Thursday, December 30, 2010

Kembali bersiaran....

Salam...

Fuh, fuh... Dah berhabuk blog nih...

5 hari cuti... Hari ni kepala rasa sakit sesangat...

Macam2 berlaku minggu ni... Ekceli saya cuti 3 hari (Isnin - semalam) sebab pergi ke Ipoh.

Ayah saya dimasukkan ke CCU akibat serangan jantung... 3 hari 2 malam kami adik beradik berkampung kat Ipoh...

Dan disebabkan tak ada saudara mara kat Ipoh, makanya menyewa hotel la kami semua...

Ahad tu (26/12/2010) dalam kul 12 malam lebih, Angah (kakak no.2) call sambil nangis2 cakap ayah masuk hospital. Masa tu saya dah lena tido...

Dalam blur2 tu terus rasa hilang ngantuk... 1st time ayah kena serangan jantung... Masa tu rasa tak boleh nak fikir apa2 pun... Call Kak Yong pun dia tengah nangis, call kak Chik pun dia nangis.. Sudahnya saya pun nangis... adeh

Terus packing barang2. Ingat nak bertolak time tu jugak. Tapi lepas dapat mesej dari Angah, katanya ayah saya di'transfer' ke Ipoh, terus buat keputusan bertolak lepas subuh.

Sebab boleh terus singgah ke Ipoh. Takkan nak balik Kedah dulu pastu patah balik ke Ipoh pulak...

Sepatutnya ayah saya dimasukkan ke Taiping (hospital paling dekat selain Parit Buntar. Tapi kat Parit Buntar tak ada doktor pakar jantung) tapi katil penuh pulak..

Dalam kul 9 lebih kami sampai kat situ... Hampir2 sesat jugak la sebab tak familiar dengan jalan kat Ipoh tu..

Masa sampai pun tak boleh pergi tengok lagi sebab bukan waktu melawat. Lagipun hanya 2 orang je yang dibenarkan masuk dalam satu waktu...

So, bila dah boleh melawat tu saya pun masuk menjenguk. Ayah tengah tidur... Wayar bersilang sana sini.. Sedihnya tengok keadaan dia...

Tapi saya tak kejutkan dia pun. Biarlah dia berehat. Sebelah petang baru pergi melawat semula.. Masa tu dia dah sedar... Dapat la jugak berbual sekejap. Nurse pun pesan jangan kacau sangat sebab ayah masih lemah...

Dan Alhamudlillah la, semalam dah ditukarkan ke wad biasa... Ayah pun dah nampak sihat sikit. Tapi still kena tahan mungkin sampai Sabtu ni sebab nadi dia masih lemah...

Semalam pun rasa serba salah & tak sampai hati nak balik ke sini. Tapi memandangkan cuti saya pun dah habis, kena la jugak balik ke sini...

Tapi pagi2 tadi masuk office je dapat tau yang esok cuti lak... Rugi betul... Kalau tak boleh stay terus sampai ayah saya discaj...

Ok la, nak rehat2 jap nih... Kepala rasa sakit sangat + rasa penat sangat nih. Maklumlah, tidur tak menentu.. Makan pun tak menentu...

Ok la, daaaaaa.....

**nanti kalau ada kelapangan saya jenguk lah ye rumah kengkawan... sorry la, tak sempat nak reply semua komen2 yang ditinggalkan oleh kawan2...

7 comments:

beginilah hidup said...

salwa, harap ko tabah k..moga ayah ko cepat sihat spt sediakala

syariza09 said...

Ari ni kena betul2 rehat, nanti sakit pula.
Smoga ayah Sal cepat sembuh,. Bila Sal crita pasal ayah yg skt jantung, tringat pula kt bapa sy, dia pun skt jantung jg

MrS. F!zA said...

moga ayah awak cepat sembuh ye..

aah kan kalo thu sok cuti tk perlu balik lg kan..

Asrul "iLham" Sany said...

semoga ayah kembali sihat ya...

selamat tahun baru n selamat berblog kembali ;-)p

Ena said...

risaunya kan.. skrg ni sakit jantung tak kira usia.. moga ayah sal kembali sihat

salam tahun baru sal.. :D

Fadzli Amir said...

Semoga tabah dan sabar hendaknya....Mudah2an cepat sembuh...amin

Hidayati said...

Salam perkenalan. saya dah follow awak. Follow me back ya.