Wednesday, December 14, 2011

Rindu....

As-salam...

Waktu ni ramai yang dah balik... ye la, dah kul 5 lebih kan...

Saya??? Tunggu kul 5.30 japgi baru leh balik... pastu tunggu pulak enchik suami datang jemput...

Memang tak ada mood langsung sekarang ni... Mood balik kampung je yang tengah membuak2.... hehe

Dok menghitung hari demi hari... Rasa macam lambat betul nak jumpa hari Jumaat minggu depan...

Tak sabar nak jumpa si Abang Long Faris...

Semalam call dia... Dari mula call sampai nak end call asyik la dia dok sebut "Nak ikut ummi... nak  ikut ummi (nak balik sini)"... dah la sayu je nada suara dia...

Sedih giler rasa... dah tu sebelum letak, dua kali dia cakap "Sayang ummi, sayang ummi..." lagi la rasa sedih... Adeh...

Memang pasni tak kan bagi dia balik kampung lama2 dah macam nih... huhu

Eh, dah kul 5.30... ok la, nak siap2 & balik dah... tataaaa...

**Alhamdulillah, Summayyah dah dapat tempat kat taska bawah office saya ni... Start new year ni dia akan pindah ke sini...

**senang sikit hati, dua2 anak dok dekat... boleh la Faris tolong tengok2kan adik dia... lega....




Anak2 permata hati... ^_^

~ WW ~

Friday, December 9, 2011

Gerhana Bulan Penuh - 10 Disember 2011

As-salam...

Salam Hari Jumaat...

Entri hari ni saya nak kongsi info pasal gerhana bulan penuh yang akan berlaku esok. Ni adalah gerhana terakhir bagi tahun ini. Kalau kita terlepas, lagi 3 tahun baru dapat tengok lagi... So, esok ramai2 la kita teropong bulan ye... hehe

Kat bawah ni ada sedikit info pasal gerhana bulan yang akan berlaku esok. Saya C&P dari sumber ini.

---------------------------------------------------------------------

Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.


Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):


Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37

Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11

Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29

Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36

End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45

Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04

Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30


Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.

Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Okt 2014 untuk Gerhana Penuh Bulan yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur). Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 Apr 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit.


Oleh itu jangan lepaskan peluang menyaksikan KESELURUHAN fasa Gerhana Bulan Penuh malam esok.

Selamat Mencerap Gerhana!
--------------------------------------------------------------------------------