Monday, September 28, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Rasanya belum terlambat nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Mohon maaf atas segala kesalahan. Erm, balik kampunr hari tu terasa malas nak jengok blog nih... salah satu sebab adalah aku x berapa sihat... batuk & selsema. x syiok langsung nak beraya... si kecik tu pun sama la macam aku, batuk & selsema. pehtu, broadband kat kampung punya la slow... biasa la, ramai yg guna... herm... xdak mood trus.

tahun ni x banyak sangat pun gi beraya, pi rumah sedara mara dua2 family je la. member suma dok jauh sgt... tahun ni macam x berapa nak syiok je... pasai pa ntah... aku x pulun pun makan kuih raya. slalunya, aku la yg dok perabih kuih raya yg ada kat rumah... haha... ketupat ngan lemang pun makan sikit je. nak makan banyak x berapa sihat. takut gak... dah habih ketupat ngan lemang baru rasa nyesal x makan banyak2... hehe

raya ke-6 buat makan2 sikit sempena besday mak aku... x amik gambar pun sebab bateri kamera habis.... so x dak la gambar yg berkenaan...

gambar raya nanti aku upload kemudian....

Wednesday, September 16, 2009

X sihat...




hari ni jari jemariku x terasa nak menaip2 sebenarnya sebab aku tak berapa nak sihat... since last week aku sakit tekak, tapi malas ah nak gi klinik.... nanti bukan makan sanagat pun ubat, membazir duit je... tapi memandangkan aku rasa x larat giler hari ni, macam nak demam je (sakit2 satu badan), aku pun mesej hubby mintak tlg hantar gi klinik... dlm kul 11 japgi kot dia sampai. so, sementara nak tggu dia sampai aku pun paksa la jugak jari aku ni menaip. sejuk giler kat opis ni sampai kebas kaki & tangan aku.

takut x dapat nak teruskan je puasa hari ni. pagi tadi pun sahur makan roti arab cicah sambal sardin je. nasik memang la x lalu...

(masa ni aku kesejukan di tahap maksima, macam nak membeku je...)

ok la, dah malas nak menaip lagi. chow chin chee...

Tuesday, September 15, 2009

Penat & letih serta kisah kembar sepasang...

letih arr..adehh Pictures, Images and Photos
nape ntah minggu ni aku rasa letih sesangat. kalau x tgh hari jarang sgt aku tido, tapi sejak last week aku asyik tido je waktu lunch. semalam hampir2 ke klinik utk amik mc gara2 terlalu penat sampai rasa sakit2 1 badan. herm, nak kata berjaga malam, dah kurang sebab si kecik tu skrg dalam 2 ke 3 kali je jaga nak susu.

napa ye? mungkin sebab puasa kot. aku skrg ni sahur makan biskut kering cicah air vico je. yg tu je la yg tertelan. nasik langsung x lalu. tapi still bangun utk sediakan sahur buat suami terchenta... hehe.

petang ni berbuka kat cyberview... hehe. so, rileks la sket. cuma terlepas la wadi unung ptg nih.. hehe. erm, cepat la kul 5. aku dah x larat giler nih. keja x la banyak sgt pun, tapi letih semacam je. ngada2 tul aku ni... husband kata aku ni ikut sangat rasa penat tu, tu yg asyik x larat je. maybe jgk le sbb bila aku sesaje buat2 sibuk, lupa seketika aku pada rasa penatku... hehe...

jam baru 4.40 ptg...herm

pagi tadi baca paper terpandang satu berita yg skolah boleh amik cuti awal guna cuti peristiwa atau ganti cuti. maknanya, jumaat ni sure la ramai yg balik kampung... adoi la, sure jamm teruk. x plan pun lagi nak balik kul brapa. harap2 jangan la jamm teruk cam tahun lepas. x sabarnya nak balik kampung... hehe

semalam aku dapat mesej dari member lama, chon... dia dah selamat bersalin. dapat kembar sepasang lak tu... huhu. beshnya dia... sekali bersalin je dah complete... sonok kan... balik kampung nnt nak gi jenguk dia la... untungnya baby dia, sure dapat banyak duit raya...

dulu ada gak teringin nak anak kembar sepasang nih, sebab ayah aku merupakan kembar sepasang. org kata peluang tinggi utk hamil kembar. tapi bila dipikir2 & dicongak, rasa cam x mampu je nak jaga nnt. biar la, hanya insan terpilih je yg boleh dapat baby kembar nih... hehe.

