Wednesday, September 22, 2010

Benci & Sayang...

Bila sayang pada si dia, sayangilah sekadar saja...
Kerana mungkin di hari muka,
Kau akan membencinya pula...
Rasa sayang dalam manusia sentiasa diduga...
Kekadang berubah membawa nestapa, bersederhanalah...

Bila benci pasa si dia, bencilah sekadar sahaja...
Kerana mungkin di hari muka,
Kau akan menyayanginya semula...
Beginilah jiwa manusia, penuh pancaroba,
Sentiasa tertanya, arahnya ke mana...
Nasibnya di dunia...

Kasih sayang yang tak terhingga,
Hanya untuk YANG MAHA ESA...
Tiap masa di mana saja ingat pada-Nya sentiasa...
Cinta kita kan dibalas-Nya cinta tak terhingga,
Ketenangan jiwa, kesenangan dunia...
Tempat di syurga-Nya

Benci sayang perasaan kita bak tegukkan bila dahaga...
Jika ia dibiar liar bisa membinasa...

-sumber-

No comments: