Tuesday, March 9, 2010

Pesan Ibu...

Pesan Ibu...

Tak perlu bersuara...
Seorang perempuan, harus bijak mengunci kata...
Dan menyimpan lukanya...

Tak perlu meminta...
Seorang perempuan, harus sentiasa memberi...
Tanpa meminta yang lebih lagi...

Sebagai perempuan,
Hidup adalah perngorbanan...

Maafkan...

Aku belajar bersuara...
Kerana adakalanya, suara menyembuhkan luka.

Aku belajar meminta...
Tanpa meminta, aku tak mungkin memiliki.

Aku berhenti memberi...
Kerana apabila terlalu memberi,
Orang akan terlupa untuk menghargai.

Sebagai perempuan...
Adakalanya aku harus meninggalkan penjara keperempuananku...

Celoteh petang...

Salam...

Petang2 baru sempat nak bersiaran... Yang pagi tadi tu auto publish sebab dah tau x sempat nak berbloging pagi tadi sebab saya kena ganti PA lain sampai la hari Jumaat ni...

Ekceli tak dak apa pun nak dikongsikan petang ni sebab tak dak idea pulak...

Cuma nak cerita pasal keadaan kelam kabut pagi tadi... Hari ni saya drive sendiri ke office sebab hubby ada kursus kat KL. So, kena la hantar si kecik tu ke taska. Nasib baik la si kecik tu sangat behave masa dalam kereta. Cuma pagi tadi keluar lambat gara2 sikecik tu buat perangai lak.

Pagi2 lagi dah bising berperang dengan si kecik tu nak pakaikan pampers & baju. Jenuh lari ke sana ke mari kejar dia nak bagi pakai baju. Mana nak siap diri sendiri lagi. Nasib baik saya dah iron baju untuk seminggu siap2...

Tadi sampai kat office ngam2 kul 8.00 pagi. Kalau terlewat seminit jenuh nak perah otak bagi alasan... adeh...

Cakap pasal si kecik tu, saya sangat la risau sebab badan dia dari dada sampai ke muka naik macam bisul kecil. Kat leher dengan dahi ada bisul besar. Dah 3 malam tak dapat tidur lena. Mungkin sakit. Semalam bisul yang dekat leher dah pecah. Meraung2 dia... Kesian anak 'ummi. Selsema pun tak hilang2 lagi.

Ingatkan hantar ke taska yang tak guna aircond tak selsema la. Rupa-rupanya sama saja... Lebih teruk lagi ada la, badan faris naik ruam yang banyak. Pastu akibat menggaru terus jadi cam bisul kecil. Doc kata liang roma dia tersumbat. Tu yang berlaku infection...

Pagi tadi masa hantar tu, dengar dia menangis. Masa tu rasa macam nak je berhenti kerja pastu jaga sendiri anak. Tapi susah la, zaman sekarang kebanyakkan wife berkerja. Mak saya pun tak bagi berhenti sebab dia kata orang perempuan ni kena jugak ada kerja / pendapatan tetap sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang...

Bila difikirkan, betul jugak. Bukan nak meminta yang buruk, tetapi sebagai persediaan. So, terpaksa la kuburkan hasrat hati tu. Tapi setiap hari saya berdoa moga ada keajaiban akan berlaku... Amin...

Eh, membebel panjang lak... Jap gi nak kena balik awal ambil si kecik tu... Teringat lak peristiwa petang semalam. Semalam sebelum balik rumah saya ke office hubby dulu untuk ambil kereta saya sebab saya parking kat situ masa nak balik cuti CNY hari tu.

So, masing2 balik naik kereta masing2 la. On the way nak balik tu sempat lagi kami racing... hahaha. Tapi sekejap je la sebab kereta makin banyak. Maklum la, time balik kerja masa tu. Lagi pun saya tau, sure saya kalah punya. So, sebagai isteri harus lah mengalah kan... hehe

Ok la, tu je yang saya nak bebel petang2 ni. Ada kerja sket nak kena buat nih. Till then, daaaa...

Berkebun di hujung minggu...

Salam...

"mari kita ke ladang, hoii... mari kita ke ladang, hoii"... ingat tak lirik lagu ni? kalau tak silap dalam salah satu cerita P. Ramli... (betul ke ek??)... Amboi, menyanyi lak...

Herm, nak cerita pasal berkebun kat belakang rumah... Cewah... Aktiviti ni dah berjalan kira2 dua bulan yang lepas. Masa tu faris kena 'pos' ke kampung. Tinggal 'ummi dengan abah je kat rumah tak tau nak buat apa hujung minggu...

Plus, masa balik kampung hari tu ada ambil tanah baja kat umah mentua. So, operasi bercucuk tanam pun bermula la... Konon nak tanam pokok cili, tomato, kari, kunyit & bendi...

Jom layanz proses menanam... hehe

Ini la tanah baja yang diimport dari kampung... ^_^


Pokok cili & tomato yang ditanam atas tanah biasa dulu...


Pokok2 yang dah siap ditanam semula ke dalam poli-bag


Pokok serai, kunyit dan kari... hehe


Selepas beberapa bulan berkebun, kini pokok pun dah besar. Tapi sayangnya, pokok kunyit saya tinggal batang saja sebab daun2 habis dimakan ulat... adeh... Pokok yang lain membesar dengan jayanya... hehe


Pokok kari dan kunyit terpaksa dipindahkan ke dalam poly-bag untuk mengelakkan dimakan oleh ulat daun...

Amacam, besar tak pokok2 saya?? hehe... Sudah berangan untuk menjadi petani moden pulak... (baru je tanam 3,4 pokok dah berangan lebih...)


Pokok tomato dah keluarkan bunga (tapi tak clear lak, silap tak zoom kat bunga je)

Lepas ni boleh la menuai hasilnya... Tunggu pokok cili lak berbunga... Tak sabar nak tengok hasil... (",)


Pokok bendi ni pun nak kena ubah sebab satu bag tumbuh sampai 5 pokok...

Berkebun ni pun bagus untuk kesihatan jugak sebab keluar la jugak peluh masa berkebun ni... Yang penting kena rajin jaga la... Bak kata mantan PM - pertanian adalah perniagaan.. Wah wah wah, bukan main lagi...

Ok, itu saja cerita pasal berkebun nih... Best sangat bila dah nampak hasilnya... Lepas ni boleh jimat sikit dah... Eceh... Cuma dok fikir nak tanam kat mana timun nih??? herm...

Ok la, till then. Daaaaa