Thursday, October 8, 2009

Faris Masuk Wad...


Sebenarnya dah lama berlaku pun. Cuma baru teringat nak cerita pasal ni. Faris dimasukkan ke ward selama 5 hari akibat jangkitan kuman pada paru-paru (29/07/2009 - 2/08/2009). Dan cuti aku telah melayang selama 2 hari.

Nak dijadikan cerita, hari tu (Rabu - 29/7/09) masa bangun dari tido, aku perasan nafas faris berbunyi. Pastu dia batuk-batuk. Dah dua hari dia demam. Dah bagi makan ubat, tapi still demam. Cuma demam dia on-off. Pastu dia batuk-batuk lagi, terus nafas dia berbunyi kuat. Aku bagitau kat hubby. then decided nak bawak gi klinik. Hantar sms kat bos bagitau masuk lambat, bawa anak ke klinik. Bos kata 'ok'.

Sampai kat klinik, doc check, dia kata kena amik neb. Aku suruh hubby yg pegang faris, sebab nanti dia meronta-ronta. Kalau aku yg pegang sure terlepas tangan si kecik tu. Memang kuat betul kudrat dia. Hubby sendiri pun kadang2 terlepas pegangan. Seperti yang dijangka, melalak sakan la si kecik tu bila amik neb. Aku pernah terhidu la gas tu, memang pedih hidung & anak tekak. patut la nangis je si kecik ni time amik neb tu.

Lepas dah selesai, si kecik tu nangis sampai muntah. Doc kata its good coz kahak keluar skali ngan muntah. Doc check pernafasan dia cakap dah kurang sket bunyi. Selesai semua, amik ubat then balik rumah. Aku amik cuti hari tu sebab tak sampai hati nak hantar si kecik tu ke taska. Lagipun dia asyik merengek & meragam je.

Petang, lepas hubby balik keja aku bagitau kat dia yang nafas faris still bunyi kuat. Demam pun tak kebah. Hubby suruh siap, dia ajak pi klinik kerajaan pulak. Kononnya nak check H1N1, risau gak sebab time tu penyakit ni sedang menular. Siap2 terus gi klinik. Lama la jugak tunggu, walaupun lepas waktu kerja ramai jugak yg datang klinik kerajaan ni. Sabar je la, nak buat camna, pegi klinik swasta pun masih tak ok.

8.00 pm ++ : masuk bilik doc, lepas check doc kata kena amik neb. dalam hati aku 'neb lagi. berapa kali daa...' . Tapi memikirkan si kecik tu banyak kahak, nafas pun jadi laju je aku pasrah je la. Macam biasa, melalak la dia. satu klinik boleh dengar. Habis amik neb, doc check, dia kata tak da apa-apa perubahan. Hubby bagitau la yang pagi tadi pun dah amik neb. So lepas discuss doc suruh kami refer kat hospital putrajaya. dia suruh pegi kat kecemasan. Lepas dia bagi surat utk refer kat hospital, aku pun beredar.

Masa on d way nak pi hospital tu, aku cakap la kat hubby 'Ni sure kena tahan kad wad punya la kalau pegi hospital. Sofea (budak satu taska ngan faris) dulu kena tahan wad sebab camni la.

Sampai kat emergency, terus ke kaunter berkenaan. Lepas dia check suhu faris (39.++) dia suruh masuk dalam & amik neb. (amik neb lagi. Masuk ni dah 3 kali tau...). Aku ngan hubby masuk. Bagi si kecik tu amik neb. Pas lebih kurang 20 minit datang satu doc tu check pernafasan faris. "Masih ada bunyi lagi la puan..." Herm, dah amik 3 kali pun maish bunyi. "Macam ni la, cuba ambil sekali lagi, pastu kita tengok ada lagi tak bunyi. Pas amik lagi sekali (kali ke-4) doc check masih berbunyi. Pastu dia suspect ada infection. Doc suruh wat x-ray.

Pas wat x-ray doc panggil aku & hubby. "Puan, anak puan nak kena masuk wad ni. Ada jangkitan kuman pada paru-paru dia". Aduh, aku dah agak dah dari awal. Aku cam berat hati je nak bagi si kecik tu masuk wad. Kesian la, sure kena cucuk kat tangan dia nanti. Sian, tangan yg kecik tu dah kena cucuk. Mula-mula aku tak setuju. Pastu doc tu cakap "terpulang la pada puan. tak nak masuk wad boleh, tapi kalau jadi apa-apa puan kena tanggung risiko tu sendiri, ok". alahai, serba salah aku. Hubby kata, takpa la biar dia yg jaga si kecik tu kalau masuk wad. Last2 aku cakap kat doc "okey la".

Pas daftar, terus masuk wad. Mula2 nak booking two beded room, tapi penuh laks... terpaksa la masuk yg four beded. takpe la, sama je... Bermula la episod "Faris Masuk Wad"....

to be continue.... hehe

2 comments:

nABiL said...

la...yeker???erm..asik sakit je si faris ni..xpe..org ckp..lau kecik2 ni die sakit..besar2 die jrg dpt sakit..hehhe..tu org ckpla.bukn kite:-)

*S*A*L*W*A* said...

tu la pasal. bada dia x kuat, sama cam ummi dia, senang dapat sakit :) mudah2an cenggitu la hendaknya...