Wednesday, October 7, 2009

Merambu-ramba - part 2

Hari ni baru aku nak cerita pasal merambu ramba. Hari isnin lepas, usai solat Maghrib aku ajak hubby kuar jap kononnya nak merambu ramba la, setelah plan tengah hari tak jadi. So, bersiap2 la aku. Sampai kat alamanda terus je ke K4 untuk membeli sedikit barang. Mula2 si kecik tu ok lagi. Tengah aku dok sibuk mencari barang dapur dia dah mula buat perangai, tak nak duduk dalam stroller. Terpaksa la hubby dokong dia sambil tolak stroller sebab aku lak dok bawa bakul. Herm, sempat 'ragut' apa yang patut, terus ke kaunter bayaran.

Hubby pergi simpan barang dulu kat keta, aku ngan si kecik tunggu depan kedai kasut bata. Tetiba teringat nak beli something supaya si kecik ni dok diam nanti time kami nak makan. Singgah jap kat kedai sebelah chicken rice shop tu. Sampai je kat kedai tu si kecik Faris menjerit-jerit bila nampak gula-gula 'lolipop' tu. Aku pun beli la satu kat dia. Apa lagi, sakan la dia dok makan gula-gula tu. Habis comot momot mulut ngan tangan.

Sementara tunggu hubby aku pun bagi la si kecik tu naik keta ni...

Tengok tu, sebelah tangan pegang lolipop, sebelah lagi dok pusing stereng. Khusyuk betul...


Bila hubby sampai, terus gerak ke Rasa utk makan. Cam biasa la, si kecik ni mula2 leka ngan lolipop dia, elok je hubby aku nak suap makanan, start dah si kecik ni nangis. Terus aku ambil si kecik tu, bawak jalan-jalan. Pas hubby aku makan, turn aku plak. Kena bergilir-gilir makan. Habis makan aku call hubby tanya ada akt mana. Dia kata kat tempat game. Terus aku pegi ke situ. Tengok2 si kecik tengah main dekat piano gergasi.

Tengok lah tu, macam expert je...

Habis main piano, naik kuda pulak... Panjat sampai atas kepala kuda... Hai, macam2... Nasib la abah dia rajin melayan...


Penat layan si kecik tu aku ajak hubby balik. Sebelum balik ingatkan nak beli donut, tapi dah tak banyak choice. Ye la, dah pukul berapa masa tu. Tu pun sejam lebih je kami merambu kat alamanda. Semuanya gara-gara si kecik tu mengamuk sakan sebab mengantuk. Next time, kalau nak keluar beli barang nak kena pergi waktu siang je la...




No comments: