Monday, December 24, 2012

Perbualan seorang Lelaki Inggeris Dgn Pak sheikh




Seorang lelaki Inggeris datang ke seorang Sheikh dan bertanya:

Mengapa tidak di bolehkan dalam Islam bagi perempuan

untuk berjabat tangan dengan seorang lelaki?

Sheikh menjawab: Dapatkah anda berjabat tangan dengan

Ratu Elizabeth?

Orang Inggeris berkata: Tentu saja tidak, hanya ada orang-

orang tertentu yang boleh berjabat tangan dengan Ratu Elizabeth.

Sheikh menjawab: Wanita kami adalah ratu dan ratu tidak

berjabat tangan dengan lelaki-lelaki asing ( bukan muhrim)


Kemudian lelaki Inggeris bertanya lagi: Mengapa gadis-gadis Muslim

menutupi tubuh mereka dan rambutnya?


Sang Sheikh tersenyum dan mengambil dua gula-gula, ia membuka yang pertama dan yang lain dibiarkan terbungkus. Dia melemparkan keduanya di lantai berdebu dan bertanya pada orang Inggeris itu:

Jika saya meminta anda untuk mengambil salah satu gula-gula, mana yang akan anda pilih?


Orang Inggeris menjawab:

Tentu saja yang tertutup.


Sheikh mengatakan:

Itulah cara kami melihat wanita di Islam.

Dengan pakaian menutupi aurat, darjat perempuan Islam lebih baik daripada tidak tertutup.


[✔] Sekadar ingat-mengingati sesama kita. Jom perbaiki diri..

--------------------------------------------------------------------------------


1 comment:

mamalieyna said...

herm.... bagus betul jawapan dia..

muhasabah diri jom..