Friday, January 29, 2010
Balik kampung...
Apasal ye, sejak dua menjak ni kalau post entry baru, baru la bloglist kat side bar tu diupdate kan... Herm...
Malam ni or pagi esok akan bertolak balik ke kampung untuk hantar si kecik tu... InsyaAllah kalau dapat cari pengasuh sebelum raya cina ni, boleh la bawak si kecik tu balik ke sini masa balik cuti raya cina ni...
Semalam kan si kecik tu dok rumah dengan abahnya (abah amik cuti sebab faris demam), so petang tu masa abah datang jemput ummi, faris pun ikut la sekali. Nampak je ummi, terus dia menjerit2... Ummi masuk je dalam kereta, terus peluk ummi kuat2... Adeh, tu baru tak jumpa 9 jam... Camna ni nak duduk kampung 2 minggu??? Susahnya hati ummi...
Kadang2 terfikir jugak, kesian si kecik ni. Ke sana sini kena hantar. Baru je nak serasi dengan pengasuh ni, dah kena pindah... Hantar taska pulak, tak sihat... Kan bagus kalau ummi boleh dok umah jaga faris... hehe... tapi ye la kan, zaman sekarang ni semuanya nak guna $$$... Even nak 'pee' pun pakai $$, cuma kent** je free... heheh
Mudah mudahan dapat la cari pengasuh sebelum raya cina dia... tolong la doa2 kan ye... Semoga Allah permudahkan segalanya... Amin...
Ok la, sampai jumpa lagi... daaaaaaa.....
** sakit kepala la asyik nangis je... apa la, lemah betul ummi ni...
Thursday, January 28, 2010
~~~ S.E.D.I.H ~~~
Pagi2 lagi dah bersedih...
Semalam, masa balik dari kerja dah perasan yang badan faris macam panas je... Tapi ingatkan tangan ni yang sejuk. Ye la, baru kuar dari office yang sejuk
Sampai rumah, macam biasa terus ke dapur untuk masak. Sempat lagi berperang dengan si kecik tu sebab dia curi telur ayam masa ummi buka freezer. Tak sempat ummi nak capai dari tangan dia, dia dah baling atas lantai. Adeh, pecah habis telur tu... Terus mencicit lari ke ruang tamu...
Dah siap masak semua, lepak2 jap depan tv. Husband suruh pegang kepala faris. Ya Allah, panasnya. Pegang leher & badan dia pun rasa panas. Terus ambil ubat demam bagi dia makan + ubat selsema. Panas dah reda sikit.
Malam dalam kul 10 lebih si kecik tu dok merengek2 je. Pegang kepala dia, rasa panas balik. Husband ajak pi klinik. Jumpa doc, dia check gitu2... pastu dia bagi ubat. Boleh dia kata "Sikit2 macam ni tak yah risau"... tapi bagi ubat sampai 2 beg... Yang tak puas hatinya, dia check pernafasan faris sekali je kat dada pastu sekali je kat belakang... Ya Allah, apa la doc ni... Bila tanya paru2 anak clear tak, dia cakap clear. Tapi, memang tak puas hati la cara doc tu check.
Sebab husband ada bagitau pasal faris ni pernah kena jangkitan kuman kat paru2. Sepatutnya doc tu check la betul2. Herm...
Malam tadi tak dapat tido lena, si kecik tu asyik merengek & mengigau je... Pastu semalam setelah bincang2 dengan husband, next month tak nak hantar ke taska dah. tapi masalahnya masih belum dapat pengasuh. Bukan apa, risaunya la... Dulu sebelum faris dapat jangkitan kuman tu, dia selsema lama, pastu demam tak kebah. Ni yang buat risau sangat ni bila dia demam...
So, diputuskan untuk hantar faris balik ke kampung minggu ni. Semalam tak boleh tido dok pikir, camna la kalau Faris dok kat kampung nanti. Mesti sunyi je... Mesti ummi rindu gelak tawa Faris... Adeh, bila teringat je pasal tu terus je nangis... (masa menaip ni pun tengah menangis ni...)
Dulu dah pernah hantar Faris ke kampung seminggu, lepas keluar wad. Memang terasa sunyi sangat bila dia tak ada... Macam kosong je rumah... Tak tahan, terus balik kampung ambil Faris, walaupun mula-mula tu cadang nak hantar sebulan. Tapi masa tu memang nasib baik sebab dapat cari pengasuh. Kali ni tak tau la...
Demi kesihatan Faris, terpaksa la jugak tabahkan hati. Lagi pun kalau kat kampung tok jaga Faris sorang je...
Ok la, bebel panjang pulak... Sorry la ye... Sekadar luahan hati seorang ibu yang dalam kerisauan + dalam dilema... Till then, daaaa
** Hari ni Faris dok dengan abahnya. Apa la dua beranak tu makan tengah hari ni.... Nasib baik abah rajin masak... hehe
** Entri pasal cuti2 kat melaka tu nanti la kot. tak dak mood la, jiwa kacau... hehe
** Ni gambar kenangan Faris masa kat taska lama. Asyik nangis je sebab demam. Gambar bawah : tetap aktif walaupun demam... hehe
Wednesday, January 27, 2010
Tuesday, January 26, 2010
NAK....
Hari Selasa : mood untuk bekerja sudah ada... Macam tau-tau ja dah ada mood, kerja bertimbun-timbun... Settle kan apa yang penting dulu. Pastu jengah sat kat blog nih... Cuci
Erm, nak la.... "Nak apa?"... Saya sangat nak petua camna nak bagi kulit muka halus mulus seperti model2 dalam iklan kat tv... tapi kulit sebenar diaorang pun 'dilindungi' oleh mekap tebal yang berinci2 tu...
Ada sesapa tak yang ada petua ke, amalam ke atau nak suggest apa2 produk yang bagus untuk hilangkan jeragat & sedikit parut jerawat yang ada kat muka saya ni???
Masa zaman bujang-bujangan dulu rajin la jaga muka. Pagi pakai krim la, bedak itu la, bedak ini la, calit sket2 alat mekap la... sekarang??? adeh, kalah orang dah ada anak 10... kadang2 rasa malu lak tengok orang lain berhias diri... Saya ni ikut mood, kalau terlebih rajin, berwarna la sket muka ni. Kalau tak, kusam dan sembap je la...
Teringin nak kembalikan wajah ke zaman remaja (sekolah) dulu... halus mulus, suci murni
Ada sapa2 nak share petua ke??? nak cuba produk yang
Ok la, banyak tul membebel hari ni eh. Entri pasal ke Melaka pun tak buat2 lagi. Gambar pun dok ada dalam hp je la. Semalam Zzzzz awal, letih sangat.... Kabel pun tinggal kat rumah. Kalau tak boleh tumpang upload jap kat office nih... Tengok la kalau rajin malam ni.... Hehe
Till then, daaaaaaaa.....
Monday, January 25, 2010
HERM....
** abah, ummi nak berhenti kerja boleh x??? (",)
Pernah tak...
Erm, masih monday blues lak.... Kononnya nak pergi mengurut, tak jadi sebab last minute ada hal lain... Tapi yg bestnya dapat pi Melaka... Satu percutian yang tak dirancang... Next entri la kot nak cerita pasal pi Melaka tu... Sebabnya gambar belum upload. Keletihan semalam, lepas sampai dari Melaka, tiga-tiga beranak terbungkang... hehe
Berbalik kepada tajuk entri... sesaja nak share dengan kengkawan semua, apa yang pernah terlintas di fikiran ini...
~~~ Pernah tak, satu hari tu anda rasa macam dah bosan dengan kerja sekarang, pastu nak cari satu kerja lain yang lagi best???~~~
~~~ Pernah tak satu hari tu, rasa macam nak berhenti kerja ja sebab tak sampai hati tengok anak nangis masa kena hantar ke taska???~~~
~~~ Pernah tak terfikir nak tingkatkan taraf kehidupan / kerjaya / pendidikan, tapi tak tau nak pilih apa yang bersesuaian???~~~
~~~ Pernah tak rasa macam nak luahkan apa yang terbuku di dada, tapi tak terluah kerana tiada kekuatan???~~~
Itu lah namanya kehidupan kan... Banyak betul liku-liku yang terpaksa di tempuhi. Banyak betul jalan yang bersimpang, yang harus dipilih...
Ekceli, memang pernah (bukan pernah la, lebih kepada memang nak...) terfikir nak cari kerja lain yang lebih sesuai dengan minat & jiwa... tapi diri sendiri pun tak tahu apa yang diminati... Abih, camna nak buat keputusan... Pernah jugak terfikir nak tingkatkan kerjaya. Tapi bila pikir-pikir balik, dan tengok keadaan pegawai2 ni, yang rata2nya banyak masa dihabiskan kat office, rasa macam tak boleh la pulak. Sebab bagi saya la, family first... Kalau kerjaya ok, tapi masa untuk family adalah terhad, baik kerja yang macam sekarang je... hehe
So, semenjak dua menjak ni, banyak la benda yang bermain2 di fikiran ni... Kadang2 rasa stress jugak. Tapi so far masih boleh control lagi la...
Aisyeh, jiwa kacau la....
Apa pun, harap2nya semoga apa yang dirancangkan akan berjalan dengan lancar, InsyaAllah... Namun, kita hanya merancang, tapi perancangan Allah lebih baik dari kita kerana Dia lah sebaik-baik perancang....
Ok la, sekian saja luahan hati... Till then, daaaaa....
Friday, January 22, 2010
Yeayyyy....
Adeh, sedapnya tido tadi... Bukan sesaja nak tido sebab saya ni jarang sekali tido tengah hari di hari kerja. Tadi ntah kenapa rasa macam nak letak2 kepala jap. Ntah bila masa terlelap pun tak tau. Sedar2 dah pukul 2 lebih... Alamak, tak solat lagi. Terus turun ke surau... hehe
Bebalik kepada tajuk entri, saya happy sangat sampai sebut yeayyy ni sebab esok cuti. macam la tak pernah cuti sebelum ni kan???? bukan apa, semenjak urat pung**** saya terseliuh hari tu, sampai menjalar rasa sakit satu badan... rasa badan berat semacam je atau lebih tepat lagi "mim alif lam sin"... hehe
So, memandangkan esok adalah hari cuti dapat la saya nak
Herm, pasal semalam tu, thanks ye kak Ena atas cadangan resepi yang akak bagi... memang meletop la. tapi saya masak simple2 aje sebab semalam husband kena OT kul 8 malam. Apa lagi, kelam kabut memasak kalah iron chef... heheh... Cadangan Kak Ena tu akan cuba dimasak esok... Memang dalam kepala otak ni dok pikir nak buat masak lemak cili api. Tapi nak ganti udang tu dengan ikan la kot... hehe
So, sapa2 nak merasa masakan orang kedah ni mai la... (ajak-ajak ayam je... heheh)... Kepada
Ok la, ada kerja menanti ni... curik
** Kepada kengkawan, sorry la kalau tak sempat nak mengomen... ada masa saya pi jengok na....
Thursday, January 21, 2010
Adeh, lapar...
Saat ini, cheq rasa lapaq sangat2 sampai sakit kepala...
tadi tengah hari dok buat kerja (personal)... tengok2 jam dah pukul 1.45...
nak turun ke cafe pun sure tak dak apa2 dah...
sepasal lagi, bangunan office cheq ni jauh dari bangunan lain...
so, apa nak buat. tahan je la...
nak makan biskut pun tak tertelan rasa, perut dok kata "nak nasik... nak nasik..."
sabaq na perut, balik satgi makan puas2... hehe
so, nak tau apa yg cheq buat sekarang ni sambil2 dok buat kerja??
yezza, dok terjah resepi2 kat internet nih... hehe
sapa ada idea, nak masak apa petang ni???
(apa la, badan dok kat office... otak dah melayang teringat kat dapur rumah... hehe)
ok la, nak pi geledah laci kat bilik cheq sat nak tengok apa yang ada untuk dimamam...
till then, daaaaaa
**nota tangan : cheq la ni dok ganti orang, tu yang nak kena lari sat pi bilik cari makan... hehe
Cheq suka jengok fotopages ni sebab banyak respi yang menarik.... kepada kengkawan yang nak cari resepi baru, jengok2 la page di atas ye... hehe
Pagi yang ceria...
Hehe, permulaan hari yang menceriakan... (",)
Hari ni sesaja je test pakai selendang atau shawl (betul ke ejaannya???)... sebelum ni tak pernah pakai pun sebabnya muka nampak chubby & tembam giler bila pakai shawl nih...
Memandangkan sekarang muka sudah sedikit kurus + cengkung, sesaja je la membelit menda alah tu pagi tadi... Ramai yang tegur nampak lain... hehe...
And masa tengah buat kerja tadi tetiba dapat mesej dari husband...
"AYANG NAMPAK SANGAT CANTIK & CUTE HARI NI"...
Hehe, kembang kempis idung... hahahaha... bukan tak pernah dipuji, tapi biasa la kalau dipuji ni siapa la yang tak suka, kan... heheh... Astaghfirullah, jangan riak okey... Husband mana yang tak puji wifenya kan... heheh
Pas ni boleh la beli banyak2 shawl tuh... : p ... Tapi kalau dah chubby balik, simpan je la dalam almari tu...
Ok la, sekian saje celoteh pasal pagi yang ceria... Daaaaaa...
**apa, gambar??? next entry la eh... hehe
Wednesday, January 20, 2010
....ERMMMM......
Dikala waktu senggang (tunggu husband datang jemput) ni, nak celoteh2 jap la...
Ni pasal ending salah satu drama bersiri kat TV3 tiap2 petang Isnin sampai Khamis (jam 6.30)... Ala cerita Cinta Balqis tu... Sebenarnya tak follow sangat pun cerita ni. Ye la, mana la ada masa nak lepak depan tv. Balik kerja, sampai tu terus ke dapur prepare nak masak untuk makan malam... Siap masak apa semua dah nak dekat pukul 7. Pastu bersih diri lagi... Dah habis pun cerita tu. Sempat tengok gitu-gitu aje...
Isnin hari tu (last episode) kebetulan cuti, so ada waktu melepak depan tv petang tu. Pastu dapat mesej dari adik cheq :
Ateh : Kak Wa, tengok TV3 cepat
Cheq: Tengah tengok la ni. Kenapa?
Ateh: hahaha... su menang. dia tak jadi kawin dengan hassan
Cheq: tunggu dulu. cerita belum habis. tengok dulu sampai habis
Ateh: ala, nanti hasan tu mati
Sambung tengok cerita.... Pastu sampai babak yang si Balqis ni bagitau kat hasan yang dia pun cintakan hasan. Terus cheq amik henpon...
cheq: hahahahaha... sapa yang menang??
Ateh : eleh, tunggu...
Sambung tengok lagi. Tiba2 hasan tu macam sesak nafas nak mati. "alamak, takkan aku kalah kot"... Masih menonton cerita tu... Pastu 'bak bak bum bum (cenggini ke bunyi kompang??? hehe)... yea, akhirnya si balqis tu kawen jugak dengan hasan. Apa lagi, amik henpon.
Cheq : yeayyy, k.wa menang...
Ateh : Ish, pengarah ni salah ceta ni...
Hehe... Alkisahnya, masa si ateh ni dok umah cheq hari tu (tolong jaga faris) kami macam berlawan la sapa yang teka betul ending cerita ni. Sesaja suka2. sebab biasanya ending tu mesti la hero dengan heroin. Adik cheq teka balqis tu dengan suami dia, ezany. tapi cheq teka balqis tu dengan hasan.
dan pemenangnya ialah.... CHEQ... hehe
Bagus jugak la ending cenggini. buka sket mata orang ramai yang kadang2 tu selalu kecewakan seseorang yang banyak berkorban untuk dia. selalunya dalam drama korea macam tu la. heroin tu tetap pilih lelaki yang walaupun tak buat baik kat dia, tapi sebab dia cintakan laki tu, dia sanggup kecewakan orang yang banyak buat baik pada dia... (ish, apa la cakap berbelit2 nih...) sorry ya....
Itu la alkisahnya... hehe.... Omong2 kosong di petang hari....
Selingan
** dalam kepala ni dok pikir nak makan apa ni sebab lapar balik. tadi dah kenyang tak hengat sampai ketiduran dalam surau... sekejap je dah lapar balik... hehe
Salam Siaran...
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh-Nya menjenguk blog ini... Setelah bercuti
Pagi tadi semasa bangun tidur urat-urat malas masih membaluti diri... Rasa macam tak puas lagi bercuti, tambahan pula memikirkan tekanan yang bakal dihadapi hari ini, sedikit sebanyak menambah rasa malas di hati....
Review pasal cuti-cuti m'sia... hehe
Isnin hari tu memang cuti rehat. Tujuannya nak cari pengasuh baru untuk si kecik tu... Pastu sesaja nak rileks2 berdua2an dengan si suami... (",)... Pagi tu setelah penat tawaf satu kawasan perumahan cheq, kami ke alamanda untuk makan2 & jalan2 cuci mata...
Then husband ajak main bowling. Sorang 2 frame. Herm, dah lama tak merasa main bowling, mula2 lagi dah masuk longkang... hehe... Pastu ok la.... Sampai terseliuh urat pung**** cheq... Sakit sangat, nak jalan pun terhincut-hincut... Apa la, main bowling pun boleh injurt ke...
Pas tawaf2 alamanda tu, terus balik sebab nak amik si kecik tu kat taska... Sian Faris, ummi & abah syok jalan2 Faris kena paksa pergi taska... hehe
Malam tu cheq zzzzzz awal sebab sangat letih.... Lepas tengok drama korea, terus lelapkan mata. Sedar-sedar dah pukul 3 lebih. Tu pun sebab si kecik tu merengek nak susu. Tido kat ruang tamu je. Malas nak naik tido kat atas.
Selasa tu bukan cuti sebenarnya. Cheq MC. So, dapat la rehat lagi sehari, tapi tak rehat pun. Memikirkan lepas ni dah susah nak ke office lama disebabkan kekangan masa, cheq dalam keadaan sakit tu gagahkan la jugak diri ke office lama kat KL. Nak amik pay slip dengan surat personal. Naik train, punya la lama tunggu. Sampai rasa nak pitan. Maklumla tak berapa nak sihat... Dapat naik train pulak, tak dak tempat duduk. Full. So, berdiri la sekejap.
Pastu sampai kat office, sembang2, keluar makan, singgah S.O.G.O jap, terus balik. Adeh, penatnya Tuhan saja yang tahu. Balik rumah pulak, kemas2 rumah sidai baju & buat kerja2 rumah yg lain. Malam tadi macam biasa lepas tengok drama korea terus Zzzzzz.... Pagi ni bangun memang sakit-sakit satu badan... Kononnya nak celebrate birthday, tak jadi pun...
Tengah hari ni mungkin akan keluar lunch dengan husband untuk celebrate.... hehe...
Ok la, panjangnya membebel.... tapi perasan tak, sejak akhir2 ni dah jarang cheq letak gambar dalam entri cheq kan... pasai pa??? pasai cheq mim alif lam sin la.... hehe
Ok la, till then... daaaaaaa....
Yesterday....
Syukur daku pada Allah, Tuhan Semesta Alam...
Daku masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara di bumi-Nya ini...
Sehingga kini, entah sampai bila daku boleh melihat dunia ini...
Alhamdulillah...
Syukur kerana masih diberi kesihatan...
Tubuh badan yang sempurna...
Dan yang penting sekali nikmat Iman yang tiada ternilai...
Alhamdulillah...
Syukur kerana dikurniakan suami yang menyayangi, anak yang disenangi serta keluarga yang mengasihi...
Syukur atas segala kurniaan rezeki...
Alhamdulillah... Alhamdulillah.... Alhamdulillah...
Semoga hari-hari mendatang membawa sinar bahagia yang didamba....
Semoga apa yang dihajati dan dirancang tercapai hendaknya....
Semoga diriku bertambah matang dalam menghadapi liku-liku hidup ini...
Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan menjadi hamba yang bersyukur atas segala kurniaan-Nya...
Dan...
Semoga daku tidak leka dalam perjalanan ini... Semoga sentiasa mendapat hidayah dari-Nya...
