu bilik tu. Katanya doc akan datang check.  Lepas check semua dok tu kata dah buka 3 cam. Pastu dia pecahkan air ketuban, masukkan ubat untuk 'membuang' pastu suruh masuk toilet. Tapi saya tak 'membuang' pun...


Dalam labour room
Dalam kul 10 camtu terus saya dibawa masuk ke labour room. Pastu cam biasa la, pasang segala mak nenek alat nak check itu ini. Datang la sorang nurse ni suruh saya mengiring. Katanya nak cucuk ubat tahan sakit.

Pergh, memang sakit giler la bila jarum tu kena kat kulit. Pas ubat tu masuk je dalam badan terus rasa lalok semacam je. Saya tanya la nurse tu, memang akan rasa ngantuk ke. Dia cakap ye, dan kalau rasa nak tidur boleh tidur.

Sebelum nurse tu keluar dia ada pesan "Puan, kalau rasa sakit macam nak meneran tu cepat2 panggil saya". Saya & hubby pun angguk je. Nasib baik la hospital Putrajaya ni bagi suami teman wife masa nak bersalin. Tak la saya sunyi.

Tapi memang tak sunyi pun, sana sini dok dengar orang menjerit sakit nak bersalin. Gerun je rasa... Saya masa tu bila sakit je baca doa Nabi Yunus dalam perut ikan nun, selawat syifa & Alam Nasyrah. Alhamdulillah la, kurang la jugak rasa sakit.

Bila dah kurang rasa sakit, saya pun Zzzz je la. Dah tak ingat sakit semua dah. Terjaga pun bila rasa sakit. Pastu amik la gas oksigen tu ha. Hilang sakit sambung balik tidur...

Tiba2 je rasa sakit macam nak meneran. Terus bagitau kat hubby suruh panggil nurse tu. Nurse tu pun datang la check. "Tak boleh lagi ni puan. Baru 5 cm ni. Kena tunggu sampai 10 cm..". La, baru 5 cm... herm... tunggu lagi.

Kali kedua saya tersedar sebab sakit macam tadi & rasa nak meneran. Lagi sekali saya suruh panggil nurse. Berlari la hubby saya pergi panggil. Sian kat dia...

Nurse tu datang lagi. "Belum lagi la puan. Baru 7cm ni...". Adeh, lambat tul saya rasa masa tu. Tanya kat hubby dia kata kul 12 lebih... Means 1 jam 2 cm yg terbuka. Mungkin lepas ni la kot...

Masuk kali ketiga saya cakap kat hubby "Betul ni, rasa macam nak meneran sangat2 dah ni...". Bila nurse tu datang je, dia check & kata "ok, dah 9 cm ni. Dah boleh bersalin dah...". Terus la dia tolong apa yang patut.

Then, kepala baby pun dah keluar, tapi tersangkut kat bahu dia lak. Pastu masuk je doktor terus zrapppp (bunyi kena gunting... paham2 la kan...). Memang tak rasa sakit, tapi rasa la kulit kena potong tu...

Pehtu doc suruh 'push'. 2,3 kali jugak la saya cuba tak boleh2. Dah la tu, sambil push tu rasa nak tido & mamai2 je, dok suruh watpa pun dah tak dengar... Yang saya nampak punya la ramai yang dok keliling saya. Kalau tak silap 3 orang doc & 3 orang nurse. Plus hubby saya.

Doc suruh cuba push lagi. Seriusly, masa tu rasa blurrr sangat camna nak push. Yang saya tau masa tu saya rasa ngantuk yang amat & saya nak tidur je.... Hubby la dok goncang bahu, sambil bagi semangat.

Yang kelakarnya, hubby saya lak yang ajar cara nak push... hehe. Lepas je huby saya ajar, dengan sekali push je terus rasa cam ada benda menggelongsor kuar dari perut... Fuh, legaaaa...

Doc letak jap baby atas dada saya, pastu terus bawa baby sebab katanya baby saya dah berak sket tadi. Lama lepas tu baru la dengar suara dia menangis. Terus rasa sebak & tak sabar nak tengok muka dia.

Sementara baby dibersihkan, luka saya pun dijahit la. Tapi luka memang banyak la. Maklumla, saya tak reti lagi masa tu. Dekat setengah jam jugak la doc dok jahit luka. Dah tu, sampai 2 orang doc yg jahit luka tu. Masa tu saya dah tak peduli dah apa yg diaorang buat.

Dalam kepala ni dok fikir 'cepatlah siap, nak berehat lak'. Sebab tu la saya rasa fobia je bila teringat saat2 bersalin tu. Rasanya sakit lepas bersalin tu lagi sakit daripada sakit masa nak bersalin.

Dah selesai semua, nurse bawak baby bagi kat hubby suruh azankan. Pastu dia suruh saya cuba susukan. Bila saya letak je baby kat dengan badan, terus mulut dia menuju ke 'situ' dan terus melekap... hehe. Kelakar rasa masa tu. Nurse tu pun macam terjerit "pandainya baby ni..."

Semasa di wad

Pas dah habis semua, dah daftar wad terus saya ditolak ke wad. Muka yang mula2 saya nampak hubby saya, pastu angah (kakak saya). So, bermalam la saya kat wad lagi. Tapi kali ni satu malam je la...

Ekceli hubby saya dah tempah two bedded untuk saya. Dah bayar deposit pun tau. Tapi disebabkan masa tu sistem kat hospital down, diaorang tak masukkan dalam rekod, makanya saya terpaksa la dok kat wad 4-bedded. Dah tu, deposit tu tak dipulangkan pun sampai la ke hari ni. Tak pa la, kira sedekah je la...

Paling saya tak boleh lupa, dek kerana lapar yang amat sebab dari petang (06/07/08)saya cuma makan sikit je (tak lalu sebab badan letih sangat), pagi tu (07/07/08) breakfast diaorang hidangkan mee goreng.

Saya yang tengah lapar tu bedal je mee tu, dah tak ingat dah pantang. Memang saya betul2 lupa la masa tu. Pastu angah call tanya dah makan lum. Saya dengan senang hati jawab le, dah makan mee goreng.
Menjerit kakak saya "Apa hang makan mee goreng? Mana boleh makan mee la." Alamak, terlajak perahu boleh diundur, terlajak makan dah masuk dalam perut la... hehe. Tapi alhamdulillah la, tak jadi apa2 yang tak diingini la pastu.

07/07.2008

Petang tu dalam kul 2.30 saya dah boleh keluar wad. Alhamdulillah...

Dah 2 tahun peristiwa tu berlalu. Tapi masih segar diingatan hingga sekarang. Memang masa dalam pantang tu rasa macam dah serik la nak bersalin lagi, bila mengenangkan luka banyak masa bersalin tu. Seminggu saya tak membuang sebab takut weh, kang terbuka jahitan tu... hehe

Tapi kalau sekarang orang tanya, nak bersalin lagi ke? Jawapan saya, InsyaAllah... Kalau diberi rezeki dan peluang lagi...

Ok la, panjang lebar dah saya taip. Pulun ni ha perabih hari ni jugak sampai tak makan tengah hari la... hehe

Kepada yang sudi baca sampai habis, TQ so much ya sebab tak jemu membaca walaupun ada sampai part III... Ok la, daaaaaaa

12 comments:

mamalieyna said...

huhu...seronok kan bila baby dh selamat kuar..tapi akak cam terkilan sbb tu aa..akak c-ser kan..baby akak cam tak bape pndai nak nyusu BF sbb elok dia kuar je merasa susu segera pakai inject tu...dah selang 6-7jam after operation baru leh susukan dia BF..huhu..sadis sikit..pastu kena kuning plk sbb kurang susu ibu..adooii sedih tul..lmbt lak leh kuar spital..sedih giler, siap nangis2 =P..terkenang memori lama la..hehe..

