Wednesday, June 15, 2011

“Herm, dah agak dah…”

Di suatu pagi yang tak berapa nak suam-suam kuku kerana cuaca mendung. Baru lepas dari gerimis mengundang…

Kelihatan seorang ibu muda (muda ker????) berbaju putih bunga2 oren dan bertudung oren striking (motip??? Saja nak bagitau) sedang terkoncoh2 berjalan.

Di kiri dan kanan bahunya menyandang beg galas dan tas tangan.

Sambil dia memimpin tangan anak lelakinya untuk dihantar ke taska.

Setibanya di taska…

“cepat, ummi dah lambat ni…” sengaja digesa anaknya supaya bergerak pantas.

Selepas selesai menghantar anaknya ke taska, terus dia berjalan menuju ke pintu masuk pejabatnya…

Tiba-tiba terdengar satu bunyi…. Kelekang kelekang kelekang…

Bunyi itu seakan mengekorinya…

Ditoleh kiri dan kanan, tiada sesiapa.

Maka dia mempercepatkan hayunan langkahnya.

Makin cepat dia melangkah, makin jelas kedengaran bunyi tersebut.

Dengan serta merta mukanya menjadi merah padam…

Namun, dia cuba berlagak biasa…

Setibanya dia di ruang kerjanya, terus dia menanggalkan sepatunya…

“Herm, dah agak dah…” (sila baca dengan nada yang bersahaja seperti Mail dalam citer upin ipin)

Rupa-rupanya tumit kasutnya telah pun pecah, menampakkan besi. Yang menyebabkan terhasilnya bunyi ‘kelekang kelekang’ terbabit…


*Sabo jek la… tumit kasut cheq dah pecah… malu nak jalan ha… asyik dok berbunyi 2 lak… adeh…

*ye ye je dok wat cerita, padahal nak bagitau tumit kasut pecah je… hahahaha

4 comments:

Ena said...

HEHEH..
TAK PE.. LEH BELI YG BARU.. LALALA..

SAMA PLAK COLOR BAJU KITA ARINI.. OREN.. NGEEEEEE..

Hanis Azla said...

pemberitahuan yg kreatif tu.. nmpknya esok ada org pakai kasut baru kepejabatlah yer..

-Sara- said...

ahahaha..ingatkan ape bendelah tadii :D

Mek Rose said...

eheheh terbayang2 lagi suara si mail cakap..Hmm dah agak dah..kekekeke