Monday, February 22, 2010

Hal-hal lain....

Salam...

Memandangkan mood nak cerita pasal cuti2 kat kampung masih tak dak, so cerita pasal 'hal-hal lain' boleh la kot... hehe

Tadi, masa dok view gambar2 dalam pendrive nih jumpa la beberapa keping gambar yang sebenarnya nak buat entri pasal gambar tu. Dah lama pun, tapi asyik terlupa...

Cerita pasal si kecik tu first time pergi kedai gunting rambut... Al kisahnya, hari tu sebab asyik demam ja saya dengan hubby decided nak botakkan aje kepala si kecik tu. Mula2 risau jugak takut dia nangis nanti. Tapi bila teringat yang dia pernah la dibotakkan kepala oleh Pak Su dia masa kat kampung dulu dan masa tu dia ok je siap gelak2 lagi, kami pun bawak je la dia ke kedai gunting rambut...

Sampai tu orang tak ramai sangat sebab hari tu hari bekerja. Tunggu pun sekejap ja, sampai la turn Faris. Mula2 ok je. Tapi bila mesin potong rambut tu (panggil apa ntah) kena je kat kepala dia, terus menangis. Melalak-lalak sambil pusing kepala ke sana sini.

Tukang gunting tu sampai berhenti beberapa kali, tapi hubby cakap kat dia, 'tak pa, teruskan ja'...

Dalam 10 minit siap la. Seksa betul nak potong rambut si kecik tu... Ok la, jom tengok aksi si kecik tu...

masa ni masih ok & rileks lagi. tak tau yang rambut dia nak dibotakkan... hehe


Kesian tengok, melalak sakan....


Dan HASILNYA... jeng jeng jeng...

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
v


cakkk... ni lepas seminggu, rambut dah tumbuh sikit.
lupa nak snap gambar lepas dah dibotakkan... hehe

nota : sila abaikan pemandangan belakang yang bersih bersepah itu... (",)

Ok la, perut dah berkeroncong... nak pi cari makan jap... Daaaaa....


4 comments:

Mek Rose said...

ehehe..mesti riuh rendah kan kedai tu
cam kat klinik cucuk2 baby lak..eheh

rafiq dah 2 kali botak. semua mak ngah dia botakkan
lepas ni nak g kedai gakla if nak botakkan lagi kepala dia. sure melalak2 gak camtu..eheh

mamaarifakeemaisy said...

eeeii comei faris botak! ^_^... dak2 tecik ni time nk potong rmbut susah sket eh, arif kt umah tu..plan nak potong rambut gak, taktau bila..huhu..

Unknown said...

Rose:

tu la, pening tukang potong rambut tu... hehe

rasanya mungkin si rafiq pun nangis kot. ye la, kan sebelum ni mak ngah dia yang potong, tetiba orang yang tak dikenali lak... hehe

Unknown said...

nampak muka nakal bila faris botakkan kepala dia...

tak pa, rambut dak arif tu masih ok lagi, kalau dah panjang nanti kena la potong jugak... hehe