Allhamdulillah, thank you ALLAH....
Friday, January 15, 2010
Dah habis pun...
Setelah berminggu-minggu menghadap TV dikala malam hari (
Kebetulan pulak nana OT semalam, so cheq tengok sorang-sorang la... (sebelum ni memang tengok sorang2 pun. Nana kadang2 je layan cerita ni). And apa yang sangat mengecewakan adalah endingnya sangatlah tak best sebab sad ending okeyh... Lagi beberapa minit cerita tu nak habis, cheq dah macam dapat agak yang ending dia sure sedih...
Hero dalam drama ni mati... uwaaaa... Cheq nangis sorang2 tengok. Nasib baik nana tak dak, kalau dak mesti kena perli dengan dia la.... And apa yang sedihnya, hero tu mati kena tembak masa on da way nak jumpa kekasih dia (dia bawak cincin untuk lamar kekasih dia tu)...
Biasa la, kalau kita tengok cerita yang pasal cintan cintun ni sure harapkan ending yang happy. betul tak? So, mesejnya 'walau macam mana 2 insan yang sangat saling mencintai, andai ditakdirkan tak ada jodoh tetap tak akan bersama' betul tak??? Hanya DIA yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya...
Cewah, berfalsafah cinta la pulak... Ok la, thats all for now. Nak pi isi perut jap... hehe... Daaaa....
**baru je ingat nak download dari youtube cerita ni sebab tak tengok dari awal. memandangkan endingnya menyedihkan, tak jadi la... nanti asyik nangis je... hehe
Nasib badan...
Masuk hari ni dah 2 hari kena ganti orang. Macam ni la nasib orang yang tak dak bos... Ekceli bos cheq telah berangkat ke UK last week sampai la bulan 4 ni. So, memandangkan tak dak bos, kena la ganti mengganti nih...
And next week, cheq telah 'ditempah' untuk ganti sorang PA ni yang akan bercuti kawin... Pastu nanti kena ganti lagi bila dia nak gi hanimun...
Macam ni la nasib diri kalau bos tak ada... Baru je ingat nak rileks2 sket... hehe
Hari ni pun badan masih tak berapa nak sihat. Seram-seram sejuk ja rasa... Pastu selsema... Faris pun selsema jugak. Kesian dia, baru dok taska 2 hari, dah selsema... Malam tadi asyik terjaga & nangis ja. Tak selesa agaknya, nak tidur hidung tersumbat...
Pagi tadi masa sampai kat office, nak hantar dia ke taska dia peluk cheq kuat2 macam tau2 ja nak kena hantar ke taska... Adeh, tak sampai hati lak. Semalam cheq MC, tak hantar la dia ke taska... Bukan main seronok lagi si kecik tu...
Hari ni ummi dia nak kena kerja, kena la pi taska. kesian tengok dia nangis masa hantar tadi...
Pastu hari ni jugak cheq telah menerima satu berita yang nak kata gembira pun tak, sedih pun tak. tapi yang pastinya, berita tu amat merunsingkan fikiran cheq... tulunnnnnn....
Ni tengah menghitung waktu untuk balik sebab rasa tak larat sangat. Ingat tadi nak pergi klinik, tapi macam malas ja... semalam pun dah mc... dan mengenangkan esok dah cuti sampai selasa ni, gagahkan la diri untuk
Ok la, daaaa....
** mood utk berbloging tak berapa nak ada. plus sedih pasal ending I.R.I.S semalam masih terasa... hehe
Wednesday, January 13, 2010
KADANG-KADANG
Kadang-kadang saya rasa letih dengan hidup ini...
Kadang-kadang saya rasa macam nak nangis je...
Kadang-kadang saya rasa macam nak jerit sekuat hati je...
Kadang-kadang saya rasa macam nak marah je kat semua orang...
Kadang-kadang saya rasa tensyen je dengan sikap segelintir orang...
Kadang-kadang saya rasa jemu dengan kerja saya...
Kadang-kadang saya rasa nak je kata "Tolong jangan ganggu saya... please leave me alone..."
Tapi...
Saya tak mampu...
Saya hanya boleh nangis dalam hati...
Saya hanya boleh jerit dalam hati...
Saya hanya boleh marah dalam hati...
Saya hanya boleh pendam rasa bosan, letih, tensyen dan jemu dalam hati...
"Tolong jangan ganggu saya... Please leave me alone..." hanya bergema di dalam hati...
Kerana...
Saya hanya manusia yang sangat lemah...
Lemah untuk bersuara...
Akhirnya, segalanya terpendam dalam hati...
Betapa kerdilnya diri ini....
```` ('o') ````
Tuesday, January 12, 2010
Monday, January 11, 2010
Duhai Bonda...
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga
Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama
Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan
Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi
Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu
BondaSaat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu
Oh! bondabonda
B.O.N.D.A - M. N.A.S.I.R
***********************************
Saat ini, daku terasa amat lemah sekali...
Lemah untuk melangkah
Menempuh jalan yang samar-samar dihadapanku.
Tuhanku, perteguhkanlah keimananku terhadapmu
Berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi hidup ini
Pimpinlah hatiku agar aku tidak tergelincir dari landasan yang benar
Tuhanku...
Redhakanlah aku terhadap setiap yang berlaku dalam hidupku
Agar aku menjadi hamba-Mu yang sentiasa redha dengan qada' dan qadarmu... Amin...
Hah, Biar betul??? - part II
Hehe... ini adalah entri kesinambungan (betul ke ejaannya?) daripada entri sebelum ni... Hari tu kan cheq ada cerita yang cheq timbang berat badan cheq & result nya adalah 44kg kan??
Pastu hari sabtu lepas, cheq pergi la jenjalan kat bangi ngan kak yong, anak2 kak yong & adik (ateh) cheq. Masuk je PKNS tu terjumpa la mesin penimbang. Ekceli anak buah cheq yang beria2 nak timbang. So, cheq pun tumpang la sekaki...
Kononnya nak tau la betui ka dak mesin penimbang kat alamanda tu. Sekali naik atas penimbang tu. Masukkan la syiling 20 sen (kat alamanda 40 sen, tapi mesin penimbang jenis yang sama... mahai kat alamanda ni...). Pastu berdiri tegak...
Teng teng teng.... Lama jugak, berdebar2 je rasa... hehe
Pastu keluar la 2 angka iaitu
Hah, 50 kg??? Biar betul??? Tak caya den... hehe...
Cheq kata kat kakak & adik cheq "Mesin penimbang ni rosak ni... Baik hangpa jangan percaya..."
Padahal, cheq tak dapat terima hakikat. Biaq betoi berat cheq naik... Mustahil la... Dengan keadaan yang sekarang ni (makan tak tentu) mustahil naik sampai 50....
Dalam kepala ni dok pikiaq nak cari mesin penimbang lain... Ingat nak beli satu letak kat rumah... hehe
Tengok la, kalau betul naik ke 50, nak kena buat jadual pemakanan yang seimbang la lepas ni... Cheq target nak maintain 46kg - 48 kg je... hehe
Ok la, nak isi perut jap. Lapaq balik dah ni... Till then... daaaaa
Pendapat yang memakan diri... (",)
Hari ni masih monday blues la... Teruk la, dah 2 hari cuti pun rasa macam nak cuti lagi... hehe... Entri kali ni nak cerita pasal pendapat yang memakan diri... (",)...
Pernah la dulu cheq bagi pendapat kat sorang member cheq, Ain. Masa tu dia dalam dilema, nak hantar anak dia ke taska atau rumah pengasuh. Taska tu mahal yurannya, tapi dekat dengan rumah dia. Pengasuh pulak, harga standard tapi rumah pengasuh tu jauh daripada rumah dia.
Cheq pun bagi la pendapat "kalau anak umur bawah 2 tahun, better hantar pengasuh" sebab bagi cheq, kalau umur 2 tahun ke atas anak dah kuat la sikit, susah nak berjangkit selsema & lain2 penyakit.
Tapi akhirnya, pendapat cheq telah memakan tuannya. Benda yang sama terjadi dekat cheq. Cuma bezanya, taska yang cheq nak hantar ni murah je yurannya. Cuma tu la, kalau boleh nak hantar Faris ke taska bila dah umur 2 tahun lebih...
Tapi nak buat macam mana, keadaan memaksa.... Cewah... Bukan apa, terasa la jugak nak berulang alik hantar & ambil Faris kat rumah pengasuh lama. Jauh jugak dari rumah cheq. Pastu nak patah balik pergi office pulak... Masa terbuang, minyak lagi... Jenuh.... Area rumah yang sekarang ni tak ada pulak orang mengasuh budak...
Syukur dapat hantar kat taska bawah office cheq nih... Hari tu tanya dah penuh, tapi last week, memang rezeki kot, ada kosong... Alhamdulillah... Dah jimat masa, jimat minyak & jimat duit sebab yuran dia cuma RM180 aja... Dapat save bajet... hehe
Hari ni hari first Faris ke Taska setelah dihantar ke rumah pengasuh sejak bulan 9 tahun lepas. Sebelum ni pernah dah hantar ke taska. tapi biasa la, dah 4 bulan lebih dok rumah orang, tetiba hari ni kena dok kat tempat yang ramai budak-budak, mula la buat perangai si Faris ni.
Pagi tadi masa nak tinggal, jenuh jugak la teacher kat situ pujuk dia. Nangis sakan, tak mau lepas baju cheq. Adeh, rasa tak sampai hati pulak nak tinggalkan dia kat taska. Tapi nak buat macam mana, cheq kerja. Kena la buat2 kering hati...
Tadi waktu rehat, turun jap pergi jenguk si kecik tu. Tengok dia dok ikut salah sorang teacher tu. Tapi dia tak nampak cheq, sebab cheq nyorok2. Takut kalau dia nampak, dia nak ikut cheq...
Teacher tu kata dia nak ikut sorang teacher tu ja. Sampai teacher tu nak makan pun kena bawak dia pergi pantry... Adeh, kesian teacher tu. Faris memang, kalau dia dah suka/ serasi sikit dengan sorang tu, jangan harap la dengan orang lain dia nak... hehe...
