Monday, May 3, 2010

LE+MAS

Salam...

Hari Isnin = hari blues sedunia. Tambah saya bercuti 4 hari lagi la le+mas. Bukan lemas dalam air ke apa, cuma le+mas tu singkatan untuk 'lemau' + 'malas'... hehe

Alhamdulillah, faris dah ok sket cuma mungkin tak akan dihantar ke taska selama sebulan ni. Sekarang faris dijaga oleh pengasuh yang saya import khas dari Kedah, eceh... hehe. Sapa lagi kalau bukan adik saya yang kedua tu, Ateh... Tapi biasanya kami adik beradik yang lain panggil Uteh kat dia.

Sementara nak tunggu tawaran sambung study, mintak tolong dia jagakan sekejap la si Faris tu. Faris pun bukan main lagi bila Uteh dia ada...

Kalau saya suruh dia panggil uteh dia, dia akan naik ke tingkat atas, pastu ketuk pintu bilik uteh dia sambil panggil "Puteh, puteh"... adeh, panggil puteh la pulak. Dah banyak kali saya betulkan "bukan putih, uteh." tapi dia still panggil "Puteh", suka betul dia sebut perkataan tu.

Tak pa la, janji nak dekat sama la sebutan tu... hehe

Oh ya, kepada kengkawan tu, saya baru sempat qado jenjalan sket2 ja. Dan tak sempat pun nak tinggalkan komen, banyak sangat entri yang saya ketinggalan. Jenuh jugak la kalau nak tinggal komen. Jadi mana yang sempat je la ye... hehe

Dah bercuti lama tu banyak la kerja menanti... Rasa macam tak cukup je cuti, sebab walaupun cuti tapi saya tetap sibuk. Kena take-over bisnes hubby semasa dia pergi berkursus. Sabtu & Ahad pun sibuk menolong hubby ngan kakak saya.

Ok la, nak celoteh panjang pun nanti merapu meraban lak. Satu badan rasa sengal2 ni. Till then, daaaaa....

Wednesday, April 28, 2010

Macam mana nak buat ya???

Salam...

Mula2 nak nangis dulu boleh tak... hehe (ni bukan nangis, ni ketawa..)

Sebenarnya saya tengah tersepit ni antara bos dan anak... Adeh, sakit pala kembali menyerang...

Alkisahnya, semalam bawak la si Faris ke klinik sebab badan dia naik balik bisul2 macam yang pernah saya cerita sebelum ni. Tapi kali ni kecil2 je, dan naik sampai ke muka.

Lepas doktor check apa semua, dia kata dapat infection (sama macam yg dulu). Mungkin melalui sentuhan (jangkit dengan budak lain), benda yg dia pegang or benda yg masuk dalam mulut dia.

Jadi, doktor tu telah nasihatkan supaya tak hantar Faris ke taska sampai jangkitan tu betul2 dah hilang sebab dia kata tak guna kalau makan ubat tapi still ke taska.

Ye la, kat taska kan dah bercampur gaul, pastu pemakanan pun kena ikut menu (buat sementara faris tak boleh makan makanan yg boleh menyebabkan gatal2, makanan yg pedas2 dan berempah).

Tambah pulak nak kena bagi antibiotik & ubat2 yg lain ikut time...

So, doktor suggest le kat saya supaya amik cuti. Tapi bukan sehari dua tau. Mungkin makan masa sampai berminggu-minggu. Cuti saya pun tinggal berapa hari je ni. Nak cuti raya lagi... hehe

Semalam minta tolong adik datang jaga, dia pulak ada test JPJ Jumaat ni. Minggu depan baru dia boleh datang. Jadinya, saya bercadang nak amik la cuti esok & jumaat ni.

Tapi kan, mulut ni berat je nak cakap kat bos bila tengok dia banyak kerja. Bila mulut dah rasa ringan, baru je saya nak cakap dia dah kena naik jumpa big bos lak. Pehtu, tadi baru je nak bukak mulut lagi, dia yang cakap dulu "Esok remind saya pasal hal... bla bla bla..."

Adeh, esok??? camna saya nak cuti ni??? Tu la, bukan senang tau nak jadi PA ni. Nak cuti pun kena tengok keadaan & jadual bos. Orang lain senang je apply cuti. Sapa kata kerja PA ni senang?? Meh ganti saya sehari dua... hehe (jangan marah aaa...)

Ok la, dah melalut ni. Sorry la, sekadar luahan hati seorang insan yang sedang kerunsingan... Ini lah cabaran seorang isteri merangkap ibu yang berkerjaya. Selalu tersepit antara keluarga & kerja...

Ada sesiapa yg boleh bagi cadangan yang bernas lagi jitu camna nak bukak mulut cakap kat bos??? Ni dah nak dekat pukul 4 nih...

Ok la, have to go... Papaiii...

Murah rezeki....

Salam...

Lambat pulak saya bersiaran pagi ni... Sebabnya tadi saya pergi Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Jabatan saya... Mula2 tu macam malas je nak pergi sebab perut cam tak sedap lak pagi ni. Tapi gagahkan jugak la diri ni.

Dan saya sangat la bernasib baik, Alhamdulillah... Sebab tergerak hati nak pergi. Tau kenapa? Masa pendaftaran tadi saya telah diberi ini:


Nak tahu apa yg ada di dalamnya???



Waa, duit belanja makan pagi + tengah hari... Tak sia-sia saya dengar kata hati... hehe.

Pastu pulak, balik kat tempat tengok2 ada nasik lemak atas meja. Ada officer yang belanja makan tengah hari ni. Pastu pulak, bos saya bagi nasik lemak yang dia dapat tu sebab dia dah janji dengan member dia nak keluar makan tengah hari ni...

So, tak yah dah turun beli nasik dan duit yang dapat tadi boleh le simpan utk belanja esok... Alhamdulillah, ini la yang dinamakan murah rezeki... Amin...

Erm, yang tu je kot yang nak diceritakan tengah hari ni. Otak tak dapat nak diperah 100% sebab tengah lapar sesangat ni. Jenguk blog Kak Ena & Dalila tadi rasa cam nak meleleh je air liur tengok gambar nasik kerabu ngan nasik lemak... Haisyh...

Ok la, till then. Daaaa