Friday, September 4, 2009

Sakit kaki, tangan & mulut...

Malam semalam bawak si kecik tu gi klinik... tujuan asalnya nak amik ubat untuk lidah dia yg jadik putih2. so, masa tengah tunggu giliran tu, aku tergerak hati nak belek2 kaki anak aku sebab pengasuh dia kata kat punggung dia naik cam biji2 berair. risau gak aku, alahan ke anak aku nih... bila belek je tapak kaki, nampak le cam biji2 berair kemerah-merahan kat tapak kaki dia. pastu tengok kat tapak tangan pun ada. Ya Allah, anak aku kena campak ke? risau aku.

aku panggil husband & tunjuk kat dia. husband pun suspek cam campak. then masuk bilik doktor. mula2 cakap pasal lidah anak aku. doc kata jadik sebab susu, so dia akan bagi ubat titik. then bila tanya pasal biji2 berair tu and tunjuk kat dia, dia kata "ni sakit tangan, kaki dan mulut ni..." terkezut aku dengar. kutip dari mana la pulak...

doc tanya, hantar anak ke taska ke? hubby kata "tak, rumah orang". doc kata maybe berjangkit dari budak2 yang dihantar ke situ jugak.. herm.. sabo je la...

yg aku leganya doc tu kata x bahaya, maybe dalam 5-10 hari akan sembuh sendiri sebab setakat ni penyakit ni xde ubat yg khusus & xde vaksin utk elak penyakit nih...

semalam ngan hari ni hubby aku jadi "mangsa" la, kena amik cuti sebab aku xleh nak cuti. maklum la, baru je lapor diri tempat baru, tak kan la dah nak apply cuti pulak kan.. nampak cam x sesuai gitu... haha... for next week, x tau lagi camna... mudah2an anak aku cepat la sembuh... amin...

No comments: