Wednesday, September 1, 2010

Dia mai dah...

salam...

Apa yang 'mai' tu??? ha, apa lagi kalau bukan penyakit 'M' besar... hehe

Dah nak hujung2 bulan puasa ni kan, makin la terasa macam urat2 'M' tu semakin jelas timbul kat jari jemari ni ha... Kerajinan untuk memasak semakin lama semakin menurun... Adeh...

Dan sila la percaya ye, sepanjang cuti 4 hari ni hanya semalam sahaja saya memasak. Tu pun letak nasik & tambah lauk sampingan. Yang lain semuanya hanya tunjuk2 sahaja... Bagus kan???

Owh lupa, hari Isnin tu ada majlis berbuka... salah satu sebab jugak tak memasak...

Pastu dah makin nak hujung2 ni, makin tak lalu pulak nak makan nasik masa berbuka. Bukan setakat nasik, yg lain2 pun tak terasa nak makan pun. Rasa macam nak berbuka dengan kurma, air & kuih karipap sahaja...

** Oh, kuih karipap.. tak sah berbuka kalau tak ada kuih ni... Hai, jangan nanti yang sorang ni keluar suka makan karipap udah la... Jenuh ummi dia nak kena buat tiap2 hari... hehe

Kalau utk diri sorang2 saja memang dah buat dah.. tapi bila memikirkan 'insan kecik' yang tengah membesar ni, kesian kat dia. Kang tak cukup zat pula...

Hai, apa la nak jadi ngan saya ni ha... Tak pa, mai nak hembus2 sket... fuh fuh fuh, pasni harap2 kerajinan nak memasak untuk berbuka meningkat semula la ye...

Herm, tadi dapat call yang kuih raya dah sampai. Huh, tahun ni belanja utk kuih raya dah terover bajet lak. walaupun order 3 jenis sahaja, tapi semuanya serba 3...

Ye la, rumah mak satu... rumah MIL satu dan rumah sendiri satu... Kalau tak beli, kang ada orang datang rumah tak ada apa2 nak jamu pula... tak pa la, 'setahun hanya sekali'... hehe

psstt: mungkin sebab dah buntu kot nak masak apa untuk berbuka... (ceh, alasan semata2... hehe)

Sana sini cerita pasal persiapan raya...

Salam...

Fuh, lega rasanya... Dah settle semua kerja yang perlu disiapkan. Boleh la goyang kaki rileks2 jap... hehe

Kepada kengkawan, sorry ya. Banyak lagi yg tak sempat nak jengah. Bukan apa, kepala ni dari semalam asyik sakit ja. Pagi ni dok sibuk buat laporan sambil2 jengah2 rumah kengkawan memang terus rasa pening & nak termuntah tengok tulisan yang banyak2 kat skrin komputer nih.

Akibatnya, beberapa kali jugak la kerja terhenti seketika akibat berlari2an ke toilet... hehe...

Laporan ni sebenarnya boleh je siapkan esok2 sebab due dia hari Jumaat ni. Tapi rasa tak best kalau dok tangguh2 kerja. Biar settle terus hari ni. Esok2 tak yah pening2 dah kepala. Tunggu bos approve je...

Ekceli nak jawab pertanyaan kak Eina (mamalieyna) pasal persiapan raya... Boleh dikatakan 90% la dah ready. Cuma tudung saya je belum dapat lagi. Pastu tinggal nak basuh baju raya tu... hehe

Al-kisahnya, Isnin lepas saya amik cuti. Tu pun setelah di ajak oleh Big Bos untuk terjah ke KL cari baju raya... Tapi kan, tema lain yg saya rancang, tema lain pulak yg jadi... ngeh ngeh..

Makanya, Isnin lepas dalam kul 7 lebih tu hantar faris ke taska, terus zass ke KL. Haih, dah lama tak dating berdua-duaan ngan abahnya ke KL... Lagi pun kalau bawak faris alamatnya sure apa yg dicari tak jumpa punya...

Sampai KL kul 8 lebih, singgah jap rumah kakak hantar barang. Sampai kat jalan TAR dah kul 9 lebih... Tapi banyak lagi yg belum bukak. So, kami jalan la sekali lalu dulu & terus la menuju ke Sogok... hehe

Tak beli apa sangat pun. Tak best sangat pun sale kat sogok ni... Abah beli 2 helai kemeja utk kerja. Saya beli 2 helai T-shirt utk pakai balik kampung nih, dah sehelai seluar jeans utk faris...

Untuk faris dah memang beli siap2 sebelum ni (masa Sogo member card day hari tu). So, tembah sikit2 je la lagi...

Selesai perabih duit kat sogok, terus patah balik ke jalan TAR untuk jalan2 cari pasal. Kenapa cari pasal? Bayangkan la 2 kali saya berpusing2 kat jalan TAR tu sampai rasa nak pengsan, tapi tak jugak jumpa yang berkenan di hati.

Seriously, masa tu saya rasa dah lembik. Dengan orang yang makin ramai, dengan cuaca yang panas giler... Sungguh menguji keimanan & ketakwaan la. Ikut hati mau saja buka posa sebab dahaga sangat2. Maklum la, bukan bawak diri sorang ja... hehe (alasan)

Akhirnya, setelah separuh nak pengsan dapat la jugak apa yg dicari... Baju Melayu utk abah & faris, songkok & sampin faris, baju untuk ayah & FIL dan tudung utk mak, MIL & adik saya. Utk saya? Owh, tak jumpa yg berkenan di hati... hehe

So, tema tahun ni kalau nak tau kena la tunggu gambar raya ye... hehe. Nak cakap warna apa pun tak tau nak kata. Lebih kurang hijau nak kebiru2an la...

Dan puasa saya hari tu alhadulillah, selamat... Saya dapat bertahan sampai azan maghrib... Fuh, cobaan... Walaupun hampir2 flat ja rasanya, tapi gagahkan jugak diri...

Masa amik wuduk nak solat zohor tu (masa ni kat masjid) nampak cam sedap je air paip tu... nasib baik makruh kalau berkumur lepas gelincir matahari... Kalau tak, risau jugak... kang ada yang 'ter'telan air paip... hehe.

Ok la, tu je nak cerita pasal jalan2 cari pasal di bulan puasa... Lepas ni harus la kena cari time 'bendera merah'... boleh la minum pas balik dari shopping tu... hehe

** Selingan: boleh pulak abahnya kata kat saya masa saya dah penat separuh nyawa tu "Ha, macam mana? nak patah balik pi sogok pulak?". sabo je la...

Salam pagi September...

Salam...

Fuh, fuh... dah berhabuk sket blog ni... Al-maklum la, tuan empunya bercuti panjang... Hari ni dah masuk bulan september ye... Dan tak berapa lama lagi nak masuk bulan Syawal pulak...

Sekejap saja masa berlalu... Sedar2 dah nak masuk tahun depan dah... Huhu, tahun yang penuh debaran... hehe (bagi saya la...)

Banyaknya cerita kengkawan yang nak kena pi jengah... Tak pa, slow2... Sambil2 buat apa yang patut...

Ada banyak cerita nak dikongsikan. Tapi, nanti2 la kot, bila ada kelapangan. Ok la, tu je nak celoteh jap pagi ni. Warming up jari jemari ni ha...

Daaaaa....