Tuesday, May 4, 2010

Sambungan : Tu la, sapa suruh main-main....

Salam...

Selamat pagi semua... Ada ke yang tunggu sambungan entri semalam?? Perasan je saya ni, macam la ada orang yang ternanti2 sambungannya... Tak pa la, saya nak sambung jugak... hehe....

******************************
Tahu apa yang saya buat untuk kenakan kawan saya?? Ekceli bukan kenakan, lebih kurang cam nak bergurau je. Saya buat2 cam nak lemas... hehe.

Kelam kabut member saya datang 'menolong'. Bila diaorang sampai dekat dengan saya je terus saya ketawa dan cakap yang saya melawak je... Pastu dapat la 'nasihat' berbakul2....

Tak lama lepas tu, tiba2 je saya rasa macam kaki saya nak cramp. habis kejang betis. dan saya langsung tak mampu nak berenang ke tepi. Terus la terjerit2 panggil kawan saya yang dua orang tu... Boleh diaorang ketawa sambil kata "dah la berlakon sikit2." pastu terus diaorang berenang jauh dari saya.

Masa tu Allah saja yang tahu macam mana takutnya saya kalau tenggelam. walaupun saya pakai 'life jacket', tapi kalau badan saya makin memberat, takut tak tertampung dah. Tu nasib baik pakai jugak jaket tu, kalau tak, dah kompem saya tenggelam terus.

Sambil menangis teresak2 saya jerit lagi panggil kawan2 saya. "Ani, Ina... orang serius ni. Kaki orang kejang ni, tak boleh gerak". Mungkin diaorang tengok saya menangis dengan dahsyatnya, baru la diaorang percaya.

Kelam kabut semua... Terus tarik saya ke tepi. Tapi kan nak angkat naik ke tebing tak boleh sebab kudrat tak seberapa. Tambah pulak tebingnya bercerun sikit cam dalam gambar kat bawah ni:

credit to : sumber
tapi ni masa air surut. masa air pasang memang dalam.

Tiba2 muncul hero saya datang menyelamat keadaan... hehe. Kebetulan dalam ramai2 pengawas lelaki yang pergi kursus tu terselit sorang pengawas lelaki India. Saya dah tak ingat nama dia. Kalau tak silap mula dengan huruf 'G'... Dulu selalu la ingat sebab setiap kali selisih dengan dia, dia akan senyum je... Pastu apa lagi, gosip panas tersebar la... haish...

Sumber

My super 'G'... hehe

Dia datang dan telah mencempung (kalau bahasa standard dukung la kot) saya dan bwak naik ke tebing... Nasib baik jugak badan dia boleh kira sasa la jugak... hehe. Dan dia la lelaki pertama (selain family saya) yang telah dukung saya. Habis jatuh saham... :(


Selingan : masa mula2 kawin dulu saya bgaitau la dekat hubby, bukan dia elaki yang pertama dukung saya camtu sebab dah ada lelaki lain yang merasmikannya... ^_^

sumber
lebih kurang cenggini la. search punya search, tak jumpak pulak gambar yang bersesuaian....

Dan kebetulan jugak, masa tu jurulatih kayak ada kat situ. (tak ingat pulak saya dia tak pergi solat jumaat ke atau dah balik... : p). Dia le yang tolong gerak2kan kaki saya sambil cakap "Awak ni kurang kalsium ni. Tu yang boleh cramp masa mandi pantai. Penyelam yang profesional pun boleh lemas sebab camni la, kaki cramp... bla bla bla..."

Saya yang tengah dok tahan sakit tu, tahan je la telinga ni dengar dia dok bagi nasihat. Dalam pada tu sempat pulak kawan saya dok snap gambar saya yang tengah dok nangis... Adeh, sure buruk giler muka saya time tu... hehe. Lupa pulak saya nak minta copy gambar tu untuk buat kenangan...

Memang saya tak lupa la kenangan tu sampai bila2. Tambah kalau dengar lagu Cinta Pantai Merdeka tu... hehe. Tu la, lain kali nakal sangat lagi, kan dah kena diri sendiri.

Ok la, tu je ceritanya. Cuma moral yang saya nak sampaikan kat  sini adalah jangan dok buat main menda2 camni... Bahaya. Saya terus insaf lepas tu... Tapi insaf sekejap le, lepas tu buat lagi... hehe

Teringat pulak cerita budak gembala kambing yang dok tipu orang kampung yang kambing dia kena makan dengan harimau tu... Cuma bezanya, saya tak bela kambing... hehe.

Daaaaaa......


Monday, May 3, 2010

Tu la, sapa suruh main-main....

Ku ukir namamu di awan gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa cinta kita terurai

Oh indahnya... peristiwa
Cinta kita di Pantai Merdeka...

*************************************

Salam...

Ha, pernah dengar tak lagu ni?? Rasanya lagu ni agak femes la jugak time saya skolah2 dulu... Tapi tak pasti pulak saya betul ke tak lirik yang saya taip tu... hehe

Tapi saya bukan nak cerita pasal cintan cintun kat Pantai Merdeka ke, frust bercinta ke... tidak sama sekali... no no no.... ^_^

Cuma nak share satu pengalaman yang saya takkan lupakan sampai bila2. Kenangan yang berlaku kat Pantai Merdeka le... hehe

Sorry la, saya ni asyik cerita pasal kenangan je kan... Tu je la modal yang ada... kih kih kih

Ok la, berbalik kepada peristiwa yang saya sebutkan tadi. Peristiwa tu berlaku masa tahun 2002. Masa tu saya tingkatan 5, nak amik SPM tahun tu...