Pulak tu pandai dia 'pilih'... Teacher tu comel je orangnya... Amboi, pandai ye anak ummi... Tak pa la, janji dia tak nangis. Cuma tu la, manja terlebih dan nak orang bagi perhatian ja...
Dah dua minggu adik cheq jaga dia sorang ja... Semalam terasa sunyi la jugak bila adik cheq dah balik. Faris pulak pagi2 dah cari 'Ateh' dia... Bangun tido dok panggil "teh, teh..." teringat la tu...
Ok la, dah panjang sangat membebel nih... Nanti kalau dapat amik gambar dia kat taska, cheq upload... hehe...
Till then, daaaaa....
Friday, January 8, 2010
Hah, biar betul???
hehe, sebenaqnya hari ni cheq masih sakit kepala. tapi biarlah... malas nak layan... hehe
Just nak share satu cerita ni... Semalam lepas balik kerja, saja2 ajak nana pi jalan2 jap kat alamanda... Orang tak berapa ramai semalam... mungkin sebab musim sale dah habis kot... lagi pun mungkin sebab duit dah banyak dibelanjakan untuk persiapan persekolahan anak2...
So, semalam just makan2 je kat alamanda. Pastu masuk beberapa kedai. Cuma window shopping, cuci mata. Ingat nak beli satu t-shirt tu. Selepas berkira2, tak jadi pulak... hehe...
Masa tunggu nana beratur nak bayar parking tu, sesaja je la menggatal pergi kat mesin penimbang yang ada tu. Pastu ambil 2 keping syiling 20 sen, masukkan. Pastu keluar la arahan:
- Berdiri tegak... cheq pun tegakkan la badan... (poyo je)
teng teng teng... lampu tu dok pusing2 (dok kira berat badan cheq kot... hehe)
Jeng jeng jeng....
Tau tak apa angka yang keluar???
*
*
*
*
Haha, it's 44...

yup 44kg berat badan cheq...
Biaq betoi?? Tak caya la... Penimbang tu rosak agaknya. Sangat2 tak masuk akal sebab masa cheq anak dara dulu pun paling ringan berat cheq ialah 45kg... Lepas kawin paling berat pun (kecuali masa mengandung... tu tak kira la kan) adalah 49kg, okeyh... Last cheq timbang dalam 2 bulan lepas ialah 47.5kg....
So, sapa yang salah dalam hal ni? Penimbang tu ka atau memang sebenaqnya berat badan cheq dah susut dengan amat dahsyat??? Tapi rasa2nya penimbang tu la kan... hehe
Bukan tak hepi kurus, tapi kalau betul 44kg, maknanya berat badan cheq tak ideal la dengan tinggi cheq ok.... kalau ikutkan, tinggi macam cheq ni kalau nak berat badan yang ideal mesti 49kg ke atas ok...
adeh la, orang lain pening pasal berat badan naik, cheq pasal berat badan turun... apa la... Yang penting SYUKUR sebab sihat walafiat, ALHAMDULILLAH... betul tak??? Dan yang paling penting suami cheq cayang kat cheq... heheh....
Ok la, daaaa...
p/s: kepada yang sedang berusaha utk turunkan berat badan tu, semoga berjaya... chaiyok chaiyok, okey...
nak tips2 kurus dari cheq, email cheq ok... hehe... (yang ni lawak2 ja, tak dak pun apa2 tips...)
Thursday, January 7, 2010
Akhirnya....

Wednesday, January 6, 2010
SU?? Ada kaitan ke???

credit to: henieliza.fotopages

Adeh, berdondang dendang perut cheq tengok lauk-lauk nih... tak sabaq nak balik rumah, & masak apa yg cheq teringin nak makan...
Ibu, Emak, Mak, Mama, Ummi, Mummy, Bonda...
Dah masuk hari ke enam dalam tahun baru... Cepatnya masa berlalu...
Hari ni sesaja nak sembang2 pasal gelaran untuk ibu-ibu yang ada... Macam2 gelaran yang ada kan...
Cheq masa mengandung dulu, first sekali yang cheq pikir, nak bahasakan diri sebagai apa... Kalau mak, kakak cheq dah 2 orang guna. Kalau ibu pun dah ada. So, mula2 tu decide la nak bahasakan diri sebagai "mama"... heheh... kononnya nak lain daripada yg lain la...
Dari kandungan 4 bulan ++ sampai la 8 bulan ++, dok cakap dengan baby dalam perut gunakan gelaran mama. Tapi bila si kecik tu lahir, cheq tukar ke "ummi" pulak.... Sebabnya, ada satu insiden yang telah mengubah fikiran cheq. Kisahnya, ada la seorang hamba Allah ni. Dia tanya cheq, "nanti nak suruh anak panggil apa?"... cheq pun jawab la "mama". tau dak dia kata apa "Eleh, mama konon. Sedar la diri tu sikit, hang tu orang kampung. Mengada2 nak bahasakan diri mama...". Terus cheq rasa kecik hati. (Biasa la, cheq ni sensitif sket...)
Tapi, yang sedihnya Faris sampai sekarang tak reti panggil "ummi" lagi. Nurse kat klinik kata memang kalau "ummi" budak lambat sikit pandai sebut. Kalau cheq ajar dia sebut "abah" laju je dia sebut "a-bah"... Kalau "ummi" dia sebut "um-mak"...
