Wednesday, August 25, 2010

Ujian yang paling menguji di bulan puasa...

Salam...

Camna hari ni, puasa tak?? Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk menyedut udara Ramadhan yang ke-15 ni.

Hari ni nak cerita pasal satu ujian yang selalunya hampir saja fail dalam bulan puasa ni. Kalau pasal makan tu, masih la boleh mengekang nafsu ketika berbuka.

Tapi kalau bab2 sabar ni, memang selalu saja la hampir terbabas. Nak2 bila masuk bab anak. Memang sangat menguji kesabaran.

Dan dalam bulan puasa ni, darah saya asyik berderau je ngan si kecik tu. Tambah pulak saya kan tengah ehem ehem... Kadang2 tu rasa cam nak pengsan pun ada (eh, perkataan yg kurang sesuai lak... hehe)

Pernah satu hari tu (masa bulan puasa la), masa tu cam biasa la balik kerja kul 5 terus la pi amik si kecik tu kat taska. Kalau hari tu husband saya yang bawa kereta, kami dua beranak (saya & faris) dok la kat luar taska tu tunggu abahnya sampai.

Hubby saya blik kerja kul 5.30. Dalam 5.45 baru sampai kat office saya.

Nak tunggu dalam taska, biasanya taska dah tutup pun masa saya pergi amik faris. Yang jadi masalahnya, tempat tunggu tu betul2 sebelah laluan kereta keluar masuk ke basement (untuk parking).

Ntah macam mana, hari tu faris tak mau saya dukung dia. Meronta2 nak turun. Saya pun dah tak larat nak dukung, lepas la dia turun ke bawah. Elok je kaki mencecah lantai koridor tu, terus je dia lari ke arah jalan raya...

Berderau darah saya... Tak sempat nak sambar tangan. Memang laju betul dia lari. Nasib baik la masa tu kereta memang tak banyak. Tapi kebetulan pula masa tu ada kereta baru keluar dari basement. Agak laju la...

Rasa nak gugur jantung ni. Nasib baik ada sorang guard tu, memang selalunya dia akan jaga la lalulintas kenderaan keluar masuk basement. Sempat la dia bagi isyarat kat kereta tu suruh stop. Kereta tu apa lagi, berhenti mengejut la...

Cepat2 guard tu lari & pegang faris. Saya ni dah la dengan beg taska faris lagi, beg sendiri lagi. Memang kalau kejar dia tu agak lambat sikit la...

Bukan setakat sekali tu je berlaku. Dah 2 kali.... Kadang2 tu bila geram sangat saya cakap kat faris "Faris tak kesian kat ummi ke? Tau tak, kalau tiap2 hari faris buat camni, silap2 ummi boleh dapat darah tinggi tau"... Entah dia faham ke tidak, tak tahu la. Yang dia tau sengih & ketawa je...

Sabo je la. Sebab tu saya lebih prefer bawak kereta, balik tu singgah amik hubby. Daripada saya kena tunggu hubby datang jemput. Dalam kereta senang la sikit nak kawal si Faris ni...

Tu aje la solution yg saya ada setakat ni. Nak bawa dia naik tunggu kat dalam office dulu, takut big bos nampak. Faris ni kalau dalam office, habis ke sana sini dia berlari & menjerit. Kalau bilik bos saya tu, dah berapa kali dia terjah tak tau nak kata la...

Siap amik sampah baling2 dalam bilik bos saya la...

Tu la kan, bukan senang nak besarkan seorang anak. Harapnya, bila dah besar nanti Faris akan kenang budi ummi & abah ni.

Ok la, tu je nak bebel ha. Hari ni saya bawak kereta. Tak ada la masalah sangat nanti... hehe

Till then, papai....

8 comments:

Unknown said...

sabar je lah eh..mesti panas hati cenggitu tapi diorang ni tak faham pape

ina pun kadang2 lepas marah aisy, marah balik pada diri sendiri..

senang kan bawa sendiri kereta,nak adjust time pun senang

Mek Rose said...

hoho. mmg berderau je darah if keadaan2 camtu
eh seriau lak weh..

sy ni..si rafiq nak terjun sofa pon sy dah berderau n jerit2..ni kan plak libatkan kat jalan raya..

ati2 k sal, malang tak berbau. sy ingatkan sal, dan utk diri sy juga..:-)

Ena said...

camtu la kan sa.. ada anak nie mcm ni la.. sementara nak tunggu dorang besar tu.. mcm2 hal berlaku.. akak nie pun sokmo juga terbabas marah kat anak.. kesian memg kesian.. tapi bila kit acakap secara berhemah tak dilayannya cakap kita mcm cakap ngan tembok je.. si kakak lagi la sal.. rasa sangat tercabar dengan dier.. tapi tu la.. akak ni pun lama2 risau juga takut kena darah tinggi.. mrmm..

-Sara- said...

hmm faris byk psamaan ngn syaqir..bdk ngah mmbesar mmg cmtu kot salwa..

syaqir pn penah cmtu gk..berderau darah..pdhal dlm duk pgg tgn kte laju je dea lps tgn kte ps2 lari sikit punye laju..slalu sara risau dea lari kt bwh umh sara tu ade workshop kete..tau jela kete lam workshop klo nk kua dea gostan je kete tu mne nk nmpk dh bdk kecik berlari knn..ishh mmg selisihla jd pape! ape lg mak dea hilang dh sume ayu ngn wedges berlari xckup tanah kejarkn ank! adoiiyaii! :P

Unknown said...

Adlina:

Tu la, sabaq je la bila pikir dia tu kecik lagi...

tapi bukan nak marah apa, risau kalau jadi apa2 kita jugak yg susah...

tu la, senang sikit nak adjust masa

Unknown said...

Rose:

tu la pasal, kalau lemah jantung mau pengsan wei kat situ...

ok, memang dah amik langkah berjaga w'pun kadang2 tu terlepas jugak si kecik tu dari pengawasan...

Unknown said...

Kak Ena:

betul tu, bila cakap baik2 wat tak reti tu yang rasa berangin je tu...

Memang kadang2 kesian lepas marah dia, tapi kalau tak ajar dari kecik takut besar nanti lagi susah nak dengar cakap..

yang penting jangan keterlaluan sampai memudaratkan anak sudah la kan...

tu la, macam ayah sal. dah tua baru dapat darah tinggi pasal asyik dok marah kat adik sal je... take care akak...

Unknown said...

Sara:

memang pun, dalam kita dok awasi dia tu boleh jugak lolos. tu yg risau tu. org tak nampak sebab budak2 tu kecik... haish...

dapat imagine keadaan sara mengejar si syaqir dengan kasut tinggi tu.. memang dah tak kontrol dah. janji dapat kejar anak... hehe