mrs_yus said...

sal,
beshnyee..sara bce dr awl tau..nyilu lah plak dgr cte org bsalin normal ni sbb sara csor..hmm xpe jnji slmt sumenye kn..
besh lak sara lyn cte bsalin sal nii..hehe :)

Ena said...

eheheheh..pengalaman pertama mcm2 ada.. manis suka duka.. menangis.. tinggal tak menjerit2 je..

tak sangka yeh sal.. anak kita selang sehari je kalau tak sma hari bez tempat saja.. ;)

~~*Lady Salwa*~~ said...

Mamalieyna a.k.a Kak Eina:

tu la, lega rasa... ya ka, sedihnya. orang kata sejam pertama lepas lahir elok diberi susu ibu.

tak pa, next nanti mudah2an bersalin normal la ye. nampaknya ayep kena tunggu 2 tahun la baru boleh dpaat adik ye, sebab akak c-zer....

faris pun ada sket kuning, tapi dah lepas seminggu la. tu pun rendah je, tak kena tahan wad...

~~*Lady Salwa*~~ said...

Sara:

TQ ye... hehe. Tu la, ada pro & kontra la bersalin normal & c-zer nih... jgn kata sara, sal sendiri pun rasa seram je bila teringat2... hehe

tu la, janji semuanya selamat...

~~*Lady Salwa*~~ said...

Kak Ena:

Tu la, nasib baik la boleh control lagi bab2 menjerit ni. Maybe sebab rasa sakit tu sama je macam sakit senggugut. Sal dah biasa sakit sebelum tu, leh control lagi la...

tu la, kalau tak sebaya le si irfan ngan si faris tu....

Cik Yuki said...

hehehehe adakah.??
owh..sy pula yg ngeri.

(da TERbaca smpi abis pulak tu..)

huhuhu tggu part III pulak.

e.l.i.z.@ said...

1jam 2cm..nk tggu sejam tu jenuh kan..sakit contraction tu tuhan aje yg tahu..nak² bila kita rs nk meneran tu hehhe..mmg xleh nk tahan..

seriau je bby tersangkut kt bahu..sib baik doc wat epi je..kalu doc nk fosep ke vakuum ke, lg la rabak kekekke

wpun dh 2thn berlalu, mesti igt lg kan camne rs sakit tu kan..nk kena bg adik dah tu hhehehhe

~~*Lady Salwa*~~ said...

Eli:

Tu la, nak tunggu sampai 10 cm tu cam lama je... tapi sempat jugak la lena... hehe. tu la, masa sakit cam nak meneran tu memang tak leh nak tahan dah...

tu la pasal. kalau kena vakum memang habis la...

Hehe, kalau ada rezeki InsyaAllah... hehe

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

yela, ni kan 1st time..semua jd kelam kabut kan?

eh dah nak bersalin kan, abis tu depa takde ke tolong anta ke wad bersalin? sampai sal kene tahan sakit sampai berlutut bagai tahan sakit..ish peliknye spital tuh

masing2 punye pengalaman masing2 kan? ade camni ade camtu..eheheh

cepat sal.anak ko nak adik tu.wat kawan.ngeeee

~~*Lady Salwa*~~ said...

Cik Yuki:

Jangan ngeri2. Semua akan lalauinya jugak... hehe. Cuma berbeza la setiap org tu...

Tak dak dah part III. Ni last part... hehe

~~*Lady Salwa*~~ said...

Rose:

Tu la, 1st time tak dak pengalaman lagi...

Entah la, diaorang cuma offer na bagi wheelchair je. Tapi macam malas la. Baik naik kereta lagi cepat sampai... hehe

Tu la, orang cakap masing2 punya bahagian..

Ehehe, insyaAllah... ada rezeki coming soon dapat la... hehe