Tuesday, May 31, 2011

Terkezut ai....

As-salam...

Dah lunch ke kawan2 semua??

Saya Alhamdulillah, dah makan tadi...

Herm, pagi tadi masa on da way nak ke office dengar la kat radio Hot.fm topik pasal bil elektrik...

Terus le teringat kisah last week...

Macam biasa balik je kerja check la mail box kot2 ada surat ke... Tengok2 ada bil air... Sambil jalan sambil dok tengok bil...

Sekali terkezuttttt mak....


Pandang lagi sekali bil tu... Cuba tengok kot2 ada tunggakkan... Tapi tak ada pulak tunggakkan...

Biar betul... Seumur hidup tak pernah lagi la dapat bil cenggini...

Tau berapa??? RM98.90. Tenyeh mata 2,3 kali kot2 mata tersilap tengok... Kot2 sebenarnya RM9.89 ke... (org lain bil lagi tinggi tak kecoh pung... hehe)

Rupanya memang amaunnya adalah 90 lebih...

Rasa nak pengsan pun ada. Sebelum2 ni tak pernah lagi la lebih daripada dua puluh ringgit.

Walaupun basuh baju 2 hari sekali pun tak dak la semahal ni...

Then, baru teringat... Masa cuti hari buruh ritu, hubby kata paip air sinki kat toilet tingkat atas tak bertutup.

Pulak tu bilik air tu jarang kami guna, kecuali ada tetamu yang duduk kat bilik tidur yg kedua & ketiga tu...

Entah berapa hari air tu dok mengalir tak tau la. Hubby kata penuh sinki sampai melimpah...

Saya syak dah 2 hari air mengalir non stop. Just imagine la...

Ni semua tak lain tak bukan kerja si Faris la ni... Adeh... Sabo je la...

Pas ni memang kena kunci la bilik tido dua2 tu... Bilik air tak leh nak kunci sebab tombolnya jenis tak ada kunci boleh buka kalau kita kunci dari dalam...

Faris oh Faris....

Dan tadi dah selamat bayar bil tu... huhu... Nasib baik si abah yang bayar bil... Selamat duit ummi... hehehe

Moral of the story:

Jangan biar anak2 main air dalam toilet sorang2...

Monday, May 30, 2011

Pengalaman kali ke-2 .... Part II

Sambungan entri sebelumnya…

Setelah berbincang, kami sepakat la nak balik dulu. Sebab rasanya baik saya dok berehat kat rumah. Mana la tau kan, ada kekosongan nanti.

Mesti ada yang keluar wad tengah hari tu kan… hehe

Bukan apa, kalau apa2 senang hubby nak berulang alik sebab dekat ngan rumah. Macam Hospital Kajang tu jauh la..

So, kami pun cakap la keputusan kami kat doktor. Then doktor suruh tandatangan satu surat ni, yang mengatakan kalau jadi apa2 kami yang tanggung risikonya.

Pas sain surat tu, doc pun bagi la beberapa nasihat ‘Kalau puan rasa sakit nak bersalin nanti terus datang sini ye… bla bla bla…’

So, kami pun terus balik rumah. Singgah jap makan tengah hari. Hubby sorang je yang makan nasik. Saya dah tak ada selera masa tu. Just makan buah & kuih aje…

Balik rumah, rileks2 jap. Dalam kul 2 saya ke toilet, tengok2 ada darah kat suar kecik.. hehe.

Dalam kul 4 lebih rasa sakit balik. Kali ni memang sakit kerap2 la. Bagitau kat hubby. Saya cakap kali ni rasanya memang nak bersalin dah ni.

Dia tanya nak pergi sekarang ke? Saya cakap lepas Asar la pergi. Pas mandi & solat, siap2 nak ke hospital. Masa tu hujan lebat.

On the way ke hospital hujan dah reda. Terus cakap kat hubby ‘Nak singgah pasar tani tak??’. Sebab kat Putrajaya ada pasar tani hari tu (hari Selasa).

Terus singgah pasar tani. Tapi saya dok dalam kereta je. Dah tak leh nak jalan. Rasa tak larat masa tu. Pesan apam balik je.

Sambil dok tunggu sambil tahan sakit. Mulut tak henti2 dok beristighfar & baca Doa Nabi Yunus dalam perut ikan nun…

Hubby sampai terus bagi apam balik suh makan. Saya letak tepi. Tak lalu lak rasa. Dia suruh makan jugak. Katanya nanti takut tak ada tenaga. Saya cakap ‘nanti la’.

Sampai hospital, macam pagi tadi jugak. Wad penuh…

Pastu doktor check semua…

Doktor (yang pagi tadi) : Eh, puan Salwa.

Saya : senyum je… (dalam hati :'ingat lagi doc ni kat budak degil takmo pi Hosptial Kajang ni yeh…')

Doktor : Contraction puan kuat ni (sambil tengok CTG baby). Nanti saya check jalan ye… Erm, dah 4 or 5 cm nih…

Terus panggil nurse…

Doktor : Ok puan, saya nak pecahkan ketuban ye…

Masa tu dalam kul 6.40 petang kalau tak silap.

Pas pecah ketuban & masuk ubat untuk membuang, saya pun pergi la ke toilet... Memang memulas2 la perut.

Masa faris dulu takdek la pulak saya membuang pas doc masukkan ubat tu. Kali ni memang sampai rasa nak meneran la…

Takut je ter’teran’, kang baby jatuh dalam lubang toilet lak… hehe

Dah settle semua, nurse suh masuk labour room. Tukar pakai uniform khas.

Baring atas katil. Memang sakit tak tertahan la masa tu. Makin lama makin sakit.

Doc tadi tu masuk nak cucuk tiub kat tangan tu.

Doktor : Kenapa puan, dah rasa nak meneran ke??

Saya : A ah… (sambil angguk2)

Doktor : (Dengan muka yang cemas) Nanti dulu puan, barang2 tak ready lagi ni… Tahan sekejap ye…

Terus doktor tu panggil nurse suruh prepare barang2. Saya yang dah tak tertahan ni mintak la ubat tahan sakit…

Nurse tu suruh sedut oksigen tu je.. Oksigen pun oksigen la… Dalam kul 7.15 camtu saya nampak lebih kurang 3 orang nurse dan 2 orang doktor mengelilingi saya…

Then semua dok bagi galakan suh saya push… Then, kepala baby dah kuar baru diaorang perasan yang diaorang lupa nak panggil hubby saya masuk.

Kelam kabut doc tu jerit “Panggil suami dia…”. Hubby masuk je doc cakap “Suami, bagi support kat wife awak.."

Saya masa tu rasa nak cepat2 je kuarkan baby tu. Sambil2 tu tengok jam kat dinding (sempat lagi wei… hehe)

Bukan apa, target nak bersalin sebelum masuk waktu maghrib. Sebab kalau dah masuk waktu maghrib, dalam Islam dah kira masuk hari esoknya iaitu 13 Rabiulawwal.

Walaupun rasa cam dah tak ada tenaga masa tu sebab tak makan nasik langsung hari tu, saya kuatkan jugak semangat.

Bersalin kali ni baru la terasa ‘sakit’ yang sebenar… Sebab tak bius ubat tahan sakit langsung… Memang rasa la perit sket… hehe

Tambah pulak yg 2nd ni doc cakap baby saya panjang (tinggi) rasa cam lambat tul nak keluar habis.Dalam hati dok cakap ‘tak habis lagi ke…’.

Masa tu dah start rasa letih. Nurse suh saya pegang betis & tarik sekuat hati.

Alhamdulillah, jam 7.23 petang selamat keluar baby…

Doc tanya hubby saya, nampak tak jantina baby... Hubby cakap 'nampak'. Pastu terdengar hubby bisik kat telinga 'perempuan'... Terus saya tersenyum.. hehe

Doc letak baby atas dada saya dan suruh saya peluk baby. Dengar je suara baby nangis terus dalam hati ucap ‘Alhamdulillah…’

 Fresh dari ladang... hehe

Lega rasa masa tu. Cam baru lepas sembelit… hahaha

Dalam keadaan menggeletar tu saya peluk baby kuat2… Masa tu tuhan saja yang tahu betapa rasa lemah & sejuk sangat2.

Then, nurse amik baby & pergi cuci. Tinggal saya ngan sorang nurse ni, dia dok check luka saya.

Nurse : Luka sikit je ni. Tak sampai pun 1 cm.

Saya : Kalau tak jahit boleh tak?

Nurse : Tak boleh, kena jahit sikit ni.

Saya : Ok

Padahal dah takut sket. Nurse tu tak bius pun, terus je jahit. Bak kata orang, jahit hidup2… huhu. Maybe sebab luka sikit je, tu yang dia tak bius sebelum jahit.

Memang pengalaman la… Tapi sekejap je la kena jahit tu… Dalam seminit lebih la kot… hehe.

Dah settle semua, hubby azankan baby. Pastu nurse suruh susukan baby…

tengah azankan baby... 


Kali ke-2 melalui saat indah ini...

Duduk dalam labour room sampai nak dekat kul 10 malam jugak la sebab tak ada katil…

Kul 10 baru masuk wad. Malam tu memang rasa letih sesangat + lapar…

Esoknya dalam kul 2.00 petang dah boleh balik… Lega…

Sekarang Summayyah dah pun 3 bulan lebih... Rasa cam baru semalam je sakit bersalinkan dia...


Assalamu'alaikum semua... Nama saya Summayyah...

 
** tu la pengalaman bersalin kali ni. Alhamdulillah, segalanya berjalan baik. Tq kepada yg sudi baca entri panjang lebar nih… hehe

**kepada kawan2 yang bakal bersalin, semoga dipermudahkannya. Banyak2 selawat & baca doa nanti. InsyaAllah, akan dipermudahkan-Nya.




Pengalaman kali ke-2....

As-salam...

Dah makan lum??

