Wednesday, August 25, 2010

Senyum sikit!!!!

Salam...

Ha, petang2 camni jangan la dok wat muka monyok tu... Sabaq na, sat ja lagi nak boleh balik dah... hehe. Apa kata kita layan ja la cerita kat bawah ni... Saya C&P dari email yang saya dapat...

Semoga terhibur...

*********

PENGEMIS


Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampus UITM.

Mahasiswa : "Sudah lama mengemis di sini pakcik?"

Pengemis : "Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak

Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?"

Pengemis : "Paling sedikit RM 50.00 nak ..."

Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik

Pengemis : "Bolehlah nak, untuk keluarga..."

Mahasiswa : "Ehhhh...keluarga ada di mana?"

Pengemis : "Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang..."

Mahasiswa : "Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?"

Pengemis : "Tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik..."

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Puan Tina

Pada suatu pagi, Puan Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunakan kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Puan Tina pun berpesan kepada anaknya :

Puan Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.

Farid: Baiklah , ibu!

Puan Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.

Puan Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Undur lagi, lagi, lagi .

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!

Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !

Puan Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !

Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jelingan Ayah


Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.

Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku.

Aku pun faham maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi.

Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.

17 comments:

Ena said...

hehe..

semua jd pengemis.. maknanya banyakla pendapatan mereka kan!

kelakor pulak.. tapibetul kan sal kita dulu ayah jeling je dah tahu tak leh buat.. tak mcm anak2 skrg.. jenuh mulut badan tangan semua bergerak pun anak masih lagi wat dekkkk je.. aduhyaiii..

SaHaNiMsofEa said...

terima kasih lady salwa.. sy panggil sal boleh? selama ni sy dok baca je cerita2 dlm blog sal tapi akhirnya sal yg buka langkah dulu dgn beri comment kat blog sy. terima kasih yer. anak2 sy semua gurl. hopefully rezeki mendatang boi la plak. setahu sy sal ni PA kan? sy pernah jd PA dulu kat DCA Putrajaya tp sebab anak2 last2 decided stop n jd fulltime hswife..

Unknown said...

hehe, tu la pasal... memang kaya la pengemis ni...

tu la, citer last tu yg paling tak tahan.

betul tu, ayah jeling sekali je, terus kecut perut. budak zaman sekarang, macam2... lagi berani lawan balik ada la...

Unknown said...

Sahanimsofea:

boleh... tak ada masalah... semua panggil saya sal aje kat blog nih... hehe

tak pa, gurl nanti boleh tolong mak dia wat kerja rumah... sal pun harap next ni sal dpt la gurl pulak... hehe

ha ah, PA... owh, ye ke... pernah gak bercita2 nak berhenti & jadi fulltime housewife, tapi bila memikir hutang yg masih belum selesai tu, tak jadi lak... hehe

Yaya said...

saspen je ingtkan anak studi wt degree ke ape hehehehe

SaHaNiMsofEa said...

Itu yg untung ada anak gurl. mudahan rezeki sal gurl la next time yer....ringan skit tulang kita ni kan..

memang pening kepala kalau fikir pasal hutang. tahun ni dapat bonus raya jgn lupa simpan skit tuk bayar utang...

Mama budak2 Faeizrill........ said...

kelakarla hahaha......

Nieyla Nadia said...

cter 1:ish3..kaya sungguh jd pengemis nie yer..patut la melambak kat M'sia nie..belanja pandai2..last2 plh pengemis..ish3..

cter 2:kebijaksanaan terlampau la plak..hehehe..nmpk nyer kita kena susun ayat yg btl cm dlm BM kat sekolah...hehehe

cter 3:len kali jgn jeling..pk cara lain...huhuhu

mamaarifakeemaisy said...

ekekeke..kisah tok imam tu plg best..bisa buat akak ni terkekek2..hehe..

*ingt senyum sbb org gomen dpt duit raya tuuu..hehe..

-Sara- said...

ahahah..lawak2! :))

Unknown said...

Aleeya:

hehe...

Unknown said...

Sahanim:

Tu la, harap2 camtu la hendaknya... Adik beradik sal 7 org... 6 perempuan sorang je lelaki. kalau kecik2 dulu mak memang rileks la, kami adik beradik pompuan yg wat kerja rumah... hehe

tu la, kena jimat sket... hutang pun tinggal lagi 3,4 tahun je. pastu merdeka... hehe

Unknown said...

Mrs_yb:

hehe, ketawa jgn tak ketawa yeh..

Unknown said...

Miss sukasih:

tu la, setiap cerita ada moral of story nya... :)

Unknown said...

Mamalieyna:

hehe, betul tu akak. kisah tok imam tu paling lawak...

sal baru tau hari ni pasal duit raya 500 tu... ketinggalan betul... huhu

Unknown said...

Mrs_yus:

Sara, gelak jgn tak gelak tau...

syariza09 said...

bulan2 posa ni baca cerita2 gelak mmg bagus sbb dpt ilang ngantok