Hehe... ini adalah entri kesinambungan (betul ke ejaannya?) daripada entri sebelum ni... Hari tu kan cheq ada cerita yang cheq timbang berat badan cheq & result nya adalah 44kg kan??
Pastu hari sabtu lepas, cheq pergi la jenjalan kat bangi ngan kak yong, anak2 kak yong & adik (ateh) cheq. Masuk je PKNS tu terjumpa la mesin penimbang. Ekceli anak buah cheq yang beria2 nak timbang. So, cheq pun tumpang la sekaki...
Kononnya nak tau la betui ka dak mesin penimbang kat alamanda tu. Sekali naik atas penimbang tu. Masukkan la syiling 20 sen (kat alamanda 40 sen, tapi mesin penimbang jenis yang sama... mahai kat alamanda ni...). Pastu berdiri tegak...
Teng teng teng.... Lama jugak, berdebar2 je rasa... hehe
Pastu keluar la 2 angka iaitu
*
*
*
*
*
*
50KG
Hah, 50 kg??? Biar betul??? Tak caya den... hehe...
Cheq kata kat kakak & adik cheq "Mesin penimbang ni rosak ni... Baik hangpa jangan percaya..."
Padahal, cheq tak dapat terima hakikat. Biaq betoi berat cheq naik... Mustahil la... Dengan keadaan yang sekarang ni (makan tak tentu) mustahil naik sampai 50....
Dalam kepala ni dok pikiaq nak cari mesin penimbang lain... Ingat nak beli satu letak kat rumah... hehe
Tengok la, kalau betul naik ke 50, nak kena buat jadual pemakanan yang seimbang la lepas ni... Cheq target nak maintain 46kg - 48 kg je... hehe
Ok la, nak isi perut jap. Lapaq balik dah ni... Till then... daaaaa
No comments:
Post a Comment