Dah lama teringin nak kongsi cerita bersalin kali ni. Tapi asyik tak berkesempatan je…

Walaupun sakit bersalin sama je, tapi pengalamannya kadang2 berbeza antara seorang anak dengan anak yang lain.

Alhamdulillah, kali ni juga dipermudahkan Allah… Bersalin secara normal juga dan sekejap saja sakitnya.

Malam 14 Februari (Isnin) tu saya rasa lain macam je. Baby asyik mengeras je dari petang.

Risau jugak saya, sebab ada terbaca dalam blog sapa ntah, katanya kadang2 tu baby mengeras ni sebab air ketuban kurang.

Katanya, kadang2 air ketuban keluar sikit2 dan kita tak sedar…

Terus ajak hubby pergi klinik. Bila check doktor kata baby ok, air ketuban pun ok. Cuma ada contraction sket.

Doktor tanya kenapa tak terus pergi hospital sebab dah ada contraction. Saya cakap belum rasa macam nak bersalin lagi.

Then, doc tu kata kalau rasa contraction makin kuat cepat2 ke hospital. Saya angguk je.

Masa scan tu doc tanya, dah tahu ke jantina anak. Saya cakap belum. So, dia kata kalau masa scan nanti nampak, dia akan bagitau.

Terus rasa berdebar masa tu… Ye la, mungkin saya mengharap baby girl… Takut doc cakap ‘boy’… ha, kang terkeciwa lak… hehe

Scan punya scan, tak nampak jugak… Sebab doc kata baby tengah ‘duduk’ & tutup dia ‘punya’… Terus lega… hehe

Balik dari klinik singgah ke alamanda untuk makan2. (Masa Faris dulu pun sama gak, malam sebelum bersalin pi jalan2 kat alamanda… hehe)

Balik rumah, terus tido. Dalam kul 1 camtu terjaga sebab rasa cam contraction kuat sangat. Tapi lepas 2,3 kali hilang camtu je.

Terus tido sampai ke pagi. Lepas subuh tu (15 Februari), terasa lagi. Tapi tak la kuat sangat.

Lebih kurang kul 9.00 pagi rasa lagi. Kali ni selang 10 minit. Terus ajak hubby pi hospital. Siap2 semuanya terus menuju ke hospital.

On the way tu, singgah makan roti canai jap. (sama jugak masa nak bersalinkan Faris dulu, sempat makan roti canai).

Ramai lak orang masa tu. Kebanyakannya orang yang pergi perarakan sempena MaulidurRasul.

Sambil makan sambil dok sembang2..

Hubby : Betul ke rasa sakit nak bersalin ni?

Saya : Betul la… Awat?

Hubby : Tak nampak muka macam orang sakit nak bersalin pun…

Saya : Ya ka??? (sambil ketawa)

Ekceli, memang tak rasa sakit nak bersalin sangat pun. Cuma mungkin dok harap nak bersalin hari tu jugak (15 Februari : 12 Rabiulawal), tu yang semangat je nak ke hospital... hehe

Pas makan semua terus ke hospital.

Sampai je kat kaunter tu terpampang satu notis lebih kurang camni ayatnya:

‘Harap Maklum. Semua kelas wad bersalin adalah penuh.’

Sebenarnya ayatnya panjang lagi, tapi saya tak hengat. Lebih kurang camtu la bunyinya. Terus saya tanya hubby ‘camna nih??’

Pergi kat kaunter pendaftaran, server down lak… So, daftar secara manual.

Staf kat kaunter : Maaf puan, semua katil dekat wad bersalin penuh. Kami akan refer puan ke Hospital Kajang

Saya : Ye ke… Erm, kalau Hospital Serdang tak boleh ke? Dekat sikit dengan rumah saya.

Staf kat kaunter : Kami hanya boleh refer ke Kajang je puan. Kalau hospital lain puan kena sain satu surat, pastu kene pergi sendiri ke hospital yang puan nak.

Saya : Owh, ye ke…

Staf kat kaunter : Tapi kami akan check puan dulu la.

Saya : Ok…

Pastu saya dipanggil masuk untuk pemeriksaan…

Pas timbang berat semua, saya baring atas katil. Datang la sorang Doc perempuan ni. Lawa orangnya. Lembut je.

Kalau tak silap namanya Doc. Aliza... (maklum la, bila dah bersalin banyak urat putus... tu yang lupa tu... hehe). Lepas tanya itu ini, dia pun check la ‘jalan’.

Doktor : Erm, baru 2cm la puan. Kami refer puan ke Hospital Kajang la ye. Sebab dah buka 2cm, puan kena admit wad. Kat sini katil semua penuh.

Saya : Ye ke. Boleh tak saya bincang dulu dengan suami saya?

Doktor : Ok. Nanti bagitahu saya ye.

Pas kuar tu, saya pun bincang la dengan hubby. So, kami pun sepakat la buat keputusan…


Nak tahu apa keputusan kami??? Tunggu di next entry… hehe (ada ke yang nak tunggu salwa oiii…)

Panjang sangat dah taip nih… Nanti orang letih membaca… hehe