Wednesday, January 6, 2010

Ibu, Emak, Mak, Mama, Ummi, Mummy, Bonda...

Salam...


Dah masuk hari ke enam dalam tahun baru... Cepatnya masa berlalu...


Hari ni sesaja nak sembang2 pasal gelaran untuk ibu-ibu yang ada... Macam2 gelaran yang ada kan...


Cheq masa mengandung dulu, first sekali yang cheq pikir, nak bahasakan diri sebagai apa... Kalau mak, kakak cheq dah 2 orang guna. Kalau ibu pun dah ada. So, mula2 tu decide la nak bahasakan diri sebagai "mama"... heheh... kononnya nak lain daripada yg lain la...


Dari kandungan 4 bulan ++ sampai la 8 bulan ++, dok cakap dengan baby dalam perut gunakan gelaran mama. Tapi bila si kecik tu lahir, cheq tukar ke "ummi" pulak.... Sebabnya, ada satu insiden yang telah mengubah fikiran cheq. Kisahnya, ada la seorang hamba Allah ni. Dia tanya cheq, "nanti nak suruh anak panggil apa?"... cheq pun jawab la "mama". tau dak dia kata apa "Eleh, mama konon. Sedar la diri tu sikit, hang tu orang kampung. Mengada2 nak bahasakan diri mama...". Terus cheq rasa kecik hati. (Biasa la, cheq ni sensitif sket...)


Tapi, yang sedihnya Faris sampai sekarang tak reti panggil "ummi" lagi. Nurse kat klinik kata memang kalau "ummi" budak lambat sikit pandai sebut. Kalau cheq ajar dia sebut "abah" laju je dia sebut "a-bah"... Kalau "ummi" dia sebut "um-mak"...


Adeh, penat cheq ajar... hehe... Tak pa la, pelan2... La ni dia dok panggil cheq "ma"... kadang2 "mama"... ntah belajar dari mana tak tau la... cheq tak pernah ajar pun dia panggil mama...


Kalau "lizard (cicak)" tu, laju ja sebut... Kadang2 berleter jugak "faris ni, lizard yang susah sebut tu boleh ja sebut. kenapa ummi susah sangat nak sebut?"... dia tengok cheq pastu sengih2 ja... sabaq je la.


Hai la, anak2 ni ada ja pe'el dia. Sebab tu la orang kata, ibu bapa ni kena tunjuk sikap2 yang baik, jaga bahasa pertuturan sebab anak2 kecik ni, guru pertama diaorang adalah ibu bapa... cewah, macam pakar kanak2 la pulak... hehe


Kadang2 nak tergelak tengok faris ajuk iklan kat tv or cara abah dia cakap... Paling dia suka iklan ribena + lemon, dengan iklan coca cola yang 'berrrr' tu... tapi tak reti sangat nak sebut "berrr"... Kalau abah dia sebut "adoi la" dia pun "adoi la"... Faris oh faris...


Seronok kan bila tengok anak membesar & mula bercakap. walaupun kadang2 tak berapa nak paham, layankan aje... Sekarang dok ajar dia sebut ABC... A dah pandai. B je tak reti lagi. C pun dah boleh.. Langkau2.... Kena rajin ajar dia... hehe


Ok la, panjang pulak dok bebel hari ni. Biasa la, kalau pasal anak (esp anak sulung) semua ibu bapa excited nak cerita perkembangan & pengalaman baru... termasuk la cheq... hehe

Sekian saja celoteh hari ni... daaaaa



Selingan : Aksi menjelir lidah... Masa kecik2 dulu kalau amik gambar suka jelir lidah...






Tuesday, January 5, 2010

Sabar je la...

Salam...

Pagi-pagi lagi hati cheq sudah panasssss... Adeh, sabaq je la... Baru ja nak mulakan hari ini dengan mood yang happy & baik...

Cheq pantang betui la kalau orang pinjam barang cheq, pastu bagi hilang, pastu tak mengaku yang dia pinjam barang tu... Ini boleh menimbulkan rasa marah... Tengok, tengok... pagi-pagi lagi dah marah dengan orang...

Al kisahnya ada la sorang staf kat office cheq ni. Dia telah meminjam satu barang dari cheq. Masa dia pinjam tu bukan main lagi senyum manis... Pehtu, tadi cheq nak guna la menda tu. Cheq pun pi la kat tempat dia, mintak barang cheq tu. Boleh dia kata "Mana ada saya pinjam". Cheq dah rasa berangin ja masa tu. "Ada, hari tu kan ada pinjam. Cuba ingat balik". Dia pun cari-cari la kat tempat dia. Tapi tak dak.

Pehtu, dia pun jawab... "Tak dak la. Saya tak pernah pinjam". Nak cover la tu, dah hilangkan barang kita, tak nak mengaku lak... Adeh, kalau ikut hati, mau saja cheq marah... Tapi cheq bukan jenis tu... Marah dalam hati ja... Last2 cheq cakap, "tak pa la, cari la betul2. dah jumpa nanti bagitau la"... terus cheq blah sambil dalam hati %$@#**&.

Sebab tu kadang2 cheq akan menjadi sedikit 'kedekut'. Bukan apa, dah banyak kali jadi camni. Kalau hilangkan, pastu mengaku tak pa la jugak. Ni tak mengaku. Sapa tak sakit hati. Nasib tak puasa hari ni, kalau tak dah kurang pahala puasa cheq... hehe

ok la, malas dah nak cerita lebih2. kang ada jugak yang .............. ok la, daaaaa.....

Monday, January 4, 2010

Cutest Baby of the Planet 2009 Contest

Nama : Ahmad Faris Danish Azman
D.O.B : 06 Julai 2008



Salam...

Entri pembukaan tahun 2010... Nak join contest Cutest Baby of the Planet 2009 anjuran Little Mama. Puas la dok belek-belek gambar si kecik yang ada dalam pendrive, sebab gambar yang nampak comel tak berapa nak ada (comel ke si Faris ni??? hehe). Tambah pulak sekarang ni si kecik ni berkepala botak la pulak...

Pilih punya pilih, akhirnya gambar seperti yang di atas yang dipertaruhkan. Menang atau kalah tak kisah la. Adat pertandingan. Tapi harap2nya ada la tuah, ye tak??

Contest ni akan berlangsung sehingga 10 Januari 2010 ni. Jadi, apa tunggu lagi. Meh ramai-ramai meriahkan contest ni. Untuk maklumat lanjut tentang syarat-syarat, hadiah & sponsor, sila klik link kat bawah ni. Nak cerita nanti jadi panjang sangat pula.

Penganjur : http://mombloggersplanet.com/

Link contest : http://mombloggersplanet.com/2532/cutest-baby-of-the-planet-2009-nominate-your-baby/


Apa pun all the best kepada semua peserta (terutama sekali Faris... hehe).