Adeh, penat cheq ajar... hehe... Tak pa la, pelan2... La ni dia dok panggil cheq "ma"... kadang2 "mama"... ntah belajar dari mana tak tau la... cheq tak pernah ajar pun dia panggil mama...
Kalau "lizard (cicak)" tu, laju ja sebut... Kadang2 berleter jugak "faris ni, lizard yang susah sebut tu boleh ja sebut. kenapa ummi susah sangat nak sebut?"... dia tengok cheq pastu sengih2 ja... sabaq je la.
Hai la, anak2 ni ada ja pe'el dia. Sebab tu la orang kata, ibu bapa ni kena tunjuk sikap2 yang baik, jaga bahasa pertuturan sebab anak2 kecik ni, guru pertama diaorang adalah ibu bapa... cewah, macam pakar kanak2 la pulak... hehe
Kadang2 nak tergelak tengok faris ajuk iklan kat tv or cara abah dia cakap... Paling dia suka iklan ribena + lemon, dengan iklan coca cola yang 'berrrr' tu... tapi tak reti sangat nak sebut "berrr"... Kalau abah dia sebut "adoi la" dia pun "adoi la"... Faris oh faris...
Seronok kan bila tengok anak membesar & mula bercakap. walaupun kadang2 tak berapa nak paham, layankan aje... Sekarang dok ajar dia sebut ABC... A dah pandai. B je tak reti lagi. C pun dah boleh.. Langkau2.... Kena rajin ajar dia... hehe
Ok la, panjang pulak dok bebel hari ni. Biasa la, kalau pasal anak (esp anak sulung) semua ibu bapa excited nak cerita perkembangan & pengalaman baru... termasuk la cheq... hehe
Sekian saja celoteh hari ni... daaaaa
Selingan : Aksi menjelir lidah... Masa kecik2 dulu kalau amik gambar suka jelir lidah...
Tuesday, January 5, 2010
Sabar je la...
Pagi-pagi lagi hati cheq sudah panasssss... Adeh, sabaq je la... Baru ja nak mulakan hari ini dengan mood yang happy & baik...
Cheq pantang betui la kalau orang pinjam barang cheq, pastu bagi hilang, pastu tak mengaku yang dia pinjam barang tu... Ini boleh menimbulkan rasa marah... Tengok, tengok... pagi-pagi lagi dah marah dengan orang...
Al kisahnya ada la sorang staf kat office cheq ni. Dia telah meminjam satu barang dari cheq. Masa dia pinjam tu bukan main lagi senyum manis... Pehtu, tadi cheq nak guna la menda tu. Cheq pun pi la kat tempat dia, mintak barang cheq tu. Boleh dia kata "Mana ada saya pinjam". Cheq dah rasa berangin ja masa tu. "Ada, hari tu kan ada pinjam. Cuba ingat balik". Dia pun cari-cari la kat tempat dia. Tapi tak dak.
Pehtu, dia pun jawab... "Tak dak la. Saya tak pernah pinjam". Nak cover la tu, dah hilangkan barang kita, tak nak mengaku lak... Adeh, kalau ikut hati, mau saja cheq marah... Tapi cheq bukan jenis tu... Marah dalam hati ja... Last2 cheq cakap, "tak pa la, cari la betul2. dah jumpa nanti bagitau la"... terus cheq blah sambil dalam hati %$@#**&.
Sebab tu kadang2 cheq akan menjadi sedikit 'kedekut'. Bukan apa, dah banyak kali jadi camni. Kalau hilangkan, pastu mengaku tak pa la jugak. Ni tak mengaku. Sapa tak sakit hati. Nasib tak puasa hari ni, kalau tak dah kurang pahala puasa cheq... hehe
ok la, malas dah nak cerita lebih2. kang ada jugak yang .............. ok la, daaaaa.....
Monday, January 4, 2010
Cutest Baby of the Planet 2009 Contest
Salam...
Entri pembukaan tahun 2010... Nak join contest Cutest Baby of the Planet 2009 anjuran Little Mama. Puas la dok belek-belek gambar si kecik yang ada dalam pendrive, sebab gambar yang nampak comel tak berapa nak ada (comel ke si Faris ni??? hehe). Tambah pulak sekarang ni si kecik ni berkepala botak la pulak...
Pilih punya pilih, akhirnya gambar seperti yang di atas yang dipertaruhkan. Menang atau kalah tak kisah la. Adat pertandingan. Tapi harap2nya ada la tuah, ye tak??
Contest ni akan berlangsung sehingga 10 Januari 2010 ni. Jadi, apa tunggu lagi. Meh ramai-ramai meriahkan contest ni. Untuk maklumat lanjut tentang syarat-syarat, hadiah & sponsor, sila klik link kat bawah ni. Nak cerita nanti jadi panjang sangat pula.
Penganjur : http://mombloggersplanet.com/
Link contest : http://mombloggersplanet.com/2532/cutest-baby-of-the-planet-2009-nominate-your-baby/
Apa pun all the best kepada semua peserta (terutama sekali Faris... hehe).