Wednesday, January 20, 2010

Salam Siaran...

Salam....

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh-Nya menjenguk blog ini... Setelah bercuti dan bermalas-malasan selama 4 hari...

Pagi tadi semasa bangun tidur urat-urat malas masih membaluti diri... Rasa macam tak puas lagi bercuti, tambahan pula memikirkan tekanan yang bakal dihadapi hari ini, sedikit sebanyak menambah rasa malas di hati....

Review pasal cuti-cuti m'sia... hehe

Isnin hari tu memang cuti rehat. Tujuannya nak cari pengasuh baru untuk si kecik tu... Pastu sesaja nak rileks2 berdua2an dengan si suami... (",)... Pagi tu setelah penat tawaf satu kawasan perumahan cheq, kami ke alamanda untuk makan2 & jalan2 cuci mata...

Then husband ajak main bowling. Sorang 2 frame. Herm, dah lama tak merasa main bowling, mula2 lagi dah masuk longkang... hehe... Pastu ok la.... Sampai terseliuh urat pung**** cheq... Sakit sangat, nak jalan pun terhincut-hincut... Apa la, main bowling pun boleh injurt ke...

Pas tawaf2 alamanda tu, terus balik sebab nak amik si kecik tu kat taska... Sian Faris, ummi & abah syok jalan2 Faris kena paksa pergi taska... hehe

Malam tu cheq zzzzzz awal sebab sangat letih.... Lepas tengok drama korea, terus lelapkan mata. Sedar-sedar dah pukul 3 lebih. Tu pun sebab si kecik tu merengek nak susu. Tido kat ruang tamu je. Malas nak naik tido kat atas.

Selasa tu bukan cuti sebenarnya. Cheq MC. So, dapat la rehat lagi sehari, tapi tak rehat pun. Memikirkan lepas ni dah susah nak ke office lama disebabkan kekangan masa, cheq dalam keadaan sakit tu gagahkan la jugak diri ke office lama kat KL. Nak amik pay slip dengan surat personal. Naik train, punya la lama tunggu. Sampai rasa nak pitan. Maklumla tak berapa nak sihat... Dapat naik train pulak, tak dak tempat duduk. Full. So, berdiri la sekejap.

Pastu sampai kat office, sembang2, keluar makan, singgah S.O.G.O jap, terus balik. Adeh, penatnya Tuhan saja yang tahu. Balik rumah pulak, kemas2 rumah sidai baju & buat kerja2 rumah yg lain. Malam tadi macam biasa lepas tengok drama korea terus Zzzzzz.... Pagi ni bangun memang sakit-sakit satu badan... Kononnya nak celebrate birthday, tak jadi pun...

Tengah hari ni mungkin akan keluar lunch dengan husband untuk celebrate.... hehe...

Ok la, panjangnya membebel.... tapi perasan tak, sejak akhir2 ni dah jarang cheq letak gambar dalam entri cheq kan... pasai pa??? pasai cheq mim alif lam sin la.... hehe

Ok la, till then... daaaaaaa....

2 comments:

Ena said...

He3x.. Happy Buffday Sal.. Geng Capricorn la nie kan!.. Hikss!..
Moge Beroleh Kebahagian Dunia & Akhirat.. Amin!!
Biase la Sal.. cuti lau duk umah mcm2 nak buat.. Kdg nak lelap kan mater pun x sempat..
Wow.. p celebrate SR yeh! Jgn lupe snap pic tau.. leh kongi kat sini..:)

*S*A*L*W*A* said...

Thanks.... hehe, iye....

Amin... Dah snap tadi, tengok le kalau terlebih rajin, ada la upload dalam blog ni ha... hehe