Erm, setelah bercuti 2 hari (eh, silap tu... sehari setengah) banyak betul cerita yang saya ketinggalan. Memang jenuh la nak jenguk. Tapi tak pa, slow2... hehe
Ekceli saya apply cuti untuk hari Khamis sahaja. Tapi, petang Selasa lepas masa saya ambil Faris dari taska saya dah nampak dia lain macam je. Saya pegang dahi & leher dia, suam-suam. Faris pun nampak lesu & tak bermaya je. Masuk dalam kerata dia duduk kat seat belakang sorang2.
Sepanjang perjalanan balik tu dia diam je. Kalau tak, mulut riuh... Menyanyi la, tepuk2 tangan la. Saya bagi susu dia baring je... Lebih kurang lagi 200 meter nak sampai rumah, Faris muntah2. Malam tu dia demam, badan panas sangat2. Letak ubat bont*t pun, lepas sejam baru turun sikit suhu badan.
Esoknya tu (Rabu), masa saya nak bagi makan ubat, nampak kat lidahnya banyak sangat tompok2 kecil warna merah (macam ulser). Dalam hati saya dah syak dia dijangkiti wabak penyakit kaki, tangan dan mulut(klik sini untuk info). Sebab kat taska dia dah ada budak yang kena. Bilik baby pun dah ditutup untuk kerja pembersihan (daripada 15 baby, 2 org je yang tak kena). Cuma bilik toddler je yang masih dibuka.
Pergi klinik, memang sah la dia kena. Tapi kat tapak tangan & kaki baru naik sikit2. So, saya terpaksa la amik cuti jugak hari Rabu tu sebab doktor tak bagi hantar ke taska, takut merebak.
Hari ni dia dok ngan abah dia lak. Ntah camna la keadaan dia sekarang ni.
Semalam setengah jam jugak la dia mengamuk & menangis sampai mati kutu saya & hubby dibuatnya. Akhirnya letak dalam buai baru dia tidur. Tu pun 15 minit je. Terjaga, sambung nangis pastu terus bangun dari buai. Bagi tido atas katil...
Susahnya la hati saya ni. Dia tak nak makan & tak nak minum susu langsung. Bagi dalam cawan pun tak nak. Nampak botol susu, macam nampak hantu je... Terus menjerit "amau (tak mau)" sambil nangis2 & tepis2 botol tu. Muka pun dah nampak cengkung. Dah 2 hari dia berperangai macam tu.
Maybe sebab ulser yang penuh dalam mulut dia tu, pedih sangat. Kadang2 dia macam dah tak tentu arah bila sakit.
Macam mana la next week ni. Kalau tak baik jugak jenuh nak aplly cuti. Dan yang saya risaukan bilik toddler kat taska tu tak dikuarantin untuk kerja pembersihan. Sepatutnya kena la tutup 1 taska tu, bersihkan betul2...
Kalau anak saya dah baik sekalipun, risau je rasa hati ni nak hantar dia ke situ... Ye la, kalau bilik tu tak dibersihkan betul2 kemungkinan nak dijangkiti balik tu mestilah ada...
Ini la cabaran dalam menjadi ibu bapa kan... Kalau hidup ni tak ada cabaran, macam kosong je la hidup ni...
Ok la, membebel je pagi2 ni. Kalau ada masa nanti saya jengah2 la blog kengkawan. Mana yang sempat saya tinggalkan jejak tu ada la. Mungkin juga saya just baca ye.... Ok la, daaaaaa....
Selingan:
sumber.
Lebih kurang jadi camni la. tapi faris tak jadi di sekeliling mulut, ulser dlaam mulut je...
15 comments:
salam ziarah
siannya anak..mesti nak minum susu susah sebab sakit,semoga dia cepat sembuh
sian faris,camne dia skang, takpe lama2 ilang..damia pun penah kena masa baby, mmg sian, air liuh leleh jewww, moga faris cpt sembuh..
issh siannye faris...tu yg susah dok taska ni ye..penyakit mudah merabak n berjgkit..siannye..
hope faris makin ok ye, cepat baik...susah hati kita kan..dia takmo mkn/minum pulak..
hye..salam kenal
siannyer...scarykan bebudak kene camni...ape la yg diowang taw kecuali mengaduh sakit je...harap cepat sembuh ye
kesiannya faris..sekarang ni musim penyakit tu yek kat putrajya..takut plak..mintak dijauhkan..hope fariz dah makin ok sekrang.
Adlina:
Salam. Thanks sudi singgah.
Tu la, tak sampai hati tengok dia tak boleh makan & minum... Mudah2an gitu la... Tq...
Aleeya:
Dah ok sikit la ulser dalam mulut tu, tapi still tak mau minum susu & makan. Harap2 begitu la. Thanks ya...
Mamalieyna:
Tu la, risiko dok kat taska... Tapi tak dak choice dah. Pengasuh hari tu sal tak jadi nak hantar sebab tak berapa berkenan lak...
tu la akak, rasa macam nak nangis je bila dia takmau minum susu... adeh...
iManja:
Hai, salam kenal jugak...
Tu la, anak saya tu just nangis & tunjuk2 kat mulut je la. Kita nak tolong pun tak tau macam mana. Boleh sapu ubat je la... :(
Cik Yah:
Tu la, musim la pulak kat sini sekarang ni. Dah ada beberapa taska yang kena tutup. Tapi kat sini dia tutup bilik baby je. Patutnya tutup satu taska bersihkan betul2...
thanks...
siannya kat faris.. sakit tu.. kita yg kekadang ada mata ikan tu sikit pun pedih inikan pula penuh mulut.. kesiannya.. bg dia minum air suam banyak2 ye sal..
moga farish cepat sembuh ye..
banyak jgk dia kena tu..mmg nursery/taska tu x jaga kebersihan sgt la tu..dulu anak sy penah kena gak, tp sy lupa sy buat mcmane hehhe
haaa..cuma yg bernasib baik, anak sy x kena ulser kt mulut..so dia boleh la mkn minum ngan baik..dia kena tapak kaki ngan tgn je..agaknya cepat p jumpa doc kot
Kak Ena:
Tu la, tambah tengok dia cengkung je, muka pun dah pucat... sian sangat...
Thank ya...
Eliza:
Tu la, member office say yang hantar anak ke situ pun dah pindahkan anak dia ke taska lain. Tapi susah la nak cari taska lain lak plus kesian pulak anak nak sesuaikan diri...
ye ke... mungkin la ikut budak2 jugak kot. ada yang naik dari dalam mulut dulu, tu yang banyak ulser dalam mulut tu...
Post a Comment