Tuesday, January 5, 2010

Sabar je la...

Salam...

Pagi-pagi lagi hati cheq sudah panasssss... Adeh, sabaq je la... Baru ja nak mulakan hari ini dengan mood yang happy & baik...

Cheq pantang betui la kalau orang pinjam barang cheq, pastu bagi hilang, pastu tak mengaku yang dia pinjam barang tu... Ini boleh menimbulkan rasa marah... Tengok, tengok... pagi-pagi lagi dah marah dengan orang...

Al kisahnya ada la sorang staf kat office cheq ni. Dia telah meminjam satu barang dari cheq. Masa dia pinjam tu bukan main lagi senyum manis... Pehtu, tadi cheq nak guna la menda tu. Cheq pun pi la kat tempat dia, mintak barang cheq tu. Boleh dia kata "Mana ada saya pinjam". Cheq dah rasa berangin ja masa tu. "Ada, hari tu kan ada pinjam. Cuba ingat balik". Dia pun cari-cari la kat tempat dia. Tapi tak dak.

Pehtu, dia pun jawab... "Tak dak la. Saya tak pernah pinjam". Nak cover la tu, dah hilangkan barang kita, tak nak mengaku lak... Adeh, kalau ikut hati, mau saja cheq marah... Tapi cheq bukan jenis tu... Marah dalam hati ja... Last2 cheq cakap, "tak pa la, cari la betul2. dah jumpa nanti bagitau la"... terus cheq blah sambil dalam hati %$@#**&.

Sebab tu kadang2 cheq akan menjadi sedikit 'kedekut'. Bukan apa, dah banyak kali jadi camni. Kalau hilangkan, pastu mengaku tak pa la jugak. Ni tak mengaku. Sapa tak sakit hati. Nasib tak puasa hari ni, kalau tak dah kurang pahala puasa cheq... hehe

ok la, malas dah nak cerita lebih2. kang ada jugak yang .............. ok la, daaaaa.....

2 comments:

Ena said...

hehx.. sabaq naaa...

*S*A*L*W*A* said...

tu la, sabaq je la yg boleh pun...