Thursday, January 28, 2010

~~~ S.E.D.I.H ~~~

Salam...

Pagi2 lagi dah bersedih...

Semalam, masa balik dari kerja dah perasan yang badan faris macam panas je... Tapi ingatkan tangan ni yang sejuk. Ye la, baru kuar dari office yang sejuk gedi macam dalam freezer tuh...

Sampai rumah, macam biasa terus ke dapur untuk masak. Sempat lagi berperang dengan si kecik tu sebab dia curi telur ayam masa ummi buka freezer. Tak sempat ummi nak capai dari tangan dia, dia dah baling atas lantai. Adeh, pecah habis telur tu... Terus mencicit lari ke ruang tamu...

Dah siap masak semua, lepak2 jap depan tv. Husband suruh pegang kepala faris. Ya Allah, panasnya. Pegang leher & badan dia pun rasa panas. Terus ambil ubat demam bagi dia makan + ubat selsema. Panas dah reda sikit.

Malam dalam kul 10 lebih si kecik tu dok merengek2 je. Pegang kepala dia, rasa panas balik. Husband ajak pi klinik. Jumpa doc, dia check gitu2... pastu dia bagi ubat. Boleh dia kata "Sikit2 macam ni tak yah risau"... tapi bagi ubat sampai 2 beg... Yang tak puas hatinya, dia check pernafasan faris sekali je kat dada pastu sekali je kat belakang... Ya Allah, apa la doc ni... Bila tanya paru2 anak clear tak, dia cakap clear. Tapi, memang tak puas hati la cara doc tu check.

Sebab husband ada bagitau pasal faris ni pernah kena jangkitan kuman kat paru2. Sepatutnya doc tu check la betul2. Herm...

Malam tadi tak dapat tido lena, si kecik tu asyik merengek & mengigau je... Pastu semalam setelah bincang2 dengan husband, next month tak nak hantar ke taska dah. tapi masalahnya masih belum dapat pengasuh. Bukan apa, risaunya la... Dulu sebelum faris dapat jangkitan kuman tu, dia selsema lama, pastu demam tak kebah. Ni yang buat risau sangat ni bila dia demam...

So, diputuskan untuk hantar faris balik ke kampung minggu ni. Semalam tak boleh tido dok pikir, camna la kalau Faris dok kat kampung nanti. Mesti sunyi je... Mesti ummi rindu gelak tawa Faris... Adeh, bila teringat je pasal tu terus je nangis... (masa menaip ni pun tengah menangis ni...)

Dulu dah pernah hantar Faris ke kampung seminggu, lepas keluar wad. Memang terasa sunyi sangat bila dia tak ada... Macam kosong je rumah... Tak tahan, terus balik kampung ambil Faris, walaupun mula-mula tu cadang nak hantar sebulan. Tapi masa tu memang nasib baik sebab dapat cari pengasuh. Kali ni tak tau la...

Demi kesihatan Faris, terpaksa la jugak tabahkan hati. Lagi pun kalau kat kampung tok jaga Faris sorang je...

Ok la, bebel panjang pulak... Sorry la ye... Sekadar luahan hati seorang ibu yang dalam kerisauan + dalam dilema... Till then, daaaa

** Hari ni Faris dok dengan abahnya. Apa la dua beranak tu makan tengah hari ni.... Nasib baik abah rajin masak... hehe

** Entri pasal cuti2 kat melaka tu nanti la kot. tak dak mood la, jiwa kacau... hehe

** Ni gambar kenangan Faris masa kat taska lama. Asyik nangis je sebab demam. Gambar bawah : tetap aktif walaupun demam... hehe



6 comments:

mamaarifakeemaisy said...

herm...memang geram ngn doktor2 cenggituw, kita kan bayar perkhidmatan diorang cek mengecek tu..ni sambil lewa je cek eh..kita pun pernah gak rasa bengang cenggini, tp apa boleh buat kan..huhu..

aloor rindunya berjauhan ngn anak...daku tak sanggupppp...tp itulah masalah pengasuh plg utama kalo kita2 kaum isteri ni bekerjaya, nak kena ada pengasuh yg btl2 boleh dipercayai kan!

Unknown said...

mamalieyna:

tu la, dah la charge mahal tapi check ala kadar je... asyik asyik "biasa la, hantar taska memang camni"... tapi sabar je la, nak buat camna...

tu la, tengah sedih ni. tidoq pun tak lena dok pikir hal ni... nangis jangan cakap la. asal teringat je, menitis la air mata ni... bukan senang nak cari pengasuh yang betul2 ok. risau jugak kalau dia jaga anak kita ala kadar je... hehe

Ena said...

Cian kat faris naaa.. hu3x..
akak ader gak jumpe sy doktor nie.. amat la simple.. check anak kiter.. cam check anak patung.. hu3x..

Mesti rindu tahap gaban pasni..
Tabahkan lah hati mu yer!!..

Unknown said...

rasa cam nak marah je kan kat doc camtu... hehe

ntah la kak, jangan tiap2 hari nangis dah le... banjir putrajaya nih... hehe

Anonymous said...

hmmm hati seorang ibu... sabar yer.. demi kesihatan faris

Unknown said...

InsyaAllah, sentiasa bersabar... :)