Monday, September 14, 2009

Harapan Ramadhan dan Kenangan Ramadhan tahun 2002

ops, lupa lak aku nak letak lagu nih... dah akhir2 puasa ni baru teringat... apa la aku ni..

sebenarnya bila dengar lagu ni aku teringat pengalaman masa aku kat tingkatan 5. masa tu amik SPM dalam bulan posa. so, kena sahur & berbuka kat asrama la. (aku dok asrama dari form 1 sampai form 5). masa tu budak2 asrama boleh kuar ke pasar ramadhan hari sabtu je.

nak dijadikan cerita, pada suatu hari yg tenang (hehe) aku ngan beberapa org kawan seasrama aku bercadang utk ke pasar ramadhan yg terletak beberapa kilometer dari asrama sekolah. aku x ingat hari apa tapi hari tu bukan hari sabtu sebab kami telah 'fly' beramai2... hehe... (kenakalan di zaman remaja).

masa tengah dok sibuk memilih juadah berbuka puasa, ntah camna mata aku terpandang kelibat ketua warden asrama (Ustaz Ismail namanya). berderau je darah aku. gila... aku pun dengan pantasnya memberi isyarat kepada rakan2ku yg lain. apa lagi, buka langkah seribu la kami... haha. nasib baik la ketua warden asrama tu x nampak. kalau tak, naya aku, dah le pengawas asrama... ni pengawas ke mawas nih??? haha.

sempat la jugak aku beli murtabak 1... niat di hati nak beli kuih, tp x sempat.. haha

dalam perjalanan balik tu, tetiba je hujan lebat mencurah2... habis basah kuyup kami semua. nasib la ada jalan lain yg x payah lalu depan asrama lelaki. sampai je semua terus mandi, takut demam... ye la, kang xleh amik exam lak...

memang sampai sekarang, kalau dengar je lagu ni memang aku akan terkenang kisah ni... banyaknya kenangan zaman remaja... semuanya manis untuk dikenang...

ok la, enjoy ya...



** lirik x yah taip dah sebab dah ada dalam video... hehe

Adoi la...

pagi-pagi lagi dah fenin... pengasuh si kecik tu nak cuti start hari rabu nih... erm, nak hantar ke mana la si kecik tu. ingat nak hantar ke taska je 2 hari tu... nasib baik jumaat memang aku amik cuti... yg aku risau ni kang hantar taska dia dok kutip sakit lagi pulak... jangan la hendaknya. nak raya ni x best la kalau dia x sihat...

aku nak amik cuti pun xleh sebab cuti aku kalau tolak cuti raya yg aku amik ni tinggal lagi sehari je... kuang kuang kuang... herm, tawakkal je la... mudah2an Allah memelihara anak aku dari sebarang penyakit... amin...

Friday, September 11, 2009

Kenapa ya???

Aku selalu tertanya, kenapa kadang2 tu apa yg aku nak sangat2 aku x dapat, tapi apa yg aku x nak, yg tu la yg aku dapat... so, jawapan kepada persoalan aku ialah :


renung-renungkan... mungkin kadang2 kita rasa macam hidup ini tak adil pada kita. tapi sebenarnya ALLAH itu Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hamba2nya. justeru, bersyukurlah dengan apa yg kita miliki hari ini. mungkin ada org yg lebih teruk dari kita... Wallahu'alam...

Thursday, September 10, 2009

sakit pala...

dua tiga hari ni kepala aku asyik sakit je... banyak beno perkara nak dipikio... adus, cam nak meletup je kepala nih... xpe, mggu dpn cti seminggu, balik kampung... nak rest pala otak ni puas2...

kedah.... aku cabar kau... haha (dialog dalam KL menjerit)

x sabo nak balik kampung... tambah lak skrg ni ptg2 kul 6 dok tengok wadi unung, memang teringat je kat kampung... aduhai la...

