Monday, January 11, 2010

Pendapat yang memakan diri... (",)

Salam...

Hari ni masih monday blues la... Teruk la, dah 2 hari cuti pun rasa macam nak cuti lagi... hehe... Entri kali ni nak cerita pasal pendapat yang memakan diri... (",)...

Pernah la dulu cheq bagi pendapat kat sorang member cheq, Ain. Masa tu dia dalam dilema, nak hantar anak dia ke taska atau rumah pengasuh. Taska tu mahal yurannya, tapi dekat dengan rumah dia. Pengasuh pulak, harga standard tapi rumah pengasuh tu jauh daripada rumah dia.

Cheq pun bagi la pendapat "kalau anak umur bawah 2 tahun, better hantar pengasuh" sebab bagi cheq, kalau umur 2 tahun ke atas anak dah kuat la sikit, susah nak berjangkit selsema & lain2 penyakit.

Tapi akhirnya, pendapat cheq telah memakan tuannya. Benda yang sama terjadi dekat cheq. Cuma bezanya, taska yang cheq nak hantar ni murah je yurannya. Cuma tu la, kalau boleh nak hantar Faris ke taska bila dah umur 2 tahun lebih...

Tapi nak buat macam mana, keadaan memaksa.... Cewah... Bukan apa, terasa la jugak nak berulang alik hantar & ambil Faris kat rumah pengasuh lama. Jauh jugak dari rumah cheq. Pastu nak patah balik pergi office pulak... Masa terbuang, minyak lagi... Jenuh.... Area rumah yang sekarang ni tak ada pulak orang mengasuh budak...

Syukur dapat hantar kat taska bawah office cheq nih... Hari tu tanya dah penuh, tapi last week, memang rezeki kot, ada kosong... Alhamdulillah... Dah jimat masa, jimat minyak & jimat duit sebab yuran dia cuma RM180 aja... Dapat save bajet... hehe

Hari ni hari first Faris ke Taska setelah dihantar ke rumah pengasuh sejak bulan 9 tahun lepas. Sebelum ni pernah dah hantar ke taska. tapi biasa la, dah 4 bulan lebih dok rumah orang, tetiba hari ni kena dok kat tempat yang ramai budak-budak, mula la buat perangai si Faris ni.

Pagi tadi masa nak tinggal, jenuh jugak la teacher kat situ pujuk dia. Nangis sakan, tak mau lepas baju cheq. Adeh, rasa tak sampai hati pulak nak tinggalkan dia kat taska. Tapi nak buat macam mana, cheq kerja. Kena la buat2 kering hati...

Tadi waktu rehat, turun jap pergi jenguk si kecik tu. Tengok dia dok ikut salah sorang teacher tu. Tapi dia tak nampak cheq, sebab cheq nyorok2. Takut kalau dia nampak, dia nak ikut cheq...

Teacher tu kata dia nak ikut sorang teacher tu ja. Sampai teacher tu nak makan pun kena bawak dia pergi pantry... Adeh, kesian teacher tu. Faris memang, kalau dia dah suka/ serasi sikit dengan sorang tu, jangan harap la dengan orang lain dia nak... hehe...

Pulak tu pandai dia 'pilih'... Teacher tu comel je orangnya... Amboi, pandai ye anak ummi... Tak pa la, janji dia tak nangis. Cuma tu la, manja terlebih dan nak orang bagi perhatian ja...

Dah dua minggu adik cheq jaga dia sorang ja... Semalam terasa sunyi la jugak bila adik cheq dah balik. Faris pulak pagi2 dah cari 'Ateh' dia... Bangun tido dok panggil "teh, teh..." teringat la tu...

Ok la, dah panjang sangat membebel nih... Nanti kalau dapat amik gambar dia kat taska, cheq upload... hehe...

Till then, daaaaa....

2 comments:

Ena said...

Memg rase sebak bile pertama kali nak anta anak kat org kan sal.. tukar org pun camtu juge.. rase sebak bile dengar atangisan anak kite.. tu jer kan.. x per.. nanti ok la dak faris tu.. senang gak sbb dkt ngan ofis.

*S*A*L*W*A* said...

tu la pasal... tapi nak buat camna, kalau tak kerja pun susah jugak...

ha ah, senang sikit nak pantau. rehat boleh pergi tengok dia dok buat apa...