Tuesday, July 6, 2010

Happy Birthday!!!

Salam pagi Selasa...

Hari ni genap la umur Faris 2 tahun... Alhamdulillah, dah besar pun anak ummi ye. Bak kata orang, dari tapak kaki sebesar 2 jari dah sebesar 3 jari lak... hehe

Dari hanya pandai nagis bila lapar, ngantuk, sakit dan lain2, dah pandai bercakap mengadu itu ini...

Daripada pandai panggil 'ma ma' dah pandai panggil 'ummi ummi...' dan dah tersangat la lasak...

Hari ke lima... tidur je masa ni...


Now, dah besar.... dah 2 tahun dah....


gigi pun dah penuh... mulut dah pot pet

dah pandai makan sendiri walaupun kadang2 shomot2 habis...

Masih terbayang2 la saat melahirkan si Faris ni. Walaupun tempoh nak bersalin tu agak lama la juga (masuk labour room kul 9.30 pagi, kul 1.33 petang dah selamat melahirkan faris - dalam 4 jam jugak la) tapi sakit lepas bersalin tu rasanya lagi sakit kot... hehe

Ok la, dikesmpatan ini (macam nak buat ucapan menang award laks..) Ummi nak ucapkan selamat menyambut Hari Ulangtahun kelahiran yang ke-2.

Semoga anak ummi ni sentiasa dilindungi oleh Allah selalu. Moga menjadi anak yang soleh, dengar cakap ummi & abah, ingat jasa & pengorbanan ummi & abah, jaga nama baik keluarga, agama & bangsa. Dan semoga menjadi muslim yang sejati... Amin

Walaupun faris belum pandai baca blog ummi ni, ummi tetap juga nak ucapkan HAPPY BIRTHDAY... hehe.

Ok la, tu je kot nak bebel pagi2 nih. Daaaaaa...

Friday, July 2, 2010

Hilang selera cheq....

sumber : google

Salam...

Semalam agak sibuk, ada cermah. Tu yang sepi ye. Entri pun autopublish je tu... Kawan2 dah sarapan ke? Saya dah, tapi tak berapa nak kenyang lak...

Entah kenapa sejak dua menjak ni asyik lapaq nasik ja. Kalau tak dapat makan masa tengah dok lapaq nasik tu habih menggeletaq (menggeletar) satu badan. Mula la rasa macam nak pengsan... (over la pulak...).

Pagi tadi pun sama gak, rasa lapaq sangat. Turun la pi beli makanan. Sekali nampak ada nasik lemak. Fuh, terus tekak rasa nak sangat makan nasik lemak... Beli la satu bungkus.

Sekali bila dah makan, hilang terus selera sebab sambal dia tak rasa apa langsung. Pedas ke masin ke semua tak rasa. Tawaq habiaq (tawar sangat2 la) chek habaq mai... Perut dah la tengah lapaq sangat2 ni. Try jugak la suap, tapi memang tak tertelan.

Potong selera betoi la. Sabaq ja la... Cheq ni bukan boleh makan nasik lemak sambai (sambal) dia tak pedas, langsung tak lalu... (Ngada2 ja lebih...)

Ok la, tu ja nak berletiaq (berleter) pagi ni. Tengah hari satgi kalau tak keluaq pi mana2 ada la entri petang ni. Kalau tak, ni la entri last sebab akan berhenti bersiaran buat seketika sampai minggu depan. Sebab apa? Tungguuuuuuuuuuu...

Ok, papaiiiiiiii....

Thursday, July 1, 2010

Katak bawah tempurung??? - Lantak la...

Salam...

Ha, ni lagu satu hal lak... Pasni dah sure2 jarang tengok berita la jawabnya... Tapi pada hari Rabu, Khamis & Jumaat saja ye... hehe. Nak tau kenapa???

Sebab setiap Rabu, Khamis dan Jumaat jam 8.00 malam hingga 9.00 malam ada citer koreaaaa... Walaupun ulangan, tetap nak tengok jugak...

Tak pa, kalau dicop 'katak bawah tempurung' pasni saya tak kisah... hik hik... Tapi kan semua cerita ni dah sekerat jalan pun... hehe

Ok, jom tengok cerita apa yang dah tersusun dari Rabu sampai Jumaat tu...



Hari Rabu:



Hero & heroinnya...

Memang best giler cerita ni... Lawak sesangat & macam biasa la, mesti la ada babak yang boleh buat kita senyum sorang2... sukaaaaa





Ok, ni pulak hari Khamis:




Citer ni pun best giler jugak... Heroin dia yang jenis gila2 pastu hero yang serius je... memang sweet couple la...

Tapi kan, kalau korang perasan la kan jalan cerita Benci Bilang Cinta (citer Indonesia yang dok tayang kat Astro Ria sekarang tiap2 petang kul 6.30ptg tu) jalan cerita dia sama je ngan cerita ni...


Cuma bezanya Cerita Goong ni pasal kerabat diraja & BBC tu pasal keluarga orang kaya. Tapi jalan cerita boleh dikatakan 98% sama...

Siapa tiru siapa? Korang pikir la sendiri... hehe. Apa pun citer Goong a.k.a Princess Hour ni lagi best la dari BBC tu.. :)




Dan last sekali, hari Jumaat:



Hero & heroin...

Citer ni selalu saya dapat tengok dah separuh jalan. Tapi asyik tak dapat tengok ending je... herm... Ni pun memang buat saya senyum sorang2.

Nasib baik tengok sorang2, kalau tak sure kena perli dengan hubby "tu dia, tengok sampai senyum sorang2..."... Herm...

Ok la, tu je riview yang saya nak buat pasal 'halangan2' yang melanda di kala sepatutnya kena tengok berita. Tak pa, boleh baca dalam paper kan... hehe

Ops, lupa lak. Sila ke channel 715 (Animax) ye kawan2... hehe. Ok, papaiiiiii.....