Wednesday, September 9, 2009

RINDU.....

huhu...
rindunya aku kat opis lama... betapa bestnya la opis lama. member pun ramai. bukan macam kat sini. aku dok sorang2 ngadap komputer ni, komputer ni ngadap aku. macam kera sumbang daa... kera pun x sumbang camni... haha...

jgn nanti aku jadik mereng cakap sorg2 sudah...hehe

Nak cerita apa ye...

ekceli x tau nak cheta apa lak kali ni. tapi jari jemariku ini terasa gatl je nak menaip... mungkin disebabkan aku keboringan di tahap melampau. x tau nak buat apa. bos cuti hari ni. nak menyembang, xdak member kat sini. so, sembang la aku ngan komputer ni. tapi sembang pakai jari je la. kalau sembang guna suara x pasal2 nanti org kata aku gila pulak... hehe

herm, cepatnya masa berlalu. minggu depan dah nak raya. rasa cam baru je puasa. tahun ni cam x berapa terasa nak beraya lak. x tau la kenapa. baju pun ada sepasang je, tu pun x tau la dah siap belum. Pagi tadi aku call mak tanya, mak kata belum siap lagi. adui, geram tul aku ngan tukang jahit kat kampung tu. pasni jgn harap la aku nak tempah kat dia lagi. bayangkan la, aku bagi baju tu masa bulan 6 hari tu. aku dah cakap nak amik pertengahan bulan 8. tup2 aku balik hari tu dia kata x siap lagi. kain pun belum potong... sabo je la...

la, apasal lak aku crita pasal raya nih... hehe

Tuesday, September 8, 2009

Winter sonata - Sonata Musim Salju

herm, masa tengah dok search video clip lagu yg aku suka kat you tube tadi terjumpa la video clip nih... aku pernah upload dalam blog aku aritu, tapi lagu korea la... ni lagu versi melayu nyanyian Hazami. so, tangan ni rasa gatal nak letak video clip ni pulak.... hehe.

apasal ye aku asyik cerita pasal lagu je minggu nih? sebabnya aku tengah keboringan sebab keja x banyak. maklum la, baru pindah. dia suh aku rehat puas2 dulu sebelum aku dikerjakan cukup2.... hehe

bila dengar lagu ni, teringat zaman skolah menengah dulu. lagu ni quite famous la jugak. aku la salah sorang yg suke lagu nih... herm, banyaknya kenangan lagu ni... aku ingat lagi, someone pernah buat permintaan lagu kat radio dan tujukan lagu ni untuk aku sempena birthday aku... so sweet... hehe. secebis kengan lama...



Sonata Musim Salju

Saat ku merindukan dirimu
Jiwa meronta kau ku damba
Oh gerhanalah seluruh pancaindera

Ku hilang dalam memori cinta
Membakar seluruh jiwa raga
Hanya kau untukku
Kau tiada dua

Bagaikan siang tiada mentari
Bagai malam tiada cahaya purnama
Tanpamu tiada erti hidup berdua
Ke akhir masa kau ku cinta

Bagaikan syurga tanpa bidadari
Kau ibarat hembusan nafas terakhir
Pulanglah sayang usah kau berpaling
Di sini ku pasrah menanti

Dikau bak salju ditiup bayu
Kan rebah di pangkuan bumi
Ku yakini kasih
Restu Illahi

Ku doa kau hadir
Permaisuri mahligaiku
Hidup mati cinta kita bersama

Monday, September 7, 2009

Layan je la...

ni video kedua pilihan aku. sesuai la utk mereka yg tengah bersedih-sedihan (perosak bahasa) ditinggalkan kekasih hati... hehe. lagu ni pun very touching... boleh nangis kalau hayati lagu ni... (ye ke?? org yg kata la... bukan aku..). so, apa lagi, layan je la...



