Wednesday, May 4, 2011

Mei oh Mei....

As-salam...

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Mei kan... Sekejapnya masa berlalu.

Masuk bulan Mei ni bermakna tak lama lagi dah nak kena masuk kerja la...

Aisyeh, dah hampir 3 bulan dok umah sambil 'ulit' anak2 terutama sekali si kecik tu, rasa berat hati (atau lebih tepat lagi 'M') la pulak nak masuk kerja... haha

Ini la penangan cuti lama sangat... huhu.

Tambahan pulak sampai sekarang ni tak dapat lagi tempat nak tinggalkan si kecik tu. Taska kat office dah penuh la pulak... Dah booking dah sebelum bersalin dulu...

Lagi la rasa resah gelisah je... camna nak buat ni???

Tak pa, ada masa lagi nak cari taska untuk si kecik tu... Mudah2an dapat la sebelum start kerja ni. Kalau dapat hantar kat taska bawah office tu lagi bagus, senang nak turun menyusu...

Cuti lama2 ni sempat la merasa camna jadi suri rumah sepenuh masa. Penat wei... hehe...

Tapi yang seronoknya anak sentiasa ada depan mata. So, tak dak la risau apa yang anak tengah buat... Kalau anak nangis pun kita ada...

Kan best kalau dapat jaga sendiri anak. Walaupun agak letih, tapi puas hati la kan... hehe

Mula la berangan2 nak jadi suri rumah sepenuh masa... Tapi sambil2 tu wat la apa2 yang leh mendatangkan side income kan... hehe

Tapi, dah nama pun 'angan-angan', makanya hanya mampu berangan la. Service pun tak sampai 10 tahun, ada hati nak bersara pilihan???  Hermmmmmmmmmm...

Ok la, beru je nak bebel panjang2 kat sini. Si kecik tu dah berbunyi lak. Tadi volume rendah je, ni dah mula tinggi volume tu. Nak kena pi tengok jap...

Till then, daaaaa....

**Sebelum stop, ni nak tempek gambar terbaru dua beradik tu... Sila la cuci mata ye... hehe

Ini budak rambut lambat betul tumbuh balik... huhu

Pak Lebai nak pi mana tu???

Sunday, May 1, 2011

Kalau dah jodoh, tak ke mana....

As-salam...

Bersiaran di hari cuti... Sebelum tu selamat hari pekerja buat semua...

Dah lama tak jengah ke sini. Hampir sebulan jugak la...

Biasa la, penyakit 'M' datang menyerang... Bukan apa, letih la... Siang hari penat jadi tarzan, so malam2 rasa nak releks2 je la... hehe

Hari ni tak berapa nak sibuk sangat, tiga2 beranak tu tengah tido (abah, faris & summayyah), dapat la saya ngadap blog ni sat.

Nak join diaorang tido, tak terasa mengantuk lak. Lagi pun saya jarang dah tido siang. Dah tak sempat. Sebabnya dua beradik tu selalu 'tukar syif'. Bila si adik tido, si abang berjaga.

Bila si abang tido, si adik lak terjaga. Makanya, ummi jugak la yang 'syif' sampai ke malam... hehe

Eh, melalut lak... Asal nak cerita menda lain, pi cerita menda lain lak...

Ha, jodoh sapa la tu kan...

Jodoh saya ni la... Tapi bukan dengan x-boipren ka sapa2 ka... Jodoh dengan subang saya.

Ekceli subang ni saya dapat hadiah masa birthday saya yang ke-24. Si abah la hadiahkan... Subang berbentuk huruf 'S'... Huruf pangkal nama saya...

So, nak dijadikan cerita. Satu hari tu (beberapa minggu yang lepas) saya ambil la wuduk nak solat. Pastu ntah camna ntah masa nak sapu air ke muka, cincin saya tersangkut la kat subang tu...

Masa saya angkat tangan dari muka, subang tu ter'ikut' la sekali dengan cincin saya. Makanya tertanggal la bahagian belakang subang tu (orang panggil apa ntah... hehe)

Saya dengar la bunyi 'keting' cam benda jatuh, tengok2 subang saya dah terjatuh ke dalam sinki, hampir2 masuk ke dalam lubang yang ada di sinki tu.

