Wednesday, January 6, 2010

Ibu, Emak, Mak, Mama, Ummi, Mummy, Bonda...

Salam...


Dah masuk hari ke enam dalam tahun baru... Cepatnya masa berlalu...


Hari ni sesaja nak sembang2 pasal gelaran untuk ibu-ibu yang ada... Macam2 gelaran yang ada kan...


Cheq masa mengandung dulu, first sekali yang cheq pikir, nak bahasakan diri sebagai apa... Kalau mak, kakak cheq dah 2 orang guna. Kalau ibu pun dah ada. So, mula2 tu decide la nak bahasakan diri sebagai "mama"... heheh... kononnya nak lain daripada yg lain la...


Dari kandungan 4 bulan ++ sampai la 8 bulan ++, dok cakap dengan baby dalam perut gunakan gelaran mama. Tapi bila si kecik tu lahir, cheq tukar ke "ummi" pulak.... Sebabnya, ada satu insiden yang telah mengubah fikiran cheq. Kisahnya, ada la seorang hamba Allah ni. Dia tanya cheq, "nanti nak suruh anak panggil apa?"... cheq pun jawab la "mama". tau dak dia kata apa "Eleh, mama konon. Sedar la diri tu sikit, hang tu orang kampung. Mengada2 nak bahasakan diri mama...". Terus cheq rasa kecik hati. (Biasa la, cheq ni sensitif sket...)


Tapi, yang sedihnya Faris sampai sekarang tak reti panggil "ummi" lagi. Nurse kat klinik kata memang kalau "ummi" budak lambat sikit pandai sebut. Kalau cheq ajar dia sebut "abah" laju je dia sebut "a-bah"... Kalau "ummi" dia sebut "um-mak"...


Adeh, penat cheq ajar... hehe... Tak pa la, pelan2... La ni dia dok panggil cheq "ma"... kadang2 "mama"... ntah belajar dari mana tak tau la... cheq tak pernah ajar pun dia panggil mama...


Kalau "lizard (cicak)" tu, laju ja sebut... Kadang2 berleter jugak "faris ni, lizard yang susah sebut tu boleh ja sebut. kenapa ummi susah sangat nak sebut?"... dia tengok cheq pastu sengih2 ja... sabaq je la.


Hai la, anak2 ni ada ja pe'el dia. Sebab tu la orang kata, ibu bapa ni kena tunjuk sikap2 yang baik, jaga bahasa pertuturan sebab anak2 kecik ni, guru pertama diaorang adalah ibu bapa... cewah, macam pakar kanak2 la pulak... hehe


Kadang2 nak tergelak tengok faris ajuk iklan kat tv or cara abah dia cakap... Paling dia suka iklan ribena + lemon, dengan iklan coca cola yang 'berrrr' tu... tapi tak reti sangat nak sebut "berrr"... Kalau abah dia sebut "adoi la" dia pun "adoi la"... Faris oh faris...


Seronok kan bila tengok anak membesar & mula bercakap. walaupun kadang2 tak berapa nak paham, layankan aje... Sekarang dok ajar dia sebut ABC... A dah pandai. B je tak reti lagi. C pun dah boleh.. Langkau2.... Kena rajin ajar dia... hehe


Ok la, panjang pulak dok bebel hari ni. Biasa la, kalau pasal anak (esp anak sulung) semua ibu bapa excited nak cerita perkembangan & pengalaman baru... termasuk la cheq... hehe

Sekian saja celoteh hari ni... daaaaa



Selingan : Aksi menjelir lidah... Masa kecik2 dulu kalau amik gambar suka jelir lidah...






4 comments:

Ena said...

He3x.. memg susah sikit nak pggl name ummi tu.. tp akak terperasan ms anak akak ammar tu 7 ke 8 tahun ntahhh..bile dier nangis jer.. terkeluar la name MMmiii!! kat belakang, then akak pun perasan la dier sebut tu.. igtkan salah dengar ke apa tp MIL pun perasan gak dier dah leh panggil.. tp bile saje2 suruh sebut.. x mau nyer dier.. tp skrg dah blh panggil la...he3x..

*S*A*L*W*A* said...

ye ke... kira ok la, dah pandai sebut ummi. lagi pun dia ada contoh (kakak dia) senang le... hehe

memang pun. kalau sesaja suruh, dia sebut emak... adeh...

~mama aiman~ said...

salwa, maz dulu nak suruh aiman panggil bonda, hehehe.. bajer cam klasik gitu, tp encik somi plak tak bagi.. last2 panggil jela mama.. n dia senang sebut.. best kan tgk anak2 membesar dan sudah pandai bertutur kata.. hehehe

*S*A*L*W*A* said...

maz:

eh eh, sama la... sebenarnya pernah jugak teringin nak suruh faris panggil bonda... tapi husband tak bagi la pulak... dia kata nanti macam pelik pula... dekat mak panggil bonda. dekat ayah paggil abah... hehe