Tak ingat bulan berapa, tapi masa tu skolah saya ada la buat Kursus Kepimpinan Pengawas. Yang join masa tu Pengawas Sekolah sesi pagi (form 3 - Upper Six) plus Pengawas Asrama.

Kalau tak silap 2 buah bas jugak la kot yg bertolak pergi ke Kem Singkir a.k.a Kem Singkiaq ( loghat utara). Kalau tak silap jugak, bertolak hari Khamis. Kursus tu 3 hari 2 malam (Khamis - Sabtu). Sampai ke Kem tu petang Khamis.

Esoknya (Jumaat) pagi2 lepas bersenam + kudapan, ada program berkayak. Masa tu ada jurulatih khas yang dijemput untuk mengajar kami teknik2 berkayak, camna nak handle kalau kayak kita terbalik, nak keluar dari kayak dan lain2 la...

Lepas dia dah bagi penerangan plus buat demo, kami diarahkan cari pasangan untuk berkayak. Pasangan mestilah berlainan jantina. Means, lelaki ngan perempuan la. Apa lagi, masing2 menggedik la cari pasangan nak berkayak termasuk la saya... hehe

Masa tu mula la dok pikir nak pasangan dengan siapa. Kan bagus kalau boipren pun ada masa kursus tu... thehehe. Lepas dok ushar sorang2, saya pun target la sorang mamat junior ni. Comel je orangnya...

Harus la kan cari yang junior, kalau senior lain pulak nanti jadinya. Kang timbul gosip2 panas lak... ^_^. Sekali masa sampai je turn saya, member saya kebas budak junior tu... Hampagas betul... Makanya, terpaksa la saya cari oang lain...

Selesai sesi belajar berkayak tu, budak2 lelaki semua kena naik untuk bersiap2 ke masjid. Nak kena pi solat Jumaat. So, peluang keemasan ini telah digunakan dengan sebaik2nya oleh budak2 perempuan untuk bermandi manda dengan bebasnya.

Tambah pulak masing2 dibekalkan 'life jacket', apa lagi mandi sakan la.hehe. Sebab kalau nak harap berenang sendiri, alamatnya boleh tengok je la pantai tu. Dalam jugak la paras air kat kawasan tu, kalau berdiri memang kaki tak cecah ke dasar. Masa tu air tengah pasang.

Saya yang dah lama tak 'berkubang' ni jadi 'perak' la sket... hehe. Berenang2 umpama ikan duyung... cewahhh. Kuak lentang, kuak kupu2, kuak rama2, kuak katak, semua kuak la yang terkeluar masa tu... hehe.

Sambil2 dok berkuak tu mula la terfikir nak kenakan kawan baik saya yang dua orang tu...

Nak tau apa saya buat??? Tungguuuuu.... Dah panjang sangat la, nanti orang jemu membaca. So, to be continue.... hehe

LE+MAS

Salam...

Hari Isnin = hari blues sedunia. Tambah saya bercuti 4 hari lagi la le+mas. Bukan lemas dalam air ke apa, cuma le+mas tu singkatan untuk 'lemau' + 'malas'... hehe

Alhamdulillah, faris dah ok sket cuma mungkin tak akan dihantar ke taska selama sebulan ni. Sekarang faris dijaga oleh pengasuh yang saya import khas dari Kedah, eceh... hehe. Sapa lagi kalau bukan adik saya yang kedua tu, Ateh... Tapi biasanya kami adik beradik yang lain panggil Uteh kat dia.

Sementara nak tunggu tawaran sambung study, mintak tolong dia jagakan sekejap la si Faris tu. Faris pun bukan main lagi bila Uteh dia ada...

Kalau saya suruh dia panggil uteh dia, dia akan naik ke tingkat atas, pastu ketuk pintu bilik uteh dia sambil panggil "Puteh, puteh"... adeh, panggil puteh la pulak. Dah banyak kali saya betulkan "bukan putih, uteh." tapi dia still panggil "Puteh", suka betul dia sebut perkataan tu.

Tak pa la, janji nak dekat sama la sebutan tu... hehe

Oh ya, kepada kengkawan tu, saya baru sempat qado jenjalan sket2 ja. Dan tak sempat pun nak tinggalkan komen, banyak sangat entri yang saya ketinggalan. Jenuh jugak la kalau nak tinggal komen. Jadi mana yang sempat je la ye... hehe

Dah bercuti lama tu banyak la kerja menanti... Rasa macam tak cukup je cuti, sebab walaupun cuti tapi saya tetap sibuk. Kena take-over bisnes hubby semasa dia pergi berkursus. Sabtu & Ahad pun sibuk menolong hubby ngan kakak saya.

Ok la, nak celoteh panjang pun nanti merapu meraban lak. Satu badan rasa sengal2 ni. Till then, daaaaa....