Salam...
Erm, masih monday blues lak.... Kononnya nak pergi mengurut, tak jadi sebab last minute ada hal lain... Tapi yg bestnya dapat pi Melaka... Satu percutian yang tak dirancang... Next entri la kot nak cerita pasal pi Melaka tu... Sebabnya gambar belum upload. Keletihan semalam, lepas sampai dari Melaka, tiga-tiga beranak terbungkang... hehe
Berbalik kepada tajuk entri... sesaja nak share dengan kengkawan semua, apa yang pernah terlintas di fikiran ini...
~~~ Pernah tak, satu hari tu anda rasa macam dah bosan dengan kerja sekarang, pastu nak cari satu kerja lain yang lagi best???~~~
~~~ Pernah tak satu hari tu, rasa macam nak berhenti kerja ja sebab tak sampai hati tengok anak nangis masa kena hantar ke taska???~~~
~~~ Pernah tak terfikir nak tingkatkan taraf kehidupan / kerjaya / pendidikan, tapi tak tau nak pilih apa yang bersesuaian???~~~
~~~ Pernah tak rasa macam nak luahkan apa yang terbuku di dada, tapi tak terluah kerana tiada kekuatan???~~~
Itu lah namanya kehidupan kan... Banyak betul liku-liku yang terpaksa di tempuhi. Banyak betul jalan yang bersimpang, yang harus dipilih...
Ekceli, memang pernah (bukan pernah la, lebih kepada memang nak...) terfikir nak cari kerja lain yang lebih sesuai dengan minat & jiwa... tapi diri sendiri pun tak tahu apa yang diminati... Abih, camna nak buat keputusan... Pernah jugak terfikir nak tingkatkan kerjaya. Tapi bila pikir-pikir balik, dan tengok keadaan pegawai2 ni, yang rata2nya banyak masa dihabiskan kat office, rasa macam tak boleh la pulak. Sebab bagi saya la, family first... Kalau kerjaya ok, tapi masa untuk family adalah terhad, baik kerja yang macam sekarang je... hehe
So, semenjak dua menjak ni, banyak la benda yang bermain2 di fikiran ni... Kadang2 rasa stress jugak. Tapi so far masih boleh control lagi la...
Aisyeh, jiwa kacau la....
Apa pun, harap2nya semoga apa yang dirancangkan akan berjalan dengan lancar, InsyaAllah... Namun, kita hanya merancang, tapi perancangan Allah lebih baik dari kita kerana Dia lah sebaik-baik perancang....
Ok la, sekian saja luahan hati... Till then, daaaaa....
2 comments:
Mrm.. cam agak juge la nampaknyer.. selalu dok terpk itu dan ini.. nak nak camtu nak camnie.. rase mcm2 jer yg x kene.. tp bile pk balik.. keje la dulu.. kumpul la aper yg patut.. pastu ingat nak sambung balik belajar.. tu la dulu gatai sgt nak kawen.. org sampai ker Master & PHD, akak dok takat Diploma sajo.. hu3x.. jd nie jer la hasil yg ado skrg.. so, jom kiter p sambung bajar sal? heh3x.. blh gituw? main ajak2 jer senang jer bunyi nyer.. k la.. sori over sudah akak nie..
tu la kan... bila dipikirkan zaman sekarang ni susah nak dapat kerja, tahan hati je la dengan kerja yang sekarang ni...
jom akak, sambung study... naik sket taraf pendidikan... kalau ada rezeki, boleh naikkan taraf hidup... hehe
Post a Comment