Thursday, June 3, 2010

Adeh, lambat lagi ke...

Salam...

Entri ringkas untuk isi masa terluang jap...

Sebenarnya saya kena pergi ke hospital jap pagi ni. Untuk buat appointment dengan doktor pakar. Semalam ingat nak terus pergi je dulu baru masuk office.

Sekali, masa nak balik tu ada kerja la pulak. Dan kerja tu tak settle lagi & harus saya settle kan pagi ni. So, dah settle semua saya pun isi la borang kebenaran keluar pejabat.

Ni tengah dok tunggu nak masuk bilik bos mintak sain dia. Dia lak tengah dok bercakap kat telefon lak. Dah 15 minit saya tunggu nih.

Kang sure ramai kat hospital. Terus rasa cam malas nak pergi. Tapi tak leh nak bertangguh2 la pula... Sabo je la...

Dah la nak jumpa doktor pakar ni time office hour je dia ada. Sabtu Ahad cuti lak... Habis camna??? Tak pasal2 saya nak kena amik cuti kalau lebih 4 jam nanti.... Herm...

Patutkah saya terjah je bilik dia??? hehe

Tuesday, June 1, 2010

Abang mana??

Salam...

Sesaja je nak cerita satu kisah yang berlaku pagi tadi. Masa tu dalam perjalanan nak ke office.

Cerita ni adalah rentetan perkara yang berlaku sepanjang berada kat kampung minggu lepas.

Macam ni... Sekarang ni saya dengan hubby dalam proses mengajar faris untuk mengenal ahli keluarga. So, kadang2 masa tengah rileks sambil tengok faris main-main tu saya ngan hubby akan tanya la kat dia...

"Abah mana abah?" so, fris akan point ke arah abahnya. "Ummi mana ummi", faris akan point ke arah saya. "Uteh mana uteh", sama jugak dia akan point ke arah uteh (mak teh) dia.

Masa balik kampung hari tu pun sama. Opah, tok, wan, abg asyraf, abang hafiz, acu dan lain2... Semuanya dia akan point dengan betul...

Saya pun akan puji la "Clever boy..". Pastu sekarang ni kalau naik kereta sibuk dok sebut "Bye bye... Lu lu" (bye bye... pergi dulu). Kadang2 "Bye bye... missu" (bye bye... miss you)

Nak tergelak pun ada. Tapi seronok tengok gelagat dia. Orang kata darah tengah panas. Lasak & nakal...

So, pagi tadi masa nak ke tempat kerja (hari ni saya hantar Faris ke taska kat office saya ni) hubby tanya la "Abah mana abah?", macam biasa, dia tunjuk ke arah hubby. Sama jugak kalau sebut ummi.

Then, hubby tanya "Abang mana abang?"... Guess what, dia point ke arah diri dia...

Saya ngan hubby berpandangan sesama sendiri. Pastu hubby pun kata "Owh, faris ni abang ya?"... Faris angguk kepala. Saya tersenyum. "Herm, adik mana adik"...

Saya dah risau, takut dia point ke arah perut saya je... hehe. Sekali dia diam je macam dok fikir. Last2 dia tunjuk ke arah seat belakang sambil sebut "tuuu"... Hahaha, pecah ketawa saya ngan hubby...

Faris, faris... Macam2 hal la dia ni...

Setelah 5 hari bermalas-malasan....

Balik kampung
Oh oh oh balik kampung
Oh oh oh balik kampung
Hati girang...

******************

Salam...

Herm, setelah 5 hari bercuti & bermalas-malasan kat kampung, hari ni kena la bekerja seperti biasa... Urat-urat 'M' masih lagi tegang. Fikiran pun masih kat kampung. Badan je yang ada kat office..

Syoknya dapat balik kampung. Tapi tak puas rasanya. 2 hari kat Kedah (rumah mak) dan lagi 2 hari kat Perak (rumah mertua). Fair & square kan!!! hehe

Oh ya, lagi satu hari tu (Khamis) saya kat Putrajaya lagi.... Saja amik cuti nak kemas2 rumah... Petang tu dalam pukul 3 petang baru gerak balik ke kampung... Sampai kampung kul 7 petang ++

Kali ni balik ke Kedah dulu sebab hantar adik saya. Sorry la, no piccas la balik kali ni. Mood nak snap2 tak ada. Tambah lak henpon rosak dikerjakan si kecik tu....

Pokok buah2an tengah berbuah dengan lebatnya. Nampaknya hujung bulan ni nak kena balik lagi untuk makan buah durian... hehe. Syiok syiok...

Betapa bestnya dapat jejakkan kaki kat tempat saya dibesarkan. Rasa macam tak mau balik mai putrajaya dah. Nak dok terus kat kampung... ^_^ Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat berkubang... haha

Semalam kul 3 petang jugak bertolak balik ke sini. Pastu dalam kul 5.30 berhenti kat R & R Tapah jap. Si kecik tu 'membuang' lak. Hujan lebat la jugak. Sampai dekat Slim River rasanya baru la cuaca kembali terang.

Banyak jugak la kereta kat atas jalan semalam, tapi tak dak la sampai jamm. Sampai je kat Rawang memang kereta makin banyak... So, stop jap kat Sg Buloh, makan2 & solat baru sambung perjalanan balik. Kalau tak, sure dah stuck dalam jamm masa masuk KL...

Sampai rumah dalam kul 9 malam. Ingat nak Zzz je terus, tapi terlekat lak depan tv... Apa lagi, dok tengok cerita korea punya pasal la... Kul 10.30 baru masuk tidur. Tu pun mata ni degil betul tak nak lelap. Ntah pukul berapa saya terlelap pun tak tau la. Sedar2 dah pukul 5.30 pagi...

Ok la, nak bebel panjang2 pun macam tak best je sebab tak ada gambar kan... Till then, daaaa....

p/s: kepada kengkawan, ada yg saya dah qdo tapi tak sempat nak tinggalkan komen. Sorry ya, banyaknya nak kena khatam... jenuh weh...