Monday, September 20, 2010

Lamanya bercuti....

Salam...

Hari Isnin yang sangat lemau... Tu la padahnya bila dah cuti panjang...

Faris pun dah mula 'buat perangai'... Pagi tadi dah kul 7.15 pun masih belum bangun. Nak kejutkan rasa tak sampai hati lak bila tengok dia tidur dengan nyenyaknya. Tapi kalau hari cuti, takyah susah2 kejutkan. Kul 6 dah pandai bangun...

Tadi menangis2 bila dikejutkan. Sambil mandi sambil sebut 'tak mau... tak mau..'. Bila tanya "Tak mau apa? tak mau pi taska ka?" laju je mengangguk... Adeh...

Ok la, tinggalkan cerita pasal lemau2 nih... Kena cergas2 sikit... Bak kata mak saya "tak boleh nak malas2, nanti yang kat 'dalam tu' pun jadi malas.."

*******

Sana sini cerita pasal raya kan... Tahun ni walaupun bercuti panjang, rasa cam tak lengkap je raya, macam tak puas je... Entah kenapa...

Dah tu, sempat makan sikit je rendang ayam yang mak buat. sebab pagi tu pas solat sunat raya terus pi rumah mertua. Ingat raya kedua tu (balik semula ke kedah) dapat la sambung makan, tapi malangnya mak saya kata rendang dah basi... sedih giler saya...

Rasa kempunan sangat... Nak minta mak buat lain, tak sampai hati lak nak susahkan dia... Tahan je la. Tak pa, raya Haji ni boleh lagi.. hehe

Pastu tahun ni macam tak ke mana2 sangat... Masa sangat terbatas. Baru je plan nak keluar, saudara mara datang... Tak putus2... Makanya, dok aje la kat rumah...

Pastu si Faris lak demam sampai raya ketiga... Tido malam asyik merengek je... Siang pulak cuaca agak panas, nak bawak di pergi beraya pun kesian pulak dekat dia... Pergi ziarah saudara mara yang dekat2 je la...

Nasib baik la sempat jugak berbuka puasa beramai2 last day berpuasa tu. Memang sangat best sebab semua ada...

Tapi raya kali ni sekeping gambar pun tak amik... Kamera lak rosak. Hantar kedai untuk repair, spare part lak tak ada. Ingat nak pergi bergambar kat studio je, sekali bila sampai punya la ramai yang tengah tunggu turn nak bergambar. Terus tak jadi...

Makanya, tak ada la gambar raya tahun ni ye... huhu

Ok la, bebel panjang lak. Nanti orang bosan lak baca. dah la gambar pun tak ada langsung...

Ok, daaaaaa....

4 comments:

mamaarifakeemaisy said...

huhu...samalah, akak raya pertama dok umah je, sbb org dok mai umah kan..seb baik ada sempat gk beraya raya ke2 & ke3..raya ke4 dh balik sini..huhu..lg tak puas beraya tau!

huhu..sayangnya takde kenangan raya 2010! takpa raya haji kang ambik tau ^_^

syariza09 said...

alahai...siannya Sal. Thn ni mcm2 pulak yg jadi..
nk tgg rendang raya haji ni lambat lagi tu..mesti tido mlm dok tingat rendang jaa..byk2 saba yaa

~aSHa~ said...

kalo dah lama cuti..mmg lemau je nak mulakan tugas kan..anak2 pun lemau jugak nak ke taska....

insyaAllah raya haji ni...baby dlm peyut tu sempat makan puas2 rendang nenek dia ye....

Ena said...

mrmm.. n3 sal cam akak juga la ni.. n3 tak bergambar je.. heheh.. lom amik gamba yg asben akak lagi.. yg lam hp akak tu semua gamba dak irfan sorang jek.. tapi raya kali ni memg tak banyak gamabr la.. huhu