Cepat2 saya ambil. Pastu saya tunduk cari bahagian belakang subang tu. Tapi tak jumpa. Saya ingatkan dah masuk ke dalam lubang yang ada dekat lantai tandas tu.

Sambil buat muka sedih saya panggil la hubby, bagitau yang subang saya dah jatuh. Saya dah cari satu toilet tu, tapi tak jumpa. Saya syak memang jatuh dalam lubang tu.

Hubby ambil torch light & suluh. Dia cakap tak nampak apa2 pun. So, saya ingat dah jatuh jauh ke dalam la kot... Rasa sedih & frust betul masa tu.

Ye la, hadiah birthday lak tu. Dah tu, harga emas sekarang kan mahal... Rugi wooo hilang cenggitu saja... hehe. Terus saya buka cincin kawin & tunang, pastu simpan dalam kotak.

Takut jatuh & hilang jugak. Dalam hati dok kata 'tak pa la, bukan rezeki la tu... nanti mintak yang baru lak...' hakhakhak...

Dipendekkan cerita. Beberapa hari kemudian, masa tu saya nak mandi. Masa saya tengah nak ambil towel, saya terpijak sesuatu. Terus tersebut 'adoi...'

Bila saya tengok ke lantai (nak tengok apa yang saya terpijak), terus saya tersenyum dan berkata 'alhamdulillah...'

Rupa2nya yang saya pijak tu adalah bahagian belakang subang yang hilang tu... best best.... Itu la yang dinamakan "kalau dah jodoh, tak ke mana...". hehe

Tapi saya tak pakai balik pun, takut kang jatuh lagi... nanti2 la kot...

Ha ah la... baru teringat.. Sampai sekarang saya belum bagitau lagi kat hubby yang saya dah jumpa bahagian belakang subang tu...

Syuhhhhh, diam2 tau... Tak nak bagitau la kat dia... Sebabnya, nanti boleh la saya mintak subang yang baru... hahahaha (gelak jahat...)

Ok la, panjang sangat dah bercerita... Kang jemu orang nak baca...

Udah2 la kot... Rajin2 nanti saya update lagi... hehe.... Daaaaaaa

**awat cheq rasa macam skema semacam ja ayat dalam entri ni ha... sebab dah lama tak buat karangan kot, jadi tak reti nak buat ayat lak rasa... hihi

Saturday, April 9, 2011

... Erm ....

Assalamu'alaikum...

Dah lama rasa tak jengah ke sini. Dan banyak cerita yang saya ketinggalan.

Sebelum nak celoteh panjang lebar lagi nak ucap tahniah kat Rose@ibu rafiq, sara, ngan kak Fieza@fieza79... Semoga sihat selalu...

Dan pada semua2 yang dalam proses nak menambah ahli keluarga la... Sorry kalau ada yang saya terlepas pandang.

Maklum la, dah lama tak bukak blog... Banyak cerita yang saya terlepas. Sempat baca entri yang terbaru je...

Okey, sambung balik celoteh... haha

Rupa2nya bukan senang nak handle 2 orang anak ni ye... Camna la orang yang ada anak ramai nih... Syabas la pada yang mampu uruskan anak2 dengan baik.

Masa mula2 balik Putrajaya selepas habis berpantang tu rasa cam nak nangis pun ada bila dua2 anak perlukan perhatian serentak.

Ye la, sebelum ni masa dalam pantang mak dok tolong. Bila sendiri ni kena pandai2 urus la.

Tapi sekarang dah ok sket la... Cuma volume suara tu makin meninggi la. Agaknya jiran2 pun terkejut kot kalau dengar suara saya nih.

Sure ada yang kata 'tarzan mana la yang terlepas dari hutan nih...' hehe

Erm, gambar2 terbaru dua beradik  tu tak dapat nak tempek kat sini, sebab masih dalam henpon. Malas lak nak transfer... Nanti2 la kot...

Ok la, nak sambung sesi penjelajahan jap sementara si kecik tu lena dibuai mimpi..

Till then, daaaaaaa....