Salam...
Wah, berseri2 semua selepas bercuti agak lama ya... Herm, mood minggu ni masih tak berapa nak ok, hingga menjalar ke seluruh urat saraf, menyebabkan terasa 'mim alif lam sin' untuk mengupdate blog... Plus, tak dak cerita best pun yang berlaku...
Cuma sabtu hari tu pi kenduri kawin sepupu sebelah nana kat Sungkai... Tak amik gambar pun... hehe...
Sebenaqnya bukan nak cerita pasal cuti2 ka, mood ka.... Ni pasal pengalaman yang dah basi... Satu pengalaman yang bagi cheq amat lucu bila dikenang... Bila cerita balik dengan nana, kami berdua akan ketawa terbahak-bahak... (tak tau la korang rasa lucu ke tak...).
Al-kisahnya, sebelum faris dilahirkan pada 06/07/08, cheq telah dimasukkan ke wad selama 2 hari 2 malam sebelum dibenarkan pulang pada petang 05/07/08. Masa tu kena tahan sebab doc kata contraction kuat... Petang 4hb tu cheq cakap kat doc nak keluar wad sebab rasa macam tak sakit nak bersalin pun lagi. Tapi doc tak bagi. Alasan dia takut nanti bila cheq mai balik, katil full.. terpaksa akur, dok la sampai 5 hb tu...
Petang 5 hb tu, nana datang jemput. Cheq awai2 lagi dah siap packing semua, tak sabaq nak keluar wad. Ya la, sapa la yang suka dok hospital lama2. Cemuih aih... Tu pun doc bagi keluar sebab takdak progress (jalan masih 1cm)...
Dah bayar semua, terus la balik ke rumah sebab cheq hanya pakai kain batik dengan t-shirt saja masa tu... Sampai ja kat blok rumah cheq, terus ja tekan butang lif. Masa tu rasa penat + ngantuk sangat. Kat spital bukan buleh tidoq sangat pun.... Bila lif bukak, cheq ngan nana pun terkedek2 la jalan keluar. Rumah kami kat hujung skali...
Masa nak lintas rumah jiran cheq, cheq rasa pelik sangat. Bila masa dia beli basikal kat anak dia sebab anak dia masa tu baru je setahun lebih. Tak kan la dah boleh naik basikal kot... Tapi cheq buat tak heran ja sebab dalam pala otak ni dok pikir nak baring ja...
Sampai depan pintu rumah, nana pun amik la kunci nak buka mangga. setengah minit berlalu, tapi mangga masih tak boleh buka. cuba lagi, tak boleh jugak. Cheq dah naik tensyen... hehe... ya la, badan tengah letih nih. Niat di hati nak masuk rumah terus landing2... Cheq tanya nana "abang ada tukar mangga ke?". nana kata "tak dak pun. nak keluaq tadi kunci macam biasa ja"... cheq dah nak nangis masa tu sebab dok pikir nak tidoq mana malam ni... Apa la nasib badan... hehe
Cheq suruh nana cuba sekali lagi. Masa nana dok cuba tu cheq perasan, apasal mangga tu nampak macam dah lama? sebab setahu cheq, kami baru beli ja mangga tu. Tapi cheq diam ja... Lepas beberapa kali cubaan membuka mangga oleh nana gagal, cheq pun kata "mai sini orang cuba pulak"... Bila cheq cuba2 pun tak boleh, mula mata bergenang... Cheq tanya nana "macam mana nak buat ni?"
Dalam kepala dok pikir nak suruh nana panggil kawan dia potong mangga tu. Masa dok asyik pikir sambil sandar badan kat dinding, tiba2 pintu rumah terbuka dari dalam... jeng jeng jeng...
cheq ingat nana saja nak buat surprise la, yang mak or MIL cheq datang dari kampung. tapi bila muncul seorang perempuan yang tak dikenali, cheq mula saspen. Sapa pulak dah... Pastu perempuan tu pun kata... "RASANYA, KAMU DAH SALAH RUMAH NI"
Hah, salah rumah???? Cheq dengan muka yang tebal pun kata la "Maaf ya"... Masa tu rasa nak sorok muka dalam simen koridor tu je... Malunyaaaaaa.... Pastu cheq dengan nana terus buat2 jalan. Muka dah merah padam tahan malu dengan gelak. Sampai ja kat rumah terus pecah gelak cheq dengan nana...
Start dari hari tu, bila keluar ja lif mesti akan tengok dulu tingkat berapa & no rumah sebelum buka pintu. Cheq dok doa la jangan terserempak dengan tuan rumah tu... Malu tau.... hehe...
Sekarang dah tinggal kenangan dah... la ni dah tak payah tengok dah tingkat berapa, sebab dah tak bertingkat dah. dua tingkat ja... hehe...
Banyaknya memori di rumah lama... Rindunya kat rumah lama cheq... Ok la, dah nak balik ni... daaaaa...
p/s : kalau tak lawak pun, buat2 la gelak... penat cheq menaip... hehe
** lupa nak cerita : faris sekarang dijaga oleh adik cheq yang baru lepas SPM... Settle sudah masalah... Nasib baik adik cheq sudi jaga... hari tu nak tanya dia, risau jugak dia tak mau sebab dia baru ja mai rumah cheq dengan mak & ayah cheq 2 minggu lepas... (",)
2 comments:
he3s.. memg kelakar la kenangan Sal tu ekk? sib bek x panggil org tuk potong mangga tu kannn.. lau x pepasal kene dende ngan tuan rumah tue... hik3x..
tu la pasal... malu gila time tu... hehe
Post a Comment