KAER - IZINKU PERGI

Sinaran mata cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam

Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya abadi kasih kita
Kau bawa bersama

Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga selamanya

Pergilah rinduku hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung derita dikalbu
Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku

Tersemat jiwa setia bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu tahunnya
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga selamanya

Pergilah rinduku hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung derita di kalbuku
Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku
Membara kerana dia tiada niatku…
maafkan daku duhai kasih izinkan ku pergi…

Video klip pilihan : Cinta dalam hati (by UNGU)

inilah video yg menjadi pilihan aku minggu ni... lagu & liriknya sangat menyentuh hatiku, sebab ada la sket sama macam kisah hidup aku dulu-dulu... hehe... ok la, enjoy ya...




CINTA DALAM HATI - UNGU

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa dicintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dalam hidupmu, dalam hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku mencintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku


Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga ujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja

Friday, September 4, 2009

P.T.K

tadi aku baru je check result PTK aku... hua hua hua... dapat aras III lagi... aduh, malas betul la cenggini, tension. patah hati rasanya. seb bek aku x beria2 sgt study. (memang padan la dapat result cenggini... haha). rasa macam malas dah nak amik lagi... lagi pun next PTK format dia dah lain... tapi dalam Islam kata tak baik berputus asa. so, kuatkan semangat, cuba la ok... hehe

baru je semangat nak amik lagi, tengok2 tarikh tutup permohonan utk next PTK dah pun lepas. haha. nampaknya aku kena tunggu next year la. lagi pun tarikh exam tu jatuh pada hari aku kena bawak si kecik tu utk check up kat klinik. kira ok la kot... x le nyesal... haha

Sakit kaki, tangan & mulut...

Malam semalam bawak si kecik tu gi klinik... tujuan asalnya nak amik ubat untuk lidah dia yg jadik putih2. so, masa tengah tunggu giliran tu, aku tergerak hati nak belek2 kaki anak aku sebab pengasuh dia kata kat punggung dia naik cam biji2 berair. risau gak aku, alahan ke anak aku nih... bila belek je tapak kaki, nampak le cam biji2 berair kemerah-merahan kat tapak kaki dia. pastu tengok kat tapak tangan pun ada. Ya Allah, anak aku kena campak ke? risau aku.

aku panggil husband & tunjuk kat dia. husband pun suspek cam campak. then masuk bilik doktor. mula2 cakap pasal lidah anak aku. doc kata jadik sebab susu, so dia akan bagi ubat titik. then bila tanya pasal biji2 berair tu and tunjuk kat dia, dia kata "ni sakit tangan, kaki dan mulut ni..." terkezut aku dengar. kutip dari mana la pulak...

doc tanya, hantar anak ke taska ke? hubby kata "tak, rumah orang". doc kata maybe berjangkit dari budak2 yang dihantar ke situ jugak.. herm.. sabo je la...

yg aku leganya doc tu kata x bahaya, maybe dalam 5-10 hari akan sembuh sendiri sebab setakat ni penyakit ni xde ubat yg khusus & xde vaksin utk elak penyakit nih...

semalam ngan hari ni hubby aku jadi "mangsa" la, kena amik cuti sebab aku xleh nak cuti. maklum la, baru je lapor diri tempat baru, tak kan la dah nak apply cuti pulak kan.. nampak cam x sesuai gitu... haha... for next week, x tau lagi camna... mudah2an anak aku cepat la sembuh... amin...

Thursday, September 3, 2009

Dah pindah

Semalam aku melapor diri kat tempat baru... erm, ok la jugak kat sini. tapi office lama still the best. boring sebenarnya, x dapat tempat lagi. ni pun menumpang tempat orang je... komputer pun x dapat lagi. mujur la ada lap top nih. x le boring sangat. tak jumpa new bos lagi sebab dia masih bercuti. khabarnya bos aku seorang perempuan. kus semangat aku dengar. suspen je rasa... hehe...

herm, pasni walau apa pun yang terjadi, aku kena kuatkan semangat aku. hidup mesti diteruskan. yang penting, aku keja dekat ngan rumah, suami & anak. apa2 senang... aku dah pikirkan beberapa alternatif andainya bos aku nanti x seperti yang diharapkan. so, wait & see la nanti...

Good bye kpkk & welcome agc... hehe

APA PUN YANG TERJADI, BERJALAN LAH